Anwar: Dialog bukan tentang kerajaan perpaduan, tapi isu rakyat

Anwar: Dialog bukan tentang kerajaan perpaduan, tapi isu rakyat

(Oleh Mohd Arif Juhani)
PETALING JAYA 30 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bukannya menjurus kepada pembentukan kerajaan perpaduan.
“Tidak berbangkit sama sekali isu kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ia amalan biasa dalam sesebuah negara demokrasi.
DSAI_HQ
Anwar menjawab soalan pemberita pada sidang media hari ini
“Dalam negara demokrasi asasnya ialah meletakkan rundingan semua pihak termasuk pembabitan pembangkang.
“Jadi apa salahnya diadakan rundingan untuk membincangkan beberapa isu asas.

“Pakatan Rakyat memperoleh suara majoriti rakyat yang mahu melakukan perubahan. Kita akui gerak kerja mesti diteruskan untuk menyelamatkan negara,” tegas Anwar.

Tambahnya, dialog itu merupakan usaha terbaru membantu rakyat yang memberikan undi majoriti kepada Pakatan Rakyat yang mahukan perubahan.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas perbincangan.
Antaranya soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik.


“Namun, kita mampu melupakan ketegangan dan keresahan akibat kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan meletakkan kepentingan nasional sebagai keutamaan,” katanya.


No comments: