Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bad berkata tindakan tersebut amat memalukan golongan mahasiswa.
"Ini jelas menunjukkan golongan ini berfikiran ortodok dan ketinggalan zaman. Sepatutnya mahasiswa seharusnya berfikiran progresif yang sentiasa berfikiran terbuka untuk berdebat dan membuka idea-idea baru dalam apa jua lapangan." ujar beliau ketika di hubungi TV Selangor.
Semalam kira-kira 80 kumpulan pelajar Pro-A berdemonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dan menggesa Saifuddin meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M).
Menurut Malaysiakini, sususlan dari demontrasi tersebut Saifuddin meminta kumpulan tersebut menemui beliau hari ini di Parlimen pada jam 12.15, tetapi di tolak.
Dalam pada itu, Cikgu Bad juga mempertikaikan tindakan pihak universiti yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kumpulan Pro-A yang terlibat dalam demontarasi terbabit.
"Apakah disebabkan demontrasi tersebut ada hubungkait dengan sokongan kepada Najib maka mahasiswa tidak akan diambil apa-apa tindakan.
"Apabila libatkan usaha untuk mansuhkan AUKU dan bebaskan golongan akedemik dari cengkaman kolot akan dianggap sebagai haram dan politik kepartian," kata Cikgu Bad.
Mengulas mengenai tindakan Pro-A yang menggesa Saifuddin meletak jawatan beliau berkata belenggu fahaman kolot dalam kumpulan mahasiswa tersebut yang menghalang percambahan pendapat amat dikesali.
"Mungkin juga musuh-musuh politik Saifuddin yang mendalangi kumpulan tersebut," sinis beliau.