Anwar seru KEADILAN rampas kerusi Gombak

 



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti KEADILAN supaya merampas semula kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketika menyampaikan amanat sebagai Presiden KEADILAN, beliau menempelak pandangan segelintir pihak yang mengatakan kerusi Parlimen Gombak itu merupakan kubu Azmin Ali.

Sebaliknya, beliau menganggap Parlimen Gombak itu milik KEADILAN.

"Saya dengar kubu ini kubu Azmin, kubu Azmin...

"Tetapi saya percaya kubu ini kubu perjuangan KEADILAN, kubu Reformasi, ini harus dipertahankan," katanya dalam program "Bicara Amanat Presiden, KEADILAN kekal relevan" di Dewan Sri Siantan, DUN Sungai Tua, semalam.

Malah, Anwar menyifatkan KEADILAN Gombak dan Selangor sudah lama bersedia untuk merampas semula kerusi Parlimen kawasan itu.

"Kalau PRU bulan Mac atau April atau Jun kita sedia, lawan tetap lawan, Gombak tunggu kita semua.

"Saya yakin dan bernasib baik kerana ketua cabang dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari cukup wibawa untuk mempertahankan Gombak dan Selangor.

"Dengan keupayaan dan semangat, serta berpandukan ahli dan ranting yang banyak bagi memperkuatkan jentera parti, kita akan dapat melakukannya.

"Ini adalah tempat kita, dan inilah tapak kita berjuang," katanya.



Yakin Gombak kekal kubu kuat KEADILAN - Amirudin Shari

 


POSTED BY AMIR WRLR


Setahun selepas pengkhianatan Langkah Sheraton yang menyaksikan Ahli Parlimen Gombak melompat membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yakin Gombak kekal sebagai kubu kuat KEADILAN.

Berucap dalam majlis "Bicara Amanat Presiden, KEADILAN kekal relevan" di Dewan Sri Siantan, DUN Sungai Tua semalam, beliau menegaskan jentera pilihan raya Parlimen Gombak siap sedia menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke 15 pada bila-bila masa.

"Setahun selepas Gombak ditilik oleh semua orang, apakah KEADILAN terus bertapak di Gombak?

"Hari ini sebagai bukti, bukan kita kumpulkan bukan sembarangan orang tetapi yang ada bersama kita adalah Ketua-ketua Daerah Mengundi (JDM), semua lengkap 48 Daerah Mengundi seluruh Gombak.

"Kita juga ada Ketua Ranting, Ketua Angkatan Muda, Wanita dan pimpinannya. Ini sebagai bukti KEADILAN bukan hanya tumbuh dan lahir, bukan hanya ikut-ikutan beberapa kelompok, tetapi kita lahir dengan semangat dan prinsip ingin mempertahankan maruah dan juga ingin membawa Reformasi di dalam negeri dan negara yang kita cintai.

"Saya cukup yakin, saya dan rakan-rakan membuat keputusan betul. Keputusan kita adalah kekal setia dengan KEADILAN.

"Saya yakin KEADILAN masih lagi menjadikan Gombak dan Selangor sebagai kubu kuat," katanya.

Menurut Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu lagi, perjuangan KEADILAN bukan setakat ingin menang pilihan raya. Menempatkan pemimpin di kedudukan menteri atau timbalan tetapi ingin membawa obor Reformasi. Membawa perubahan institusi dan memberi keadilan serta kesaksamaan kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau mengecam bekas pemimpin KEADILAN yang meninggalkan perjuangan tetapi tidak berasa malu mendakwa masih ada jiwa Reformasi walaupun duduk di dalam kerajaan PN.

"Kalau jiwa mereka itu masih ada reformasi tak kan mereka bersungguh-sungguh mempertahankan sebuah kerajaan yang double standard. Orang lain buat semua salah, dia buat boleh belaka," sinisnya.

Sebaliknya, Amirudin yakin kerajaan PN sedang goyah dan tidak mampu memerintah dengan baik.

Katanya, setiap hari kerajaan berkenaan sibuk memikirkan untuk mempertahankan kuasa, bukan ingin mempermudahkan kehidupan rakyat.

Beliau juga yakin pengkhianatan tidak akan kekal lama. Hanya beberapa orang meninggalkan parti tetapi 90% kekal setia dan meneruskan perjuangan.

"Hari ini kita pasakkan janji dan tekad yang bulat. Kita ingin kekalkan kemenangan Pakatan Harapan di Parlimen Gombak, di DUN Sungai Tua, di DUN Gombak Setia.

"Tidak cukup sekadar bersuara, semangat. Kita harus bekerja, santuni rakyat di bawah dan dapatkan maklumat serta sokongan kepada kita.

"Kita sudah ada asas yang kuat. Sekarang bola di tangan kita, jentera kita susun, jaga rakyat dan jaga mandat," katanya lagi.

 


PAS TERENGGANU BUNGKUS JIKA TIDAK TUNAI JANJI, BERTEMBUNG UMNO PRU 15


Budak Pejabat Agung Pas back up Bersatu, bedal Umno


Budak Pejabat Agung Pas back up Bersatu, bedal Umno


Mereka ada 2 pilihan sahaja, A atau B.

Pilihan A.
Kalau mereka benar2 ikhlas memikirkan penyatuan ummah Melayu Islam, mereka pasti akan berlapang dada menerima wujudnya PN ini. PN ni terwujud pada waktu itu utk menggantikan kerajaan PH yg runtuh oleh tangan2 PH sndiri bila PM letak jawatan dn kabinet kerajaan PH pun terbubar dgn sendiri. Kalau harap kerusi PAS+UMNO sahaja pada waktu itu, tidak cukup kita untuk membentuk kerajaan. Maka beberapa Ahli Parlimen PH berhijrah ke arah yang lebih baik, menyokong PN dengan meninggalkan DAP-PH itu, termasuk beberapa. MP2 drpd Sabah dn Sarawak. Itu cerita pada waktu itu yg saja saya flashback semula, kot2 terlupa. Setiap parti yg terlibat dalam pembentukan Kerajaan PN ini ada peranan dan saham besarnya masing2 yang tidak boleh sama sekali kita nafikan peranan2 tersebut. Baik UMNO, PAS mahupun Bersatu.

Maka bagi mendepani PRU15 yang akan datang, semua parti yg terlibat dalam pembentukan Kerajaan PN ini mahu tidak mahu perlu duduk berbincang mengenai pembahagian kerusi. Katakanlah nak bertanding 100 ka, 120 ka, 160 ka, maka perlu dibahagi2kan kerusi itu ikut keputusan perbincangan itu tadi. Setiap parti perlu akur dn berlapang dada dgn keputusan itu nnt, tidak kiralah samada perbincangan antara parti2 politik, ataupun perbincangan antara gabungan parti2 politik (BN dn PN serta gabungan parti politik Sabah dn Sarawak). Janji kita nak fight one by one dgn DAP-PH di setiap kerusi parlimen yang ditandingi. Pilihan A ini jika masih fikir peri pentingnya perpaduan & penyatuan ummah yg bukan menjadi hak eksklusif mana2 parti pun. Elok buat sistem 2 parti dlm PRU akan datang bagi mengelakkan perpecahan umat dn perpecahan undi seperti PRU14 lepas.

Pilihan B.
Jika parti tersebut hanya berfikir survival partinya sahaja tanpa memikirkan hal pentingnya penyatuan ummah, ia boleh memilih jajaran baru sebagaimana yang pernah disebut2 oleh mereka sendiri sebelum ini. Jajaran baru ini pernah dicuba utk dilaksanakan di Perak, namun ia X dapat dilaksanakan sebab pemimpin parti itu di peringkat negeri Perak pun tidak bersetuju dengan cadangan jajaran baru tersebut. Lalu berputih matalah DAP-PH utk kembali masuk ke dalam Kerajaan Perak.
Parti itu boleh bertanding seberapa banyak kerusi pun tanpa perlu berbincang dgn parti2 yg menyebabkan tertubuhnya Kerajaan PN spt yg saya cerita awal tadi. Ia hanya perlu berbincang dgn parti2 jajaran baru iaitu DAP dn PKR. Persoalan saya ada 2 jika parti itu buat pilihan B ini.
1) Adakah parti itu yakin yg ia boleh menang semua kerusi yg ditandingi jika memilih jajaran baru?
2) Kalau parti itu boleh menang 50-60 kerusi sekali pun, adakah parti itu yakin ia boleh jadi dominan dan induk (bukan terduduk) dalam jajaran baru berkenaan? Atau terpaksa ikut cakap DAP+BangNon nanti?

Jajaran baru ini pada pandangan saya akan menyebabkan parti berkenaan bakal menghadapi fitnah yang besar & dahsyat. Agama bangsa dn tanahair/ Abata yg diperjuangkan selama ini akan hilang ditelan jajaran baru. Ahli2 teramai yang masih sayangkan penyatuan ummah ini akan berbondong2 keluar kerana tidak bersetuju dgn jajaran baru ini. Rakyat memerhati dan menilai. Penilaian rakyat itulah yg terbaik.

Ini ramalan saya jer yang boleh diterima ataupun ditolak. Tiada masalah. Agree to disagree. Kita boleh berbeza pandangan dn pendapat. Yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh menguruskan perbezaan pandangan itu. Saya berharap tulisan saya ini tidak membawa masalah. Ni teori saya sahaja.

Sekian.

Shahir Abu Hassan
Budak Pejabat Agung Pas




SELEPAS TUN FAISAL, KLUSTER MENTERI YANG DERHAKA PRESIDEN UMNO JUGA WAJIB DIAMBIL TINDAKAN

 

Mesyuarat MT UMNO malam tadi mengambil keputusan menggantung keahlian Tun Faisal Ismail Aziz selama enam tahun atau dua kali pemilihan atas kesalahan mengkritik Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Tun Faisal adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dan kini bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Annuar Musa juga didapati kerap melakukan tindakan mengkritik dan menyerang Presiden UMNO, baik melalui sidang media atau catatan di media sosialnya.

Keputusan MT menggantung keahlian Tun Faisal sehari sebelum menjelang PAU tidak lain adalah isyarat bahawa kepimpinan UMNO kini sedia bertindak tegas terhadap anasir yang cuba memecah-belah dan tidak menghormati institusi Presidennya sendiri.

Sesungguhnya dalam mana-mana organisasi pun, adab dan hormat kepada institusi Presiden itu harus ada, malah merupakan keutamaan.

Jika tidak hormat kepada ketua atau ketua boleh diperlekeh secara terbuka, parti akhirnya akan jadi kucar-kacur serta huru-hara.

Lagi pun, dalam era kepimpinan UMNO sebelum-sebelum ini, bukan sedikit mereka yang digantung dan dipecat keahlian hanya kerana mengkritik dan menyerang Presidennya.

Untuk itu, tindakan terhadap Tun Faisal ini bukan saja perkara biasa, malah sesuatu yang wajar dalam usaha UMNO memperkukuh kedudukannya menjelang PRU15 akan datang.

Bahkan, tidak setakat Tun Faisal saja sebenarnya, sesiapa yang lain juga yang kerap mengkritik Presiden secara terbuka, termasuk yang memegang jawatan menteri sekali pun, jika ada aduan, siasatan harus dijalankan dan kemudian mesti disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Elemen derhaka kepada Presiden adalah penyakit yang perlu ditangani dan dibanteras oleh UMNO kalau ia serius mahu segala usaha ke arah kembali berkuasa dan memenangi PRU15 akan datang tidak tergendala di tengah jalan.

Lebih buruk lagi, sebahagian mereka yang mengkritik dan menderhakai Presiden UMNO sekarang ini turut menunjukkan kecendungan taksub kepada presiden parti lain semata-mata kerana pemimpin berkenaan memegang jawatan Perdana Menteri.

Mentang-mentanglah Presiden UMNO bukan Perdana Menteri, berdepan pula banyak kes mahkamah yang memungkinkannya lebih hampir ke penjara berbanding Bangunan Perdana Putra, maka dirinya seolah-olah tidak lagi dihormati.

Tetapi, selagi Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO dan belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, semua pemimpin dan ahli UMNO sepatutnya menghormati kedudukan beliau yang diperolehinya melalui pengundian dan tidak dipertikan keabsahannya.

Mahu mengkritik, menjatuhkan atau apa sekali pun terhadapnya, kenalah ikut cara yang betul dan jika mengikut cara yang tidak betul, maka bersedialah berdepan tindakan.

Dengan yang demikian, PAU yang bermula hari ini, selain bakal memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, mengambil ketetapan untuk bertindak tegas kepada penderhaka, pengkhianat dan pembocor rahsia parti juga harus menjadi keutamaannya.

Bagi memastikan perjalanannya untuk kembali berkuasa tidak tergendala atau tersekat di tengah jalan, memecat atau menggantung mana-mana ahli, waima berjawatan menteri sekali pun, adalah kewajipan yang tidak dapat lagi dielakkan.

Apa lagi, mereka yang derhaka dan khianat itu, walaupun mereka ahli UMNO, terang-terang mahu mengekalkan lagi pemimpin daripada parti yang mahu ‘membunuh’ UMNO untuk dikekalkan lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.

Ini tentu saja merupakan seburuk-buruk adab dalam berparti kerana sebelum ini mereka yang mengkritik Presiden tidak pernah pula ada ketaksuban kepada Presiden parti lain, cuma mereka hanya mahukan pemimpin UMNO lain saja dijadikan penggantinya.

Jadi, di mana tidak wajarnya golongan pengkhianat, musuh dalam selimut dan api dalam sekam dalam UMNO itu harus diambil tegas dengan segera?

 (Shahbudindotcom 28/03/2021)









AKIBAT MAIN DUA KOLAM, SENDIRI TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI....TAKUTNYA......RUN.......

 May be an image of 1 person and text that says "AMARAN KAMI!!! USAH BIADAB DENGAN TETAMU ESOK JIKA AYAHANDA KAMI DICEDERAI. KAMI BERSEDIA MENGHADAPI KALIAN, SERTA SEKALI-KALI TIDAK AKAN BERDIAM DIRI! MOHAMED SUKRI OMAR TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 27 MAC 2021"

DIA TAK TAHU PAGOH BAKAL TUNGGING...

 


Muhyiddin cakap besar, nak bertanding semua kerusi Umno

Muhyiddin cakap besar, nak bertanding semua kerusi Umno

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.

Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya itu nanti.

“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi Parlimen. Jika (mereka) menang (dan) bentuk kerajaan, tidak mengapa. Tetapi kalau UMNO ambil semua (kerusi), saya (Bersatu) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh… sebab ini politik.

“Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa Satu, Bandar Universiti Pagoh di sini pada Sabtu.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak mahu berdebat dan berbincang soal pembahagian kerusi secara terbuka, sebalikanya akan memberi keutamaan kepada hal rakyat terutama soal keperluan asas dan ekonomi.

“Bukan saya tidak boleh berpolitik, bukan saya tak boleh berbahas. Sebahagian kehidupan saya merupakan politik. Saya boleh berbahas dengan sesiapa sahaja, namun itu saya elakkan.

“Saya nak elak begitu bukan saya takut tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut. Saya tak tahu kenapa parti politik tak prihatin. Ada masalah lain yang perlu diberikan keutamaan.

“Soal pertama ialah menguruskan masalah Covid-19. Soal kedua pula pemberian vaksinasi yang cukup penting dalam menentukan rakyat selamat dan sihat. Seterusnya soal ketiga pula ialah ekonomi,” katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta ahli politik mendahulukan kepentingan rakyat termasuk menyelesaikan masalah pandemik Covid-19, pemberian vaksin dan pengukuhan ekonomi rakyat.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa semua kerusi UMNO adalah milik parti itu dan ia tidak akan sesekali melepaskannya.

Susulan itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengalah dan memperjudikan mana-mana kerusi parti itu pada PRU15.

Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti sempena PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. –








MANA TAHU MALU PUNYA PUAK NI..KALAU MALU TAK GILA JAWATAN WALAU BERSEKONGKOL DENGAN PARTI TEBUK ATAP

 Walaupun kena sindir, Pemuda Pas buat muka ‘sardin’

Walaupun kena sindir, Pemuda Pas buat muka ‘sardin’

Apa beza beradab, tak beradab dan biadab ?

Beradab

– walaupun di sindir ketika menjadi tetamu, namun tetap tidak angkat kaki tinggalkan majlis. Sabar dan kerana tingginya adab, air muka tuan rumah tetap dijaga. Kita tak berbalah dalam majlis orang.

Tak beradab
– Menjemput tetamu bertandang untuk disindir.

Biadab
– Menyindir tetamu dengan sambutan sorak tawa anak buah dengan kemegahan dan keegoan.

Kemudian tanpa segan silu mendabik dada konon bersungguh-sungguh mahukan muafakat.

Kasihan. Penat saja mengaji tinggi agama.

Kalau dia tak pernah jumpa rantaian kata hebat ni masa ngaji dan ngajar dulu, kita nak peringat semula ;

“أدبني ربي فأحسن تأديبي”
“addabani rabbi fa ahsana ta’dibi”

(Tuhanku telah mendidikku, sehingga menjadikan baik pendidikanku)

Kalau dinilai, KP UMNO lebih tinggi ilmu agamanya.

Tapi sejujurnya, KP PAS lebih tinggi akhlaknya… Saya pilih yang lebih berakhlak dari berilmu…

MANUSIA bertamadun tidak menghina tetamunya, melainkan ia berjiwa kehaiwanan.

Johan Raup Joe Noi






D A H M A T A N G K E NI ?



BOB KELANANG


PAS ni satu benda ja yang boleh kita ulaskan... Kalu sesuatu tu menguntungkan PAS... semua jadi halal... semua dikira baik... semua dikira patuh syariah... Tapi cuba kalu ianya tidak menguntungkan PAS... semua jadi haram, jahat DAN kafir...

KOH KOH KOH… kalu Ahli Parlimen atau ADUN melompat masuk PAS semua jadi halal... kalu sebaliknya... semua jadi binatang... monyet la.. babi la... anjing la... serigala la...

KOH KOH KOH…

Contoh dalam bab UNDI 18 yang dulu masa PAS jadi Pembangkang... bukan main PAS sokong seratus peratus dalam Dewan Parlimen... ni bila PAS dah jadi Kerajaan... melalui tebuk atap... terus UNDI 18 jadi isu... alasan pengundi umur 18 tahun tidak matang lagi...

Iya lar... sebab PAS tau... kalu PRU15 pengundi umur 18 tahun boleh mengundi... sure PAS akan hilang tempat dalam Kerajaan Perikatan Nasional...

KOH KOH KOH… sebab ramai yang tengah bengang dengan Kerajaan Perikatan Nasional... pimpinan Muhyiddin Yasin...

PAS tahu tu... Hadi Bewok tahu tu... dan Hadi Bewok bakal hilang jawatan Duta Khas Timur Tengah berstatus Menteri tu...

KOH KOH KOH… jilaker!!



May be an image of 2 people


 

ANWAR AKAN PASTIKAN MAHKAMAH ITU ADIL. APAKAH MUHYIDDIN BOLEH DIPERCAYAI ?

 

Najib dan Zahid, dua pemimpin besar dalam Umno ada kes di mahkamah. Bersalah atau tidak, biar mahkamah tentukan.

Kalau mereka rasa mereka tidak bersalah dan mahukan perbicaraan yang adil tanpa campurtangan politik, mereka akan memperolehinya di bawah kerajaan PH yang akan diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Jika Umno sokong Anwar jadi PM, benar, Anwar tidak memberi jaminan untuk lepaskan kes kamu kerana PH mahu reform institusi kehakiman supaya lebih adil tanpa campurtangan politik. Ertinya tiada jaminan Najib dan Zahid bebas, tetapi sekurang2nya kes kamu akan diadili dengan adil.

Apakah kamu yakin Muhyiddin tidak kawal mahkamah? Maka, berfikirlah untuk buat keputusan yang

terbaik

.

WFAUZDIN NS




P E R A N G T I G A N E G E R I

 BOB KELANANG


May be an image of 1 person, sitting and text that says "AGUNG UMNO UHAS AN 1442H I PUSAT DAC DUNIA PUTRA, KU κι UMNO Online"



Aku setuju ngan cadangan Ahmad Said (Bekas MB Terengganu) yang UMNO mesti bertentang mano a mano (face to face) dengan PAS di tiga negeri... tiga negeri yang dipilih itu adalah... Kelantan, Terengganu dan Kedah...

Tak guna UMNO bagi muka ngan PAS kat tiga negeri tu sebab PAS memang xkan nak bagi muka kat UMNO pun.... jadi kena la lawan 1 dengan 1 https://m.malaysiakini.com/news/568367

Sebab PAS bukan jenis berpegang pada janji... dah terbukti lama dah...

So torbaek untuk UMNO lawan PAS dalam perang di tiga negeri ni... baru boleh tau PAS kuat ATAU setakat sembang ja...

 

DUA CABANG DARI PAHANG LULUSKAN USUL MENOLAK KERJASAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR DI DALAM MATC HARI INI

 


Hari ini, dua Cabang Keadilan dari Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) masing2.

Cabang Kuantan telah mengadakan MATC di sebelah petang, begitu juga dengan Cabang Temerloh. Di dalam mesyuarat tersebut satu usul telah dibawa oleh ahli parti iaitu usul mendesak Parti Keadilan Rakyat menolak sebarang kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul dari kedua2 Cabang ini telah diluluskan sebulat suara tanpa bahas. Mereka juga mendesak agar Keadilan membawakan cadangan ini ke peringkat PH agar PH juga bertindak memutuskan sebarang kerjasama dengan bekas PM dua kali itu.

Terdapat 12 lagi Cabang di Pahang yang masih belum mengadakan MATC dan saya yakin 100% Cabang di Pahang akan mengambil pendirian yang sama. Pada 04 April ini, lebih banyak Cabang akan mengadakan MATC serentak.

Tahniah kepada Cabang Kuantan yang dipimpin oleh Tuan Hj

Fakhrul Anuar Zulkawi

dan Cabang Temerloh oleh Sdr Zulfikar. Terima kasih kepada pembawa usul.

WFAUZDIN NS

 

May be an image of text that says "Selamat Bermesyuarat MATC KEADILAN |0| Jangan Lupa!! X Bawa usul desak KEADILAN tolak kerjasama dengan Mahathir!!"







TOK USIN DAN SOTONG 18 TAHUN MENGAWAN

 

May be a cartoon of 1 person and text that says "BELUM CUKUP MATANG UNDI 18 DAH CUKUP MATANG KAHWIN BAWAH 18"


Tok tanya guru tok, " Wahai tuan guru Al Marangi, mengapa tuan guru tidak setuju anak muda 18 tahun boleh mengundi, sedangkan sewaktu jadi pembangang dulu tuan guru sokong gila?".

Guru tok tersenyum sumbing bibir sambil menggerak-gerakkan jari jemarinya dan goyang-goyang  dua kepala lutut, " Usia 18 tahung ni mude sesangat, belum matang dang cukup haul lagi, kencing pung bercabang, guane nok ngundi? Ngundi ni susoh, kena calit dakwat kat jari dang kena pakoh kertas undi...tak mudoh.". Jawab guru tok.

"Tapi tuan guru, nape ramai lebai-lebai kite yang tua-tua  tu kalau kawin poligami cari yg mude-mude...bawoh 18 tahun? Bukankah usia tu tak matang?" Soal tok lagi.

Guru tok masih tersenyum sumbing. " Owhh...kalau kaweng ni mereka mudoh matang sebab sebelum kita rejam senjata kita, tak perlu calit dakwat pung....mudoh kerja.....teeheheheeeeee". Jawab guru tok dengan muka merah ceria dan tertawa gatal seperti sotong lepas mengawan.

 

ANWAR PM9 - MAMPU KAH MAHATHIR HALANG ANWAR?



Sudah dua kali, Mahathir gagalkan Anwar Ibrahim. Mampukah lagi Mahathir menghalang untuk kali ke 3? Masih ada harapankah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan keadaan politik semasa yang caca marbaa?








Undi 18: Pengerusi SPR patut letak jawatan- DAP DAH CAKAP 3 HARI LEPAS DAH..

 

Oleh B. Suffian

Datuk Abdul Ghani Salleh patut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan membuka ruang kepada seorang pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dapat mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, pengumuman SPR semalam yang mengatakan rakyat Malaysia yang berusia di antara 18 sehingga 21 tahun mungkin tidak akan dapat turut serta mengundi dalam PRU akan datang adalah satu bentuk pencabulan mandat Parlimen.

Menurutnya, Parlimen secara sebulat suara telah meluluskan suatu pindaan Perlembagaan pada bulan Julai 2019 untuk membolehkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk mengundi dan juga untuk membolehkan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Tambahnya, pindaan Perlembagaan itu telah diwartakan pada 10 September 2019.

“Perkara ini bukan sahaja menjadi satu pencabulan hak Parlimen untuk merendahkan had umur mengundi kepada 18 tahun, tetapi menunjukkan kegagalan SPR untuk memastikan rakyat Malaysia yang telah mencapai usia 18 tahun dapat mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang walaupun selepas dua tahun pindaan ini diluluskan oleh Parlimen.

“Perkara ini juga merupakan satu pencabulan janji Pakatan Harapan (PH), memandangkan tanpa sebarang ragu-ragu, sekiranya Langkah Sheraton yang membawa masuk kerajaan pintu belakang pada hujung bulan Februari 2020 tidak berlaku, rakyat Malaysia yang telah cukup umur 18 tahun pasti akan dapat mengundi dalam PRU ke-15 yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kit Siang memberitahu, keputusan SPR untuk menunda pelaksanaan Undi 18 termasuk pendaftaran pengundi secara automatik kepada 1 September tahun hadapan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali dan Pengerusi SPR berhadapan dengan kesalahan yang boleh membawa kepada pemecatan sekiranya Parlimen tidak digantung.

Tambahnya, Abdul Ghani perlu bertindak dengan berintegriti dan penuh bermaruah dan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau telah gagal untuk memastikan SPR berjaya melaksanakan mandat Parlimen untuk menurukan had umur mengundi.

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Takiyuddin Hassan, telah memberitahu Parlimen pada bulan November tahun lalu yang pelaksanaan penurunan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik dijangka akan berkuatkuasa selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun ini.

Jelasnya, Takiyuddin berkata yang SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara melalui jawatankuasa khas kedua-dua pihak tersebut untuk membuat persediaan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik dan persiapan untuk perkara-perkara lain.

“Semua persiapan ini dijangkakan selesai dalam masa 18 ke 24 bulan daripada tarikh kelulusan pindaan perlembagaan ini oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

“Jadi, mengapakah tiba-tiba terdapat pengumuman daripada SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik kepada 1 September 2022?” soalnya.




[[LIVE]] 27.3.2021 UMNO perlu buat keputusan.



27.3.2021 UMNO perlu buat keputusan. Jalan sendiri atau bersama PN. Bersatu akan langgar semua Kerusi UMNO. Azmin kata PRU 2023. Atau hujung tahun? Sudah bersediakah kita? Melayu berpecah? atau sekadar mereka yang gila kuasa? Kemana hala tuju politik Malaysia selepas ini?







EDISI KHAS MINGGUAN 014 | PANAS!!! TIDAK PERNAH WUJUD KERJASAMA UMNO-PKR?




MENARIK DALAM EDISI KHAS 014

1. KENYATAAN TAKIYUDDIN DITEMPELAK
2. DEBAT MUHYIDDIN VS TUN M, MUSTAHIL!!
3. UMNO TOLAK KERJASAMA DENGAN PKR




KERAJAAN HARI INI!!!PENYAMUN,PEROMPAK L,PENYANGGAK/SIAPA NASIHAT RAJA-RA...

Orang muda jangan terpengaruh watak agama seperti Pas

 Orang muda jangan terpengaruh watak agama seperti Pas


Pesan buat anak muda

Anak, kamu adalah pencorak masa depan negara. Kamu mesti berjuang untuk bebas menyatakan pendirian kamu dan siapa yang patut memimpin kamu.

Kamu tidak pernah dilahirkan sebagai hamba yang dikurung kata dan diikat daya. Kamu mesti kenali siapa yang cuba memperhambakan kamu, siapa yang berjuang untuk memerdekakan kamu.

Usahlah kamu terpedaya dengan nama dan gaya agama. Berwaspadalah, dengan agama juga manusia memuaskan nafsu durjana.

Mereka pernah berkata Islam membenarkan berkahwin dengan gadis bawah umur. Mereka sanggup mengorbankan masa depan dan usia remaja kamu demi nafsu berkahwin dengan anak dara sunti yang belum kenal dunia, atas nama agama.

Namun mereka menghina akal dan pilihan kamu dengan mengatakan kamu tidak layak mengundi kerana belum matang.

Umur kamu 18 tahun mereka hukumkan sebagai mentah dan belum matang untuk mengundi dan menentukan hala tuju negara.

Sebaliknya umur anak gadis di bawah 18 tahun (bahkan gadis sunti 10, 11 tahun pun) mereka boleh fatwakan sebagai matang untuk dikahwini, kononnya mengikut sunnah anak gadis 6 tahun sudah boleh berkahwin.

Wahai anak muda, waspada sentiasa dengan pendusta agama.

Ustaz Ali Muda
Pendakwah




Peguam tempelak sikap kluk klek Pas

 


Peguam tempelak sikap kluk klek Pas


Ironis sekali.

Sebelum PRU, depa lah pemecah-belah undi orang Melayu dan rakyat negara ini bila depa masuk pilihanraya secara bersendirian.

Betapa angkuh dan bongkaknya ketika itu kononnya depa amat kuat bila bersendirian dan menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain.

Malah bila kita kata depa akan bekerjasama dengan UMNO, depa menafikan sekeras-kerasnya sebaliknya kita pulak dituduh memfitnah kerana mendakwa depa sebenarnya ada rundingan sulit dengan UMNO.

Bahkan seorang pemimpin kanan depa sendiri berani bersumpah dengan nama ALlah bahawa depa tidak akan bergabung dengan UMNO sampai bila-bila selagi berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

Depa jugak menuduh suara-suara yang menyebut bahawa depa akan bekerjasama dengan UMNO itu adalah suara dari bisikan syaitan?

Nah, sejurus sahaja selesai PRU, tiba-tiba segala-galanya berubah. Tiba-tiba depa pulak nak anjurkan perpaduan dan penyatuan ummah.

Tiba-tiba depa mengaku pulak bahawa sebenarnya usaha penyatuan dua parti Melayu terbesar negara ini dah berlaku sejak sekian lama sebelum PRU lagi.

Tiba-tiba suara yang mengkritik penyatuan depa dengan UMNO hari ini pulak dituduh suara dari bisikan syaitan?

Apakah parti politik seperti depa ini masih boleh dipercayai?

Sebelum PRU lain. Selepas PRU lagilah lain. Apalah agaknya propaganda depa selepas PRU akan datang?

Muhammad Fadzil
Peguam