Wan Azizah Dan Shahrizat ‘Bagaikan Langit Dan Bumi’

Wan Azizah Dan Shahrizat ‘Bagaikan Langit Dan Bumi’


SHAH ALAM,13 MAC : Kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bahawa Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999 mendedahkan sikap hipokrasi Umno.

Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran,umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. .

“Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?

Sebaliknya, beliau ( Wan Azizah) mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Tambah Surendran lagi, selama 13 tahun beliau telah berjaya memimpin perjuangan ini dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar. Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.

Hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan dan rakyat, Shahrizat mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan

menterinya pada bulan hadapan.

“Ini bukannya tindakan sukarela. Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan UMNO lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah ‘mengorbankan’ dirinya. Malah, pimpinan UMNO dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka.

“Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik. Kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan Umno tersebut,” tegas Surendran.

No comments: