Sunday, February 22, 2015

KOMEN BILA NIK AMAR BERCAKAP


Semalam Nik Amar..Tim Menteri Besar yang semasa banjir menunggu Azmin dan Muhyiddin baru beergerak bantu rakyat Kelantan menyatakan bahawa PAS...Tak perlu bersusah payah tetpai perlu mendapat Redho Allah semata mata bagi memenangi dan memerintah Malaysia.Begitulah pandangan ulama ini sebab itu ramai yang memberi komen seperti di bawah....ini aku ambik dari blog greenbox sebab beliau  juga mengemukakan pandangan beliau selama ini.








ULASAN GB

Sungguh janggal pendapat yang menyatakan "kita hendak mendapatkan redha Allah, bukan semata-mata untuk menawan Putrajaya."

Ia hanya alasan simpliistik yang sedap untuk didengar tetapi penyerlahan sifat hipokrit dalam perjuangan.

Saya beri satu anekdot mudah seperti ini:

Seorang guru asrama menanya seorang murid yang malas belajar tetapi rajin berqiamu-lail. Mengapa engkau tidak mahu belajar, tetapi hanya berqiamu-lail sepanjang malam?

Menjawablah murid itu: saya pentingkan redha Allah, saya tak pentingkan kejayaan di dalam peperiksaan.

Sedangkan Allah sendiri tidak menyuruh pelajar berkenaan berbuat demikian kerana keredhaan Allah adalah rahsiaNya dan Allah tentulah lebih redha kepada pelajar itu jika pelajar itu belajar bersungguh-sungguh daripada beliau berqiam setiam malam.

Jika demikian guru itu berkata, lebih baiklah engkau jangan bersekolah, duduk di rumah dan berqiam sepanjang masa kerana di sekolah masing-masing bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh di samping melakukan qiam."

Itu kisah pertama. Yang di bawah ini kisah kedua:

Pernah berlaku di zaman Rasulullah seorang lelaki sibuk menekuni ibadahnya kepada Tuhan dengan mengasingkan diri dan tidak melakukan apa-apa kerja.

Semua makan-minumnya dipaksa kepada siisterinya untuk menyediakannya. Dan siisteri terpaksa bekerja membanting tulang untuk menanggung keluarganya.

Apabila hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, maka Rasulullah pun menjawab: "semua pahala ibadah lelaki itu akan menjadi milik isterinya yang bersusah payah menyediakan makan-minum dia dan anak-anaknya."

Jadi soal "redha Allah" itu bukan mainan bibir dan tafsiran seseorang manusia.

Apabila kita telah bersama untuk membuat keputusan menyertai politik negara maka tentulah perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menang pilihanraya. Disitulah letaknya redha Allah. Begitulah juga apabila kita membuat keputusan bertahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, tentulah kita perlu bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya. Dengan itulah caranya kita mencapai "keredhaan Allah".

Jika tidak apa pasal mahu sertai politik dan pilihanraya, apasal mahu sertai Pakatan Rakyat jika bukan untuk menang pilihanraya dan tawan Putrajaya. Samalah kes pelajar di atas tadi, kenapa datang ke sekolah duduk asrama tetapi tak mahu belajar?

Ketara sangat kenyataan Nik Amar itu lansung tidak boleh dijadikan sandaran untuk ahli-ahli PAS dan hairannya beliau dikatakan seorang ulama!

Ingat: Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh.

Sabda Baginda SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah saw sendiri bersungguh-sungguh berjuang dan berperang di medan peperangan Badar, Uhud dan Khandak sehingga akhirnya berjaya menakluk kota Mekah... demi menegakkan daulah Islamiyah....

Bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan, bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya, bersungguh-sungguh untuk menumbangkan sistem pemerintahan yang zalim dan bobrok, maka di situlah sebenarnya "redha Allah", bukan seperti yang diucapkan oleh Nik Amar.

Cukup memalukan PAS dan umat Islam seluruhnya dengan pandangan songsang dan sesat seorang yang dikatakan ulamak seperti Nik Amar di atas.

p/s setiap yang menyertai jemaah perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk menegakkan menegakkan kebenaran dan keadilan. Masing-masing dengan peranan masing-masing. Seorang yang bekerja di peringkat cawangan atau kawasan memainkan peranan masing-masing, begitulah juga jika seroang itu memilih alam siber seperti blogger dan seumpamanya, mestilah bersunggu-sungguh di dalam melakukan kerja-kerja berkenaan, barulah kita akan berolehi kejayaan, dunia dan akhirat.


25 comments:
View Comments/Post a Comment

25 COMMENTS:

Anonymous said...
Aku dah lama.meluat dengan Nik Amar ini..Dia ini.lah agaknya salah seoeang ahli kumpulan UG dalam.PAS. Cakap tak masuk akal dan tak boleh pakai. Tamakan kuasa kerja malas. Apa dia buat setelah menjawat jawatan TMB Kelantan. Singkirkan sehaja Nik Amar ini daripada PAS kita nak tengok apa reaksi beliau selepas tersingkir.
Anonymous said...
Bila ulama cakap mengarut, orang awam jadi pening dan mula meluat. Cakap-cakap (pandangan) seperti ini menjauhkan penyokong dan merosakkan perjuangan PAS. Bilamana otak ulama tidak lagi berfungsi dengan baik, sedarlah diri dan berundur daripada PAS segera, tidak kiralah apa jawatan yang anda pegang. Ulama seperti ini mencambahkan benih kemusnahan kepada PAS.
Anonymous said...
Usahlah berbalah dengan kenyataan Nik Amar tu. Kedua dua pihak Nik Amar ataupun pihak GB kedua-duanya bagus ke arah kebaikan dan keredhaan Allah SWT. Jangan kita cepat melatah di atas kenyataan seseorang. Think positif. Yang sebaiknya kenyataan itu berbunyi begini,"Kita hendaklah menawan Putrajaya dengan keredhaan Allah". Maksudnya tawanlah putrajaya apa cara sekalipun mestilah dengan keredhaan Allah.
Anonymous said...
Ini ulamak tak boleh pakai. Utk menegakkn hukum Allah di Malaysia kenalah menang PRU dahulu. Ini lah sejenis manusia yg perasan baik. Kalau kepimpinan ulamak begini punya stail baik bubar je PAS tu.Saya rasa apa yg dimaksudkn dengan redha Allah ialah berkawan dgn syaitan UMNO utk menubuhkn UG dan berbagibagi duit rakyat. Phuiii
Anonymous said...
Mai meeting tengok kiri kanan stadium tadak rumah mampu milik
Anonymous said...
Masuk BN dapat banyak projek. Satu lagi yang bermasalah ialah Mokhtar Senik, bekas advisor al Maunah, tak tau macam mana boleh jadi orang penting di Pahang.
Anonymous said...
Inilah sikap orang yg menggunakan ugama demi kepentingan diri sendiri.....
pok amid littor said...
Habis juta-juta ringgit belanja pilihanraya krn tknk menang. Baik jgn masuk bertanding n pitis tu ambik buat projek lain.

Cakap kpd orang berotak kemetot ok laaa!
Anonymous said...
patutlah mereka tak bantu mangsa banjir dengan alasan rumah mereka pun banjir...TGNA tiada pengganti
Anonymous said...
bukan ketepikan syariat islam tetapi ketepikan pemimpin yang tidak boleh memimpin...
Anonymous said...
macam la org lain tak mau keredhaan Allah...bongkak nya ustaz ustaz nie..dia cakap tak pakai rasional agama langsung...tuduh org tak mau keredhaan Allah..low class minded.!
Anonymous said...
Bubar sahaja PAS kalau inilah cara pemikiran pemimpin PAS. Nabi saw sendiri tak pernah ajar bertawakal bulat2 tanpa usaha dan strategi utk hadapi musuh. Tak ku sangka begitu dangkal pemimpin yg memimpin parti yg mmperjuangkan islam. Wallahualam.
Suatu Perjalanan Yang Sukar said...
Tidak akan ada keredhaan Allah swt tanpa usaha. Jika hanya berpeluk tubuh tanpa usaha untuk mencapai kejayaan, hanya perbuatan yang sia-sia. Sebab itu, para Ulama' perlu mendalam ilmu dunia jika hendak mentadbir dunia. Sesungguhnya Allah swt berikan aqal dan fikiran. Doa sahaja tanpa usaha, tidak mencukupi. Begitu juga dengan usaha hendak melaksanakan hukum Hudud yang merupakan hak Allah swt. Perlu usaha untuk menguasai Putrajaya terlebih dahulu melalui Pilihan Raya. Pinda Perlembagaan Persekutuan agar menjadikan asas perundangan tertinggi di Malaysia berasaskan Al Qur'an dan As Sunnah di bawah Mazhab Syafie Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika tidak semua usaha menjadi sia-sia kerana jika dicabar, hukum perundangan Hudud akan dituduh bertentangan dengan Perlembagaan Pwrsekutuan dari segi kuatkuasa Syariah. Tolinglah faham kerana Sistem Perundangan Malaysia adalah berasaskan Sistem Perundangan Islam. Dalam Perlembagaan Persekutuan, status kuasa Syariah pun hanya dalam Jadual dan bukan dalam Artikel utama Perlembagaan Persekutuan. Sedih betul status Perundangan Islam. Tolonglah berfikir dengan ilmu, jangan ikut nafsu haloba kuasa. Berubahlah wahai Ulama'.
mohd shahran said...
karamnya pas kerana ulamak suk ulamak haram jadah dan ahli yang wala kepada ulamak haram jadah ni
Anonymous said...

Nak cari keredhaan Allah, tak payah tubuh PAS. Tak payah masuk PRU. Masuk jemaah tabligh la...

Biar umporno memerintah.

Ana rasa SB2 dah menyelinap masuk dlm PAS jd pemimpn mcm SB masuk dlm Arqam dulu. Sampai jd org kanan Uztaz Asya'ari dan kahwin 3, 4.
mohamad adel said...
kalau macam tu...lebih baik buka pondok je...Parti politik yg tak mau menang pilihan raya. Something is wrong dgn pemimpin politik ni....
Anonymous said...
Aku nak komen pun dah tak pandai.keliru dibuatnya.Mengapa kebanyakan ulamak dalam Pas dan jadi haru hijau ?tak baik aku tulis ,aku tenguk kebanyakan muka2b ulamak ni semuanya masam.muncung mulutnya.rasa meluat melihat mereka ni.dari presiden sehinga golongan UG.aku ni ahli Pas,Eh bencinya aku melbehi peminpin Umno .apa nak jadi dengan parti Pas,kmeungkinan pas akan hancur sehancur2nya akibat gerakan ulamak ni.tunggulah .
Anonymous said...
wahai anon 7.31.nak tawan putrajaya emanglah dengan kerdaaan Allah tetapi apakah cara begini kita bolih tawan putraja?menuduh sesama sendfiri,taknak ikut pendapat orang lain,pecah dalam pakatan,benci dengan bangfsa lain,bagaiman kita hendak menang kalau ini caranya .Allah bagi kita akal untuk berfikir bagaiman caranya untuk memenagi putrajaya,iktiar sambil berdoa,buka hanya berharap tanpa ikhtiar,perahu kena ikat dahulu baru bertawakal agar perahunay tak hanyut,ulamak otaknya dah letak dikepala lutut sebab mereka fikir mereka lebuh alim.sudahlah.
Anonymous said...
Musang berbulu ayam kini sedang berhujah dan berkempen 'mengharamjadah' kan ulama... Bukan ke kamu semua pengikut yang wala' kepada ulama? Menangis sekejap di kuburan Nik Aziz? Sekarang aapa dah jadi bro?
Anonymous said...
aku fikir kebanyakan ulamak Pas tak baca apa yang orang komen,mereka tak baca blog kot,selam ni kita orang komen sambil nasihat langsung tak jalan,asik2 wala.wala kepala lutut kau.
Sabtu Awab said...
Saya bercadang menjadi ahli PAS. Tetapi disebabkan terpaksa walak kepada Presiden sebagai satu syarat, maka hasrat saya terpaksalah saya padamkan. Baik saya tunggu PASMA didaftarkan sebagai parti politik.
Anonymous said...
Nik Amar bagi statement? Setaraf ibrahim ali ajer dia ni. Bezanya ibrahim ali ni samseng kg. tak berapa reti agama. Yg si nik amar ni bergelar ustaz, reti agama. Yg ada persamaan. Dua2 bingai!
ubaid said...
Menang di kelantan juga tidak penting.....
Anonymous said...
Percskspan pemimpin2 PAS semua tiada kualiti , tidak ada nilai.

Hanya cakap2 bodoh dari orang bodoh untuk orang orang bodoh.

PAS itu sendiri jenama bodoh.

Bodoh saja lah....
ubaid said...
Semua org tahu redha allah lebih penting drp segala2nya....bkn shj lebih penting drp menang, juga lebih penting drp jadi timbalan menteri besar.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers