MASAALAH RAKYAT MALAYSIA TAK FAHAM TENTANG INTIPATI PERLEMBAGAAN




MOHD MUKHLIS


Masalah sebenar dengan rakyat Malaysia ialah mereka tidak tahu apa intipati perlembagaan dan apa sebenarnya erti menjadi rakyat negara ini. Acap kali saya katakan yang negara ini adalah berpaksi pada demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Jadi paling tinggi sekali adalah Perlembagaan Negara. Ini yang telah memelihara negara kita selama ini dari menjadi negara gagal walaupun telah cuba di rosakkan oleh Mantan PM macam Najib bila dia cuba alih kuasa darurat dari YDPA kepada Perdana Menteri. Bila PH naik, PH telah betulkan kerosakan yang berlaku dengan pulangkan semula kuasa isytihar darurat kepada YPDA.

Pelembagaan kita ini tertakluk pada pemisahan kuasa antara 3 cabang utama iaitu kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa ini adalah untuk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana-mana pihak yang cuba hendak melanggar Perlembagaan Negara untuk cita-cita peribadi.

Tapi Mahiadin (bukan nama sebenar) telah menguasai 2 pertiga dari cabang ini dan hampir membuatkan dia menjadi supreme leader bila dia lantik speaker dewan rakyat dan peguam negara yang bias dan terbukti tidak mampu mempertahankan perlembagaan negara.

Dari awal lagi dia cuba tunggang tiga-tiga institusi tadi bila dia tidak cukup sokongan di parlimen; sampai jadi buah mulut media luar negara. Sebab itu jangan tanya mana pi semua FDI lari, siapa yang berani labur dalam negara yang PM dia sendiri takut dengan sidang parlimen.

Padahal dalam sistem westminster, Perdana Menteri itu sendiri datang dan pergi. Undi percaya dan undi tidak percaya adalah sebahagian dari demokrasi. Boleh ker masuk acara olimpik tapi event tangguh sebab takut kalah? Dia boleh tangguh sebab pengadil itu geng dia.

Yang tidak sebahagian dari sistem demokrasi adalah bila tunggang semua cabang perlembagaan untuk kekal berkuasa. Dari tipu jumlah sokongan, derhaka pada YPDA, derhaka tak mahu buka parlimen, dalam masa yang sama tak reti memerintah. Kes kematian akibat covid beratus-ratus sehari!

Sedangkan satu nyawa manusia pun bernilai di sisi Islam, inikan beribu-ribu nyawa hilang akibat Perdana Menteri dan kabinet yang tidak competant; jangan kita lupa jasa pada ulamak yang menjadi perisai orang yang zalim tadi.

Hak rakyat untuk berhimpun dan bercakap juga di jamin dalam perlembagaan negara dalam artikel 10, kita boleh argue tentang ancaman covid-19 untuk kata berhimpun di masa ini tidak sesuai kononnya. Tapi persoalan saya bila masa yang sesuai?

Bila masa Januari 2021 kes baru 3K tapi DG yakinkan semua yang Darurat di perlukan untuk perangi Covid-19? Atau bila masa kes sudah 6 kali ganda sampai 17K waktu darurat sudah tamat? Jadi bila masa sesuai untuk berdemo? Atau hendak tunggu kes 20K sehari baru nak kata inilah masa yang sesuai hendak berdemo?

Lagi satu sekarang darurat dah tamat, mana bukti sains dan data yang DG dan KKM kata darurat bantu perangi kes Covid?

Ingat mereka yang berdemo ini sebenarnya kurang terdedah pada jangkitan kerana berada di open space, berbanding dengan kilang yang tertutup. Dan jangan lupa juga jasa pendemo-pendemo yang lepas. Dakwat hitam di jari pengundi masa PRU14 lepas adalah hasil dari desakan rakyat yang turun demo bersih. Kalau rakyat tak turun, rasanya ada tak kerajaan akan suruh SPR implement dakwat kekal?

Lepas itu mereka bising guna saluran yang betul, kita sudah 6 bulan dalam darurat, kes tak turun, nak balik kampung tak boleh, rakyat banyak kena buang kerja, murung bersepah, bunuh diri macam perkara biasa, hospital sesak, frontliner letih. Apa lagi saluran yang tak betulnya? Parlimen kena prorogue sampai 6 bulan padahal derhaka dengan titah YDPA supaya boleh bersidang.

Tapi bab jarah duit KWAN laju aje mereka. Yang duk backup sangat ini, saya nak tanya siapa tahu perincian duit KWAN 5 billion tu pergi mana? Parlimen itulah tempat untuk MP pembangkang jadi check and balance, supaya kerajaan tidak sewenang-wenang belanja duit rakyat.

Pastu yang bising kata bila parlimen di buka pembangkang suka buat kecoh, itu sifat parlimen kalau yang jadi speaker tidak adil. Pernah ke tengok pasar malam senyap? Atau tengok perlawanan bola bisu? MP-MP yang di pilih tadi bising untuk kesejateraan rakyat. Biar mereka bertumbuk tampar sekali pun dalam parlimen, janji hak rakyat terpelihara.

Saya nak tanya, kalau MP pembangkang terpekik terlolong dalam parlimen 30 hari sebulan tapi rakyat dapat bantuan laptop 150K yang di janjikan kerajaan, rakyat yang hilang kerja di bantu dengan segara, yang murung dapat bantuan perubatan; anda mahu atau tidak? Itu saya cakap, sokong apa yang berfaedah untuk kita sebagai rakyat. Ini bila parlimen tutup, satu apa pun perbelanjaan negara kita tak tahu.

Saya nak tanya lagi, kalau awak nak beli barang online, adakah awak akan impulse buying? Maksud dia, tengok TV baru, terus swipe, tengok PS5 baru terus swipe? Atau awak semak dulu belanja dapur dengan Isteri, tengok mampu atau tidak nak beli TV baru? Sama juga dengan parlimen, parliamen ini adalah sistem semak dan imbang perbelanjaan negara, jangan duk buat macam piggy bank abah dia aje.

Dan saya ulang juga penyelesaian ikut sistem westminster, bila mana Perdana Menteri tidak ada keabsahan, ketua pembangkang sepatutnya di berikan peluang untuk di lantik menjadi perdana menteri. Dan tugas perdana menteri yang baharu nanti adalah untuk kembalikan maruah parlimen kita dan secure sokongan yang cukup. Jadi PM baharu tadi gagal dapat sokongan, dia juga perlu meletak jawatan dan beri pada orang lain.

Tapi jika tidak di beri peluang, kita akan kekal di takuk yang sama dan hanya mampu berharap dengan keajaiban. Cuma kita kena ingat, rahmat Allah tidak akan turun pada mereka yang berkhianat dan mereka yang menipu.

Moga Allah perlihara kita dari pemimpin yang zalim.

WAllahualam.

 

MALANGNYA JADI RAKYAT MALAYSIA

 

Semua backdated. Kompaun takkurantini backdated, batal darurat backdated, kali ini tangguh parlimen

 alasan varian delta pun berdasarkan backdated Covid test kit.

Apalah nasib jadi rakyat Malaysia, mereka berbohong depan mata pun tak boleh buat apa-apa.


May be an image of 1 person and text



 

TAK PAYAH MESYUARAT BANYAK BANYAK LA...PAYAH PAYAH JOIN SAJA BERSATU . BUAT MALU PARTI BESAR JADI KECIL

 

Kalau selepas petang esok UMNO masih juga lagi bersama kerajaan PN dan

 Mahiaddin yang derhaka ini, baik bubar sajalah parti dan lebih mulia

 bergabung terus saja dengan Bersatu…..


May be a Twitter screenshot of text that says "MALAYSIA Ahmad b Maslan @ahmadmaslan Mesy Khas MKT #UMNO secara online akan diadakan 4 ptg esok 3/8/2021 Tentu mesy tergempar ini utk membincangkan isu politik terkini Antaranya hal kenyataan media #IstanaNegara warkah YDP #Agong Juga isu #Darurat, ordinannya & penangguhan sidang #Parlimen hari ini 2/8/21. Translate Tweet"

TAZKIRAH PENDEK - PIMPINAN PAS LANGGAR SISTEM & NILAI AGAMA "KERANA KUASA"?




MAHATHIR MAHADHIRA

Sorry to say, malang rakyat Malaysia terpaksa jaga sara hidup ramai politision warga

 emas tak berbakat, mandul idea, tak pandai urus negara untuk pimpin kita.

Gaji, kemewahan mesti diberi hanya untuk mereka susahkan rakyat semula. Double

 malang - Walaun Insap

 

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "4 hari sidang parlimen 4 hari ponteng TIBA2 "Ada pihak mahu menjatuhkan islam" Ecah"


FILEM LABU LABI TERBARU..HAHAHA

Dihalang masuk Parlimen, MP buat laporan polis

 


Berikutan tindakan pihak keselamatan yang menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen pagi tadi dua Ahli Parlimen PKR telah membuat laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Laporan telah dibuat oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir dan Ahli Parlimen Baru, P. Prabakaran.

Akmal menegaskan laporan berkenaan dibuat kerana hak mereka untuk memasuki bangunan tersebut dihalang.

Katanya, sebagai ahli Parlimen tambahan pula tugas mereka bukan hanya ketika persidangan tetapi ada prosiding lain seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Kakitangan Parlimen misalnya dibenarkan masuk ke bangunan tersebut pagi tadi.

“Parlimen perlu bersidang bagi membolehkah Ahli Parlimen dan kerajaan menjalankan fungsi yang diperuntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Individu-individu berkenaan yang memberi arahan bagi memaksa, halang atau menyekat MP hadir ke Parlimen telah melakukan kesalahan.

“Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu serang, halang atau takutkan dengan kekerasan terhadap MP daripada menjalankan kuasa MP yang sah di sisi undang-undang,” katanya kepada media.

Katanya, dengan laporan ini biarlah siasatan dilakukan iaitu siapa yang mengarahkan pihak keselamatan halang mereka.

Beliau turut memberi peringatan mana-mana pihak yang memberi arahan menghalang mereka masuk ke Parlimen perlu bertanggungjawab sama ada masalah COVID-19 atau MP dipanggil untuk siasatan.

“Kami jalankan tanggungjawab kami walaupun dihalang kita teruskan juga, ini tanggungjawab.

“Kami mengharapkan biar polis buat siasatan pihak mana yang menghalang kami menjalankan tugas,” katanya.

Hari ini sepatutnya menjadi hari terakhir sidang khas Dewan Rakyat, namun pihak Parlimen menangguhkannya mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ekoran penularan kes COVID-19 di bangunan itu.

PM Mahiaddin, Kabinet dipandang hina derhaka perintah Agong, tutup Parlimen

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah hilang keabsahan, dehaka kepada Yang di-Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat.



Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan sepatutnya turut mempunyai kerajaan yang juga menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan.



Katanya, apabila Perdana Menteri (PM) dan Jemaah Menteri tidak menghormati keluhuran Perlembagaan maka rakyat juga tidak akan lagi menghormati mereka.



"Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Bukan negara republik seperti Indonesia atau Amerika Syarikat.



"Malaysia juga bukan negara raja berkuasa mutlak seperti Brunei atau Arab Saudi.



"Patut dihargai dan dipandang tinggi jika Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan menghormati peranan Parlimen sebagai badan perundangan di mana segala urusan undang-undang dan kewangan negara dibentang, dibahas dan diputuskan di dalam Parlimen.



"Justeru itu, patut dipandang hina pula PM dan Jemaah Menteri yang dilantik oleh Agong di bawah Perkara 43(1) dan 43(2)(a) tetapi ingkar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua Ordinan Darurat dibentangkan, dibahas dan diputuskan di Parlimen.



"PM Mahiaddin Yassin dan seluruh Kabinetnya bukan sahaja tidak menghormati Raja Berperlembagaan, menghina Parlimen dan Perlembagaan malah mereka mengkhianati prinsip tunjang demokrasi berparlimen," katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambah Hassan, tindakan menggantung dan mengunci Parlimen adalah melampaui batas yang dibenarkan oleh demokrasi dan Perlembagaan.



Oleh itu, katanya, PM dan kabinetnya perlu berundur secepat mungkin untuk tidak menambah parah krisis Perlembagaan di negara ini.



"PM Mahiaddin dan Kabinetnya mengkhianati kuasa dan mandat rakyat dengan menggantung Parlimen, dan hari ini menutup Parlimen sebagai jalan mudah untuk terus berkuasa.



"Saya selaku seorang Ahli Parlimen menuntut tanggungjawab bersama seluruh Jemaah Menteri dan PM mengambil jalan terhormat dan bermaruah supaya meletakkan jawatan seberapa segera.



"Anda semua yang menganggotai Badan Eksekutif sudah hilang keabsahan atau legitimasi untuk mentadbir Malaysia yang tercinta ini," katanya lagi.



Pagi tadi, 107 Ahli Parlimen Pembangkang membantah penutupan Parlimen dengan berarak ke Jalan Parlimen selepas berucap di Dataran Merdeka. Mereka disekat oleh polis pencegah rusuhan di Bulatan Dato' Onn sebelum sempat masuk ke Jalan Parlimen.



Perikatan Ahli-ahli Parlimen tersebut adalah yang julung-julung kali berlaku selepas Langkah Sheraton dan berlakunya penjajaran semula politik di Malaysia pada 2020.


Pembangkang ada 107 sokongan, beberapa MP kerajaan akan menyokong - Anwar

 


   POSTED BY AMIR WRLR


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah jatuh berdasarkan jumlah Ahli Parlimen yang berada di Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat 107 Ahli Parlimen Pembangkang di Dataran Merdeka dan beberapa Ahli Parlimen dari parti-parti yang lain sedang bersedia untuk menarik diri dari kerajaan.

"Hari ini kita berhimpun, menyatakan bahawa secara jumlah Ahli Parlimen (bersama kita), kerajaan PM Mahiaddin tumbang hari ini. Saya dapat maklumat ada parti lain yang mahu keluar dari PN. Dengan 107 yang ada di sini dan sokongan lain PM Mahiaddin sudah tumbang

"Tetapi dengan pelanggaran hukum, membelakangi undang-undang, derhaka kepada Agong. Belum pernah dalam sejarah PM dan kabinetnya melanggar institusi Raja. Sebab itu kita berhimpun hari ini," katanya di Dataran sebelum Ahli Parlimen bergerak ke Parlimen.

Dengan 107 Ahli Parlimen, Pembangkang hanya memerlukan 4 lagi Ahli Parlimen kerajaan untuk berpaling bagi mendapatkan simple majority membentuk kerajaan baharu daripada 220 Ahli parlimen.

Minggu lalu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tidak lagi duduk di bangku penyokong kerajaan. Juga timbul ura-ura beberapa Ahli Parlimen Umno yang menulis surat sama tetapi dinafikan oleh Speaker dalam satu kenyataan.

 


PM lawan semua, pelabur tidak akan masuk ke Malaysia - Mat Sabu

 



POSTED BY AMIR WRLR


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mampu menggunakan akal rasional dengan menutup terus Parlimen mulai hari ini untuk tempoh dua minggu dengan alasan berlaku jangkitan Covid 19.


Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PM Mahiaddin melawan semua pihak di sekitarnya sama ada pembangkang, rakyat sehinggalah Yang di-Pertuan Agong demi mengekalkan kuasa.


"PM sudah gila, dia lawan Parlimen, Raja, Yang di-Pertuan Agong. Kita tak boleh bersidang. Kami Pembangkang atau pemerintah tetap jadi Ahli Parlimen.


"Dalam keadaan (kucar kacir) seperti ini pelabur mana nak datang? Politik lebih teruk dari Zimbabwe (suatu ketika dahulu). Kalau Zimbabwe presidennya masih hidup mereka pun malu dengan Malaysia


"Kami lama dalam Parlimen tak pernah rasa seperti ini. Mahiaddin mesti pergi. Dia langgar peraturan, Raja Melayu dan paling penting langgar rakyat


"Semua termasuk Umno juga perlu mengambil sikap sekarang ini," katanya dalam ucapan di Dataran Merdeka, pagi tadi.


Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mempersoalkan apakah yang ditakuti oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tujuan sidang Parlimen hari ini adalah untuk membincangkan isu rakyat dan Covid 19, bukannya melakukan usul Undi Tidak Percaya.


"Hari ini 2 Ogos, Malaysia bebas dari darurat. Malaysia pun nak bebas dari kemelesetan ekonomi. Malaysia nak bebas dari kerajaan gagal. Malaysia nak bebas dari PM yang langgar rakyat, Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan


"Sampai masanya ita serahkan kepada Parlimen dan rakyat. Hari ini bukan kita nak buat Undi Tak Percaya. Kita nak bincang masalah rakyat di Parlimen," katanya.


Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali, Tun Mahathir Mohamad juga menyokong himpunan Ahli Parlimen menolak Mahiaddin hari ini yang dianggap beliau sebagai detik hitam dalam sejarah.


Katanya, hari ini pertama kali sejak merdeka Ahli Parlimen tidak dibenarkan masuk bersidang.


"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia Ahli Parlimen tidak boleh pergi ke Parlimen.


"Saya bersama dengan yang lain, saya sokong. Apa patut kita hadapi sekarang ialah untuk bincang Darurat seperti jadual.


"Tetapi inilah kerajaan Mahiaddin tak bagi bercakap (dalam Parlimen), tak bagi bercakap di luar Parlimen. Apa nak jadi negara kita? Ini PM sepatutnya tak jadi PM. Saya harap rakyat faham mengapa kita buat pendirian ini. Hari ini negara tidak ada kerajaan," katanya.


Selain itu, Tun juga mengimbau pindaan Perlembagaan Persekutuan yang beliau buat pada 1990an lalu yang mempersembahkan rang Undang-undang (RUU) kepada Yang di-Pertuan Agong setelah diluluskan Dewan Rakyat. Sekiranya Agong tidak perkenan maka RUU itu kembali ke Dewan Rakyat untuk disemak.


Namun, katanya, kerajaan PN dalam memansuhkan Ordinan Darurat tidak melakukan hal berkenaan. Memansuhkannya secara sepihak.


"Ikut pindaan kita buat dulu dewan mesti bincang. Kalau Raja tak lulus dalam dua bulan, baru jadi undang-undang.


"Ini (kerajaan Mahiaddin) tak bawa ke Raja. Raja tak setuju dah jadi undang-undang. Tak ikut peraturan.


"Saya harap rakyat akan tolak orang semacam ini dari pegang apa jawatan pun. Jauh sekali jadi PM," katanya.

 

JIKA UMNO BERJAYA RAMPAS KUASA PM, MAMPUKAH ISMAIL SABRI JADI PENGGANTI ATAU MALAYSIA LEBIH GAGAL SEPERTI GAGALNYA MARA DIGITAL?

 

Bukanlah perkara rahsia lagi bahawa UMNO sememangnya diketahui umum mempunyai matlamat mahu merampas kerusi Perdana Menteri daripada Mahiaddin Md Yasin.

Di sebalik penarikan sokongan UMNO kepada Mahiaddin, keputusan parti itu merestui perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang disertai dengan gesaan agar Perdana Menteri berundur daripada jawatannya, tujuannya tidak lain ialah dengan harapan agar pemilikan kerusi Perdana Menteri dapat berpindah kepada Ahli Parlimen Bera itu.

Dengan direstui Zahid Hamidi dan Najib Razak untuk beliau menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri diyakini akan memangku jawatan Perdana Menteri kiranya Mahiaddin berjaya diundurkan.

Dengan sudah pun sedia tergolong dalam kumpulan kluster kabinet, restu Zahid Hamidi dan Najib kepadanya memberi makna bahawa Ismail Sabri boleh dikira memiliki sokongan daripada kluster mahkamah dan juga daripada kluster kabinet bagi tujuan merampas kerusi Perdana Menteri daripada Mahiaddin.

Meski dua golongan berkenaan nampak macam berbalah, asal untuk UMNO dapat semula jawatan Perdana Menteri, bila-bila masa dalil dan hujah boleh dicipta untuk menghalalkan perdamaian.

Sebab itu, meskipun Ismail Sabri terus menyatakan sokongannya bersama kluster kabinet terhadap kepimpinan Mahiaddin, Zahid Hamidi dan Najib dalam masa yang sama terus-menerus mengkritik, mengasak dan mencari salah Perdana Menteri, seterusnya menggesa pengundurannya.

Bersama penolakan rakyat dan blok pembangkang terhadap Perdana Menteri, asakan Zahid Hamidi dan Najib tidak lain adalah bertujuan untuk sama-sama melemahkan kedudukan Mahiaddin.

Lantaran itu, tidak hairan, walau pun menolak dan menggesa pengunduran Mahiaddin, Zahid Hamidi dan Najib kekal dengan pendirian mempertahankan kerajaan pintu belakang PN ini.

Maksud tersirat daripada permainan ini ialah apabila Mahiaddin berjaya dijatuhkan, maka tampuk kepimpinan kerajaan PN diharapkan akan berpindah untuk diambil alih oleh Ismail Sabri.

Meski pun kalah PRU14 pada 2018 lalu, cita-cita tersembunyi UMNO ialah mahu segera kembali mengusai kerajaan dengan secepat mungkin.

Bagi tujuan tersebut, di samping terus dengan asakan, kiranya ada sebarang pengundian atau usul yang memungkinkan Mahiaddin dijatuhkan, misalnya seperti yang berlaku di Perak sebelum ini, majoriti Ahli Parlimen UMNO hampir pasti akan menyokong usul berkenaan.

Walaupun tujuannya ternampak untuk memenuhi aspirasi rakyat yang benci dan menolak Mahiaddin serta menampakkan bekerjasama dengan PH serta blok pembangkang, matlamat sebenar UMNO ialah agar Ismail Sabri yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri lebih berpeluang dijadikan pengganti atau sekurang-kurangnya memangku jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu.

Lantaran itu, perhitungan UMNO ialah tetap menolak untuk bekerjasama dengan PH bagi menaikkan Anwar Ibrahim kerana ia dianggap menyimpang daripada matlamat sebenar mereka.

Kenapa menjatuhkan Mahiaddin menjadi pilihan ialah kerana UMNO sebenarnya sedar adalah susah untuk mereka kembali berkuasa semula, melainkan jika dapat merampas kerusi Perdana Menteri daripada Presiden Bersatu itu li m sebelum Parlimen dibubarkan.

Bertanding sendirian dan terpaksa berdepan dalam persaingan tiga penjuru – BN, PN dan PH – sementara kuasa Perdana Menteri masih di tangan Mahiaddin, tidak saja kemenangan jauh daripada gapaian, malah merisikokan UMNO jadi berpecah dua akhirnya.

Berikutan PAU2020 telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, kemungkinan untuk UMNO bekerjasama dengan PN dan menyokong lagi Mahiaddin daripada Bersatu sebagai Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang sudah pasti mustahil untuk dilakukan.

Untuk bekerjasama dengan PH pula, halangan paling besar bagi UMNO ialah bimbang akan ditolak oleh pengundi tradisinya lantaran diburu bayangan ketakutan terhadap DAP yang ada dalam gabungan tersebut.

Untuk itu, jalan paling mungkin untuk UMNO selesa mendakap semula kuasa hanyalah dengan cara merampas kerusi Perdana Menteri daripada Mahiaddin yang sedang terperosok lemah ketika ini.

Mahu tidak mahu, sebelum Parlimen dibubarkan, itulah matlamat UMNO dan jika gagal berbuat demikian, harapan menang pilihanraya juga turut jadi pudar sama.

Dua persoalan yang timbul di sini – pertama, boleh berjayakah UMNO dengan mempertaruhkan Ismail Sabri untuk merampas kerusi Perdana Menteri daripada Mahiaddin dan kedua, cukup mampukah Naib Presiden UMNO itu jika diberi tanggungjawab sebagai ketua kerajaan dalam suasana negara begitu kritikal dengan krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi sekarang ini?

Bagi persoalan pertama, seboleh mungkin Mahiaddin tentunya tidak semudah menanggalkan pakaian untuk mengalah dan melepaskan jawatannya, apatah lagi jika ternampak kemungkinan Ismail Sabri bakal jadi penggantinya.

Memberi laluan kepada kemungkinan jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh Ismail Sabri bererti ia suatu kejayaan besar buat Zahid Hamidi, Najib dan UMNO, sekaligus menambah lagi kegagalan Mahiaddin yang terlibat secara langsung menumbangkan BN pada PRU14 lalu.

Lebih membuatkan hati Mahiaddin tambah pedih barangkali kerana kalau perkara itu terjadi, bererti kuasa pemerintahan negara seperti diserahkan semula ke pangkuan Najib dan Zahid Hamidi berikutan kedua-dua merekalah yang berpengaruh dalam UMNO ketika ini.

Dengan itu, rasanya-rasanya mati hidup balik pun Mahiaddin akan sedaya upaya bertahan serta tidak akan melepaskan jawatannya kepada UMNO.

Dari segi sama ada mampu atau tidaknya Ismail Sabri, mari kita fikirkan logika paling mudah mengenainya..

Tanpa mengambil kira sama ada beliau mempunyai kelebihan dalam hubungan baik dengan mana-mana pemimpin dunia atau tidak, contohnya seperti Anwar atau Hishammuddin Hussein yang memang diketahui memiliki rangkaian mengkagumkan dan sama ada beliau ada wibawa yang setanding untuk berdiri sama tinggi dengan pemimpin antarabangsa lainnya jika memegang jawatan Perdana Menteri, perkara yang harus kita nilaikan ialah apakah rekod Ismail Sabri di beberapa kementerian selama ini yang boleh rakyat banggai tentang pencapaiannyanselain gagalnya projek Mara Digital?

Dengan projek kecil seperti Mara Digital pun gagal dijadikan kejayaan, ada jalankah untuk beliau berkeupayaan membawa negara jadi lebih baik dan mampu dipulihkan atau masa depan Malaysia bakal lebih teruk lagi daripada era Mahiaddin yang sedia gagal ini? 


(ShahbudinHusin 02/08/2021)



'Ada MP dah minta keluar daripada Perikatan Nasional' - Anwar

MGFlash Tun M, Anwar dan PH Kembali Bersatu Desak PM Letak Jawatan

MGNews: Cubaan Ahli Parlimen Pembangkang Masuk Ke Parlimen Gagal

MGNews: Barisan Pembangkang Akhirnya Akur Dan Bersurai

TPM bersama 29 MP BN langgar SOP, berkumpul dan buat program makan-makan

 

TPM bersama 29 MP BN langgar SOP, berkumpul dan buat program makan-makan


Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Ahad malam.

Sumber ahli Parlimen BN berkata, pertemuan sulit itu diadakan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN (BN Backbenchers), Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jelas sumber itu lagi, surat akuan mempertahankan kedudukan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa disediakan mereka memandang terdapat usaha pihak tertentu cuba menafikan sokongan 40 ahli Parlimen BN terhadap kerajaan PN sebelum ini.

“Pertemuan itu dimulakan dengan majlis makan malam sebelum 30 ahli Parlimen BN yang hadir bersetuju menandatangani surat akuan mempertahankan Muhyiddin dan kerajaan PN.

“Pertemuan itu juga dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau (Shahidan) dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi ruang untuk memberi ucapan alu-aluan.

“Baki 10 ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan sebelum ini, tidak dapat hadir kerana notis pertemuan sulit itu diberitahu kepada mereka pada saat akhir.

“Namun, kesemua mereka dijamin akan menandatangani surat berkenaan melalui wakil yang telah dipertanggungjawabkan,” kata sumber ahli Parlimen BN berkenaan kepada Sinar Premium pada Ahad malam.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengesahkan isi kandungan surat yang mengatakan 40 ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah sahih.

Penjelasan Ismail Sabri itu dibuat setelah Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz menafikan koalisi itu mengeluarkan kenyataan sedemikian selain menjelaskan perkara itu menjadi isu kerana penggunaan kepala surat BN.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan 40 ahli Parlimen BN yang menyokong kerajaan PN kekal termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Sementara itu, sumber ahli Parlimen UMNO berkenaan turut menolak dakwaan terdapat satu lagi pertemuan melibatkan ahli-ahli Parlimen parti itu untuk mewujudkan gerakan menukar Perdana Menteri pada waktu yang sama, Ahad malam.

Jelas beliau, majoriti ahli Parlimen BN sudah bersetuju untuk terus kekal menyokong kerajaan PN untuk memberi fokus sepenuhnya dalam menyelesaikan krisis Covid-19 ketika ini.

“Tidak ada. Saya tiada dengar. Pertemuan malam ini (Ahad malam) pun sekadar untuk menunjukkan bukti sokongan ahli-ahli Parlimen BN kepada Tan Sri Muhyiddin menerusi surat akuan sokongan.

“Itu sahaja. Tiada gerakan lain hendak tukar PM (Perdana Menteri),” katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian menerima satu kiriman pesanan WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang dipercayai mendedahkan masa dan lokasi pertemuan ahli-ahli Parlimen BN itu, seawal jam 5 petang Ahad lagi.

Individu berkenaan turut mengongsikan satu video ringkas berdurasi 1 minit dan 21 saat di mana isi kandungannya membidas tindakan ahli-ahli Parlimen BN berkenaan mengadakan perjumpaan tertutup secara beramai-ramai susulan tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/articl

ISMAIL SABRI JANGANLAH SUKA BUKA PINTU BELAKANG…

 

Dalam parti, Ismail Sabri Yaakob adalah Naib Presiden. Dia bukan Presiden dan bukan Timbalan Presiden. Dia juga bukan Pengerusi BN.

Dia TPM. Tetapi itu bukan tiket untuk Ismail Sabri bulldoze Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Dia perlu dapat consent Presiden UMNO jika babit soal parti.

Hatta untuk buat pertemuan dengan MP UMNO dan BN, perlu dapat persetujuan dari Pengerusi BN

Mana boleh Presiden buat perjumpaan, Naib Presiden pun buat perjumpaan pada tarikh dan waktu yang sama.

Apatah lagi dalam perkara yang babit soal dasar parti dan keputusan yang sudah dibuat oleh MKT. Jangan ubah keputusan MKT. Tidak boleh ada dua nakhoda. Pecah UMNO.

https://premium.sinarharian.com.my/article/152779/fokus/semasa/eksklusif-30-mp-bn.

Menurut Nazri Aziz, “Takkan kerana Zahid tiada, maka keputusan tidak boleh dibuat? Soalnya apakah Presiden maklum. Sudahlah itu guna letterhead BN. Baca.

Bolehkah seorang Timbalan Ketua Bahagian guna letterhead UMNO Bahagian buat kenyataan yang babit soal dasar tanpa kebenaran Ketua Bahagian?

Rosaklah parti kalau begitu. Zahid pun boleh kata, “saya dah tutup pintu depan……tetapi..

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.

KENA CUCUK


Rakyat belum habis dicucuk Vaksin, DG PULA DICUCUK HIDUNG!
Please share.
More / support @ www.zunar.my
#parlimenmalaysia #MuhyiddinLetakJawatan #MuhyiddinOut



 

Bolehkah Agong Pecat Pm Dan Tukar Kerajaan?

CUKUP MAJORITI TAPI TAKUT BERSIDANG, ORANG PAHANG PATUT BELA AGONG TAPI....

 

Shahidan kata muhyidin masih cukup sokongan. Nazri aziz pun kata muhyidin masih ada majoriti. Ismail sabri pun kata Kerajaan PN masih ada majoriti.

Tunggu juga apa kata tuan punya badan, betul ke atau tidak? Tiada jawapan. Tapi dia beri isyarat satu je, iaitu sidang parlimen esok ditangguhkan kepada entah bila2 apabila dapat tahu Anwar kemuka usul undi tidak percaya kpd beliau.

Maksudnya apa?

So, Ismail Sabri selaku Naib Presiden Umno telah mengecewakan jutaan ahli Umno yang mahu melihat kerajaan gagal ini ditamatkan. Beliau sanggup pertahankan pokok yang dah reput demi kepentingan dirinya tanpa memikirkan masalah rakyat.

Malang Umno dapat pemimpin seperti Ismail Sabri yang rela bersekongkol dgn puak yang terang biadab dengan Agong. Kebetulan pula Agong dari Pahang. Kita ingatkan sebagai orang Pahang, Ismail Sabri akan berada di hadapan sebagai pendekar berdepan dengan sang penderhaka. Malangnya, dia paling ke hadapan membela si penderhaka. Maklumlah, dapat TPM cara mudah.

WFAUZDIN NS

 

JANGAN BERPOLITIK DALAM KEM TENTERA DAN DI WISMA PERWIRA


Itu hari dah berlaku sekali ada pertemuan politik dalam Wisma Perwira. Khabarnya terbaru berlaku lagi pertemuan politik di premis yang sama. Jangan lah, mentang2 kamu menteri Pertahanan, tidak tahu hormat premis ATM.

Aku rasa menyalahi akta Angkatan Tentera dan undang2 Wisma Perwira (kelab pegawai tentera) jika tempat ini dijadikan tempat pertemuan pemimpin dan ahli2 politik untuk bincang tentang politik. Jangan berpolitik di dalam kawasan tentera atau premisnya.

ATM di bawah YDP Agong. Tolonglah menghormati Agong. Di Parlimen kamu langgar, dalam kawasan ATM pun kamu masih nak langgar?

WFAUZDIN NS

 

PANGLIMA ATM PERLU BERTINDAK PULIHKAN IMEJ TENTERA

 

Semenjak bila kem tentera dan premis milik tentera khususnya Wisma Perwira (kelab pegawai tentera) boleh dijadikan "port" untuk kegiatan politik?

Bukankah Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972 dan juga Akta AT 1972 cukup jelas melarang warga tentera berpolitik? Larangan ini termasuk juga membantu dan menyediakan tempat untuk kegiatan parti politik? Sudah berapa ramai anggota bawahan dan juga pegawai ditamatkan perkhidmatan atau dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan tersebut? Mengapa kali ini dipejamkan mata? Adakah kerana arahan dari Menteri Pertahanan yang juga TPM yang bersekongkol dengan pihak yang melanggar titah Agong?

Parlimen disalahgunakan untuk mengelirukan MP-MP. Kini, premis milik tentera juga digunakan untuk pertemuan politik. Aku harap Panglima ATM tolonglah jaga maruah dan imej tentera. Jangan nanti ATM disalah anggap sebagai bersubahat dengan puak2 yang menentang titah Agong. Bukankah Agong itu pemerintah tertinggi ATM?

WFAUZDIN NS

 

May be an image of text that says "Sinar Harian Sinar 2h.C 30 ahli Parlimen BN difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira. i PREMIUM.SINARHARIAN.COM... [EKSKLUSIF] 30 MP BN tandatangan surat sok... ಕನತೀിಮ"


Kenyataan Media Bersama Parti-Parti Pembangkang 1 Ogos 2021

1 Ogos 2021

 

PEMBANGKANG JUNJUNG TITAH TUANKU, PERDANA MENTERI DAN KABINET MESTI LETAK JAWATAN

 

Kami menjunjung kasih ke atas titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Istana Negara pada 29 Julai lalu.

 

Kami amat terkejut bahawa Seri Paduka Baginda telah menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dan YBhg Tan Sri Idrus bin Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

 

Kami juga amat terkejut bahawa Seri Paduka Baginda telah menegaskan bahawa kenyataan YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

 

Memandangkan keputusan untuk tidak membentang dan membahas semua Ordinan Darurat seperti yang telah diperkenan dan dititahkan Seri Paduka Baginda adalah keputusan Jemaah Menteri maka, berdasarkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan, seluruh Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama ke atas krisis Perlembagaan yang telah berlaku ini.

 

Kami merakamkan kekesalan dan bantahan keras terhadap keputusan Perdana Menteri mengarahkan pengangguhan sidang khas Isnin 2 Ogos ini walaupun jumlah kes positif membabitkan Parlimen hanya 0.9% setakat 29 Julai. 

 

Tindakan penangguhan ini langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan terus membelakangi kenyataan media Istana Negara.

  

Oleh yang demikian, kami bersependapat bahawa YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md Yassin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan secara terhormat sekarang.

 

Anwar Ibrahim 

(Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN)

 

Mohamad Sabu

(Parti Amanah Negara, AMANAH)

 

Lim Guan Eng 

(Parti Tindakan Demokratik, DAP)

 

Wilfred Madius Tangau

(Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu, UPKO)

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

(Parti Ikatan Demokratik Malaysia, MUDA) 

 

Baru Bian

(Parti Sarawak Bersatu, PSB)