Sekolah agama di Pagoh terbengkalai


Nadia Hanafi
PAGOH 1 MEI : Sebuah projek sekolah agama Pagoh yang dimiliki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia didapati terbengkalai sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas.
skolah1Menurut Saadon Abdullah yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Pagoh memberitahu tidak ada sebarang lanjutan yang positif tentang pembinaan sekolah itu walaupun sudah dua kali bertukar kontraktor.

“Mereka juga mahu buat sekolah menengah agama dan vokasional namun projek itu juga terbengkalai.Tidak siap sehingga sekarang.
“Ini adalah kontraktor yang kedua dan kami dapat tahu kontraktor yang kedua ini mempunyai kaitan dengan kontraktor pertama,” jelasnya ketika ditemui.

Melalui papan bina projek ini, kontraktor baru yang diberi projek ini ialah Pakatan Bidara (M) Sdn Bhd dan projek ini merupakan satu projek dibawah Rancangan Malaysia yang ke-10.

Suara keadilan juga turut bertemu dengan seorang lelaki India berusia 55 tahun yang mahu dikenali sebagai Raja memberitahu, kebanyakkan pembangunan yang dijanjikan seperti universiti, sekolah agama di Pagoh masih terbengkalai.
cikgu saadon“Kalau masuk saja ke Pagoh boleh nampak ada satu projek sedang dibangunkan. Tapi kita ingin tanya berapa lama tempoh yang dia mahu ambil untuk siapkan?

“Kebanyakkan projek yang ingin dibangunkan dikawasan ini masih terbengkalai. Sudah berapa kali tukar kontraktor masih belum lagi siap,” katanya yang menetap di situ sejak berpuluh tahun.
skolah 2 

Mereka semua juga berpesan supaya Muhyiddin tidak perlu ghairah mengkritik dan memantau kawasan pimpinan lain, tetapi jagalah tempat yang dipimpinnya supaya setaraf dengan kawaaan- kawasan lain yang lebih membangun dan boleh dibanggakan.

28 April lalu, Muhyiddin telah menyentuh tentang parlimen Permatang Pauh yang akan mengadakan Pilihanraya Kecil 7 Mei depan dimana katanya sekiranya Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh, pembangunan infrastkuktur dan kebajikan di kawasan ini akan terabai disebabkan beliau juga perlu menjaga DUN Kajang.

Penduduk Pagoh juga mempersoalkan kenapa ketika ini dibangkitkan hal ini sedangkan ketika Saudara Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,dan memegang jawatan lain ketika beliau masih didalam Umno tidak dipertikaikan.
Namun kata mereka, selepas Anwar keluar dari Umno dan menubuhkan parti KEADILAN baru semuanya nampak tidak kena dimata mereka.