Tubuh suruhanjaya diraja tangani keterangan baru Sirul

OLEH: PUKUL CANANG
  • O
Tiba-tiba PM Najib Razak mengeluarkan perkataan sensasi ‘mengarut’ apabila sekumpulan wartawan mengasak soalan mengenai pendedahan terbaharu yang akan dilakukan oleh korporal Sirul Azhar Umar di Australia berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Seluruh negara hairan dengan ungkapan yang terlalu peribadi daripada Najib itu. Sekiranya PM India atau presiden Indonesia ditanyakan soalan serupa tentulah jawapan birokrasi yang dikeluarkan. Mereka tentunya memberi komen akan menyerahkannya kepada kebijaksanaan polis dan pihak Peguam Negara kerana kes itu pernah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Tetapi Najib menjawab seolah-olah beliau mengikuti kes itu secara dekat sehingga mampu membezakan yang mana fakta dan yang mana mengarut. Dakwaan yang boleh dijawab ‘mengarut’ bagi PM ialah berkenaan hal-hal peribadi beliau, misalnya pengumpulan harta, penyelewengan, skandal atau sebagainya yang beliau amat tahu dan yakin mengenainya.

Kes pembunuhan yang beliau tidak mempunyai kaitan dan bukan melibatkan peribadi wajib dijawab secara birokrasi.

Inilah yang menimbulkan tanda tanya sehingga Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar menyindir Najib, siapa mengarut, Sirul atau PM?.

Najib sebagai PM, apabila berhadapan dengan situasi yang mempertikaikan institusi kepolisian dan mahkamah sebaik-baiknya mencontohi apa yang dilakukan oleh ketua-ketua kerajaan di negara-negara maju. Apabila mahkamah tidak mampu menjamin keadilan kepada yang dituduh dan yang menuduh maka satu Suruhanjaya DiRaja wajib dibentuk untuk mendedahkan keadaan sebenar.

Perbicaraan ke atas Sirul tidak mungkin boleh dibuka semula berdasarkan keterangan baharu kerana kes tersebut telah melepasi Mahkamah Persekutuan. Sirul juga tidak akan pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan kerana hukuman mati menanti buatnya.

Tetapi PM boleh menubuhkan satu suruhanjaya bagi mendengar keterangan Sirul dan mendengar kembali masalah-masalah sepanjang perbicaraan yang menyebabkan Sirul gagal memberi sepenuh kejujuran kepada pasukan pendakwa dan peguam bela.

Selepas Suruhanjaya DiRaja membuat syor maka satu perbicaraan baharu boleh dibuka sekiranya dibuktikan perbicaraan sebelumnya bermasalah.

Hal itu sebaik-baik dilakukan Najib untuk menjawab persoalan-persoalan yang semakin panas dan sensasi. Sekurang-kurangnya, Dr Mahathir walaupun memusuhi Anwar pada 1998, beliau tetap menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat mata lebam Anwar Ibrahim.

Akhirnya perlaku utama kes ditemui, Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Noor mengaku menumbuk Anwar. Najib tidak perlu bermain kata-kata. Sebelum ini beliau telah bersumpah kes Altantuya tidak melibatkan dirinya dan kini adalah masa untuk membuktikan beliau tidak ada kaitan sama sekali.

Sebagaimana Suruhanjaya DiRaja membersihkan nama Mahathir daripada dilibatkan ke atas kecederaaan Anwar, suruhanjaya yang sama juga boleh membersihkan nama Najib. Namun jika Najib tidak menubuhkannya maka lebih banyak tuduhan liar akan mengekorinya di hadapan

No comments: