NAJIB GUNA MASA KECEDERAAN

 Oleh Daing Yahya

DALAM ramai-ramai Perdana Menteri di Malaysia, Najiblah yang paling lama memerintah tanpa mandat rakyat. Jika zaman Tun M, selepas sahaja beliau ditabal menggantikan Hussein Onn beliau terus panggil pilihan raya umum. Begitu juga dengan Pak Lah, mantan PM yang ditendang keluar oleh UMNO. Tak lama selepas naik takhta menggantikan Tun M, beliau terus bubar Parlimen untuk pastikan beliau kukuh dalam kuasa politiknya dan memang beliau berjaya pada 2004.

Tapi Najib, beliau dah naik singgahsana selama empat tahun tapi masih ragu-ragu nak bubarkan Parlimen. Kononnya beliau yakin sangat, dia ke hulu ke hilir mencanang bahawa beliau tiada masalah nak hadapi pilihan raya umum. Tapi nampaknya kata-kata beliau itu tak boleh pakai, kata berani tapi tak berani berdepan. Jemputan berdebat dengan Anwar pun sampai ke sudah tak menjadi.
Dalam ramai PM di Malaysia, Najib juga satu-satunya PM yang paling banyak menghabiskan duit secara tunai atas nama rakyat. Beliau kata kerajaan ada duit, ekonomi pun bagus. Dia beri bermacam-macam imbuhan tu atas alasan kerana nak membantu rakyat, tapi kita nak soal, adakah rakyat sedang susah dan terhimpit dengan segala macam bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi? Kalau ekonomi bagus, kenapa rakyat susah?

Nampaknya, kata-kata Najib ini tak boleh pakai sebab lain yang dikata, lain pula yang dibuat.
Dalam ramai-ramai PM di Malaysia, Najib jugalah satu-satunya PM yang terpaksa menggunakan khidmat perunding imej luar (APCO) untuk membantu menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Ini pelik kerana jika Najib berimej bersih dan suci, mengapa perlu menghabiskan puluhan juta untuk menaikkan imejnya?

Biasanya, orang yang guna khidmat perunding imej ni selalunya bermasalah dari segi ‘imej’nya. Kadangkala imej atau namanya buruk, ada trek rekod yang kotor atau ada masalah ketidakyakinan diri bila berdepan dengan rakyat. Jadi, adakah Najib mempunyai satu daripada masalah itu?
Nampak gayanya, sikap Najib ini tak boleh pakai. Lain yang diniatkan, lain pula yang dikerjakan.
Katanya lagi, Najib juga merupakan satu-satunya PM yang gagal mengawal tindak-tanduk isterinya dalam politik. Dulu, isteri PM, semuanya berperanan sebagai pengiring PM dalam setiap gerak-kerja politik tetapi isteri Najib lain pula kisahnya.

Katanya, setiap kali Rosmah menjalankan ‘tugasnya’ sebagai isteri PM, pengiring beliau melebihi pengiring PM. Apalah nak jadi dengan PM Najib ni. Kalau ikut budaya Melayu, suami yang tak tahu jaga kelakuan isteri, tu petanda dia ketua yang tak bagus. Tapi entah la, biar rakyat yang tentukan.
Kini, Najib nampak serba tak kena. Daripada sehari ke sehari tarikh PRU-13 yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Yang terlepas entah berapa kali. Sekarang, Najib terpaksa manfaatkan masa ‘kecederaan’ untuk memastikan suasana berpihak kepadanya sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen.

Seperti main bola sepak, masa kecederaan ini sangat genting. Bagi pihak yang di depan, suka sangat tendang bola keluar garisan tepi. Tetapi bagi pasukan yang sedang ketinggalan, pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menagih ehsan pengadil untuk mendapat sepakan penalti.
Mereka akan guna pelbagai helah untuk menjatuhkan badan seolah-olah dikasari oleh pihak yang dah di depan. Kalau boleh, dia mahu pengadil sengaja memberikan kad merah untuk pemain lawan. Inilah taktik permainan bola sepak.

Adakalanya dalam politik, taktik sebegini akan digunakan, lebih-lebih lagi diwaktu ‘masa kecedaraan’. Kita berdoa moga-moga PR tak leka dan terlalu selesa dengan keadaan ini. Selagi wisel penamat belum berbunyi, pastikan bola sentiasa dikawal di kaki kita.-Roketkini.com



Print Friendly

NAJIB PERLU MASA LAGI UNTUK PILIHANRAYA?

  • PRU: Saya perlukan masa, kata Najib
  • Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau perlu membuktikan kepada rakyat terlebih dahulu bahawa pelan serta agenda transformasi yang dibawanya berjaya. 


  •   Menurut PM lagi , beliau ingin melihat kejayaan proses transformasi berjalan.Bermakna kena tunggu gaji kakitangan kerajaan berjalan bulan Julai ini lah, baru nampak akan kesannya.Selagi krisis ini berjalan, berbagai peristiwa masih belum selesai, PM Najib akan biarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada April nanti,SPR akan mengambil alih selama  2 bulan.
KENAPA

1. Isu PI bala bukan mudah untuk dinafikan.
2. Kes Bapa Saifool Azlan yang membuat pengakuan dan akan meronda seluruh negara.
3. kenaikan gaji kakitangan awam Julai untuk menarik undi.
4. kes Lahad Datu memerlukan beberapa bulan untuk Melayu mudah lupa.
5. Di seluruh negara bendera Bn di pasang merata tempat. Seolah-olah hanya ada parti bn sahaja dalam MaLaysia ni.ini utk mengabui parti lawan.
6.,Jika Anwar Ibrahim di tangap, Apa kesannya ?......demontrasi dan darurat?
7.Akhirnya Bn menang lagi

 CUBA BACA SUMBER INI.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini parlimen mungkin dibubarkan seawal 25 Mac, dua hari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan tamat tempoh.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya tetapi kemungkinan besar akan menunggu sehingga semua DUN dan parlimen dibubarkan,” kata satu sumber lain.

Sumber tersebut mengatakan empat negeri Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan besar akan membubarkan DUN pada waktu sama bagi memastikan pilihan raya umum dijalankan untuk semua negeri kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

“Pilihan raya umum akan diadakan pada April, sama ada pada minggu kedua atau ketiga kerana BN yakin sokongan besar pada ketika itu,” tambah sumber tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjelajah ke seluruh negara untuk program TV3 Jelajah Janji Di Tepati sepanjang tahun selain dari lawatan ke tempat popular Malaysia dalam usaha untuk melibatkan diri dengan pelbagai demografi rakyat Malaysia.










Ada kemungkinan Amerika di belakang Krisis Lahad Datu ?

 DARI BLOG GENDANG PERANG

 

Operasi Sulit Serang Sabah*

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Vos Apollo milik Malaysia sedia memunggah
minyak daripada USS Guardian

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

*Baca & cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambik kesempatan" & 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".

Gambar berikut menunjukkan proses melerai USS Guardian. Ke mana kelengkapan tentera di hantar?

Kelengkapan diangkut keluar
Kehadiran kren
Melerai komponen kapal
kredit gambar militaryphotos,net
1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!

KENALI WAJAH-WAJAH PENGGANAS INI

Inilah anak-anak bakal pewaris kaum melayu baru....



Lihatlah kain lilit kepala tu..... kalimah ...... fuiyo.... siap kaler merah lagi.... fuiyo lagi sekali..... 

Sekarang lihat sendiri apa yang mereka perjuangkan...... 
 
DUIT...DUIT...DUIT
 
DIPETIK DARI ManjongMari


DIMANA UMNO KUAT DISITU MELAYU MEREMPAT- NIZAR


MT: Peranan Marcos rampas Sabah (LM)

Marhaintua mengungkap sejarah permasalahan di Sabah:

Peranan mendiang Ferdinand Marcos Merampas Sabah daripada Malaysia

Dengan tewasnya Diosdado Macapagal dalam pertandingan kerusi Presiden Filipina, lantas melonjak naik nama Ferdinand Marcos sebagai pemimpin Filipina yang baru.

Kerajaan Malaysia yang amat tertekan dengan sikap Presiden Macapagal yang mencetuskan isu tuntutan Sabah oleh Sultan Sulu, merasa lega dengan pelantikan Marcos, kerana memikirkan beliau akan bangun memajukan negaranya sendiri seperti yang dilaungkan olehnya sebelum itu. 

Artikel panjang oleh Marhaintua di:  MT: Peranan Marcos rampas Sabah

PENDEDAHAN MUSA HASSAN TELAH LAMA BERLAKU


.
.



Kenyataan palsu dalam afidavit Najib


PM Najib telah mengikrarkan dua afidavit, iaitu pada 21 dan 23 September 2011, bagi menyokong permohonan beliau untuk mengenepikan sepina, yang mengehendaki beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes Sodomi II. Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga mengikrarkan affidavit berasingan pada 21 September 2011 dalam permohonan yang sama.

Pada bulan November 2011, saya telah menyampaikan maklumat bertulis kepada KPN dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan penegasan mustahak yang diikrarkan oleh PM Najib, yang boleh dibuktikan sebagai tidak benar atau palsu.

Setakat yang saya ketahui, dalam perkara pembikinan afidavit palsu yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan, adalah tanggungjawab pegawai penyiasat kes atau Timbalan Pendakwa Raya, untuk membuat laporan polis supaya dakwaan tersebut disiasat berasingan. Ianya bukan tanggungjawab tertuduh atau peguambela tertuduh membuat laporan tersebut.

Kesalahan membuat affidavit palsu atau memberi keterangan palsu, adalah kesalahan yang tergolong sebagai kesalahan terhadap Keadilan Awam (Public Justice) dan bukan kesalahan terhadap seseorang individu. Malangnya setakat yang diketahui, tidak ada sebarang siasatan yang dilakukan ke atas perkara ini, mungkin kerana kes ini melibatkan Perdana Menteri.

Saya menegaskan di sini bahawa bukan sahaja PM Najib tidak akan dapat memberi penjelasan berkaitan kenyataan palsu yang beliau telah ikrarkan dalam afidavit tersebut, malahan beliau akan menghadapi masaalah untuk menjelaskan berkaitan kekalutan mengenai nama beliau sendiri.

Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM keenam pada April 2009, dengan nama Allah, beliau malafazkan nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Semasa mengikrarkan afidavit pada September 2011 beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau. Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula, beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul” dari nama Allahyarham bapa beliau.

Jika nama sendiri, sama ada terdapat nama Muhammad atau pun tidak, Perdana Menteri boleh keliru, apatah lagi dengan perkara lain. Apa pula nama yang beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah di-masjid Guar Perahu? Wallahua’lam.

Apa pun PM Najib tidak boleh menafikan yang beliau mengikrarkan afidavit-afidavit tersebut sedemikian rupa, di atas kerelaan dan kehendak beliau sendiri. Beliau tidak boleh menyalahkan orang lain sekalipun peguam dan penasihat beliau.

PM Najib juga wajar sedar, bahawa kekeliruan berkaitan nama beliau yang sebenar dan kekalutan beliau melafazkan sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia sebagai PM Malaysia ke-6, boleh menyebabkan kesahan (legitimacy) beliau sebagai perdana menteri dicabar, sekiranya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dipatuhi sepenuhnya.












Pendedahan Musa Hassan
Dakwaan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail kerana telah memalsukan keterangan DNA dan lain lain pemalsuan melibatkan kes salahguna kuasa dan liwat terhadap Anwar Ibrahim, serta dalam penyiasatan insiden mata lebam telah dibuat menerusi pelbagai saluran sejak 1998 lagi.

Namun begitu, Musa Hassan dan Gani Patail serta kerajaan, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, walaupun rekod mahkamah dan Suruhanjaya Diraja Siasatan, menunjukkan dakwaan tersebut adalah berasas dan boleh dibuktikan sebagai benar.

Bagaimanapun pada 31 Mei 2012 secara tiba-tiba Musa Hassan sendiri, ketika diwawancara oleh pemberita Malaysiakini, akhirnya telah mengaku bahawa memang betul beliau ada mengambil contoh darah Anwar (dari simpanan pihak Hospital Kuala Lumpur) untuk ujian DNA di atas tilam masyhur yang kontroversi itu.

Pengakuan Musa Hassan yang dibuat hampir 14 tahun kemudian itu, telah membuktikan dua perkara yang sangat penting. Pertama, keterangan DNA Anwar yang dikatakan terdapat di atas tilam masyhur tersebut adalah palsu dan diperolehi menerusi jalan fraud, penipuan dan menyalahi undang-undang.

Kedua, afidavit Musa Hassan yang diikrarkan pada 2 September 1998 dan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes jenayah No:45-40-1998, menyatakan beliau telah memperolehi laporan forensik pada ketika itu, adalah palsu memandangkan tindakan Musa 'mencuri' contoh darah tersebut dari HKL ialah pada 15 Oktober 1998.

Mengenai peranan Musa Hassan dan Gani Patail dalam merekacipta keterangan DNA di atas tilam tersebut, telah saya jelaskan secara terperinci menerusi surat terhad saya bertarikh 27 Disember 2010 dialamatkan kepada KPN dengan salinannya kepada Perdana Menteri dan Peguam Cara Negara yang kesemuanya telah mengesahkan penerimaannya.


Persoalannya ialah mengapa polis tidak memanggil Musa Hassan untuk siasatan lanjut setelah beliau membuat pendedahan terbuka pada 31 Mei 2012 itu? Beliau bukan sahaja pegawai penyiasat kes salahguna kuasa, malah beliau merupakan penyelia penyiasatan semua kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Di samping itu, Musa telah turut memberi keterangan di Mahkamah Tinggi bersabit dengan kes kes tersebut sementara Gani Pula pula bertindak sebagai ketua pendakwa.



Adakah polis mengelak daripada menyiasat semula terhadap pendedahan Musa Hassan sedemikian itu disebabkan kebimbangan hasil siasatannya kelak, akan membongkar dan mengaitkan penglibatan pemimpin-pemimpin politik tertentu pada ketika itu? Terserah kepada KPN untuk menjelaskannya kepada seluruh rakyat. Mereka berhak mengetahui.






KPN akui PR kemungkinan besar tawan Putrajaya – Dr Manuty

KPN akui PR kemungkinan besar tawan Putrajaya – Dr Manuty

(Oleh: Ruqayya Rahman)
PERAK 12 Mac: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya,  dedah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.
“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita
“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
“Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,” katanya.

Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.

Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi.


HUJAH ORANG YANG TAK BANYAK MEMBACA

Dalam hal ini aku buat kesimpulan bahawa mereka ini tidak membaca. Tak banyak membaca dan tidak tahu erti apa itu Demokrasi....lawak pulak rakyat dengar.Tengok..tengok tak tau  berbahasa Inggeris.



POLIS CARI SUDARA KIRAM 3 DI SABAH

MANILA, Filipina - Seorang saudara terdekat Sulu Sultan Jamalul Kiram III telah ditangkap oleh polis Malaysia, laman web berita dalam talian Malaysia telah melaporkan.

Laporan The Star Online berkata bahawa polis Malaysia masih belum mengenal pasti saudara Sultan Sulu yang ditangkap tersebut.

Pasukan Malaysia terus memburu ahli keluarga Kiram, terutamanya Raja Muda Agbimuddin Kiram, yang tiba dengan lebih daripada 200 anggota tentera Kesultanan di Lahad Datu Februari lalu 11.

Agbimuddin adalah adik sultan Sulu, yang tinggal di Kampung Maharlika City Taguig.

Laporan itu berkata bahawa selain daripada Agbimuddin, Jamalul mempunyai satu lagi saudara yang tinggal di Lahad Datu dan baru-baru ini berpindah ke Semporna.

Ia menambah bahawa abang kedua Jamalul telah terlibat dalam rundingan awal antara puak mereka dan kerajaan Malaysia dan telah hilang sejak itu

" Adalah tidak diketahui jika dia adalah satu-satunya  yang ditahan sebagai keluarga Kiram, yang mana  mempunyai saudara-marayang  ramai yang tinggal di beberapa bahagian di Sabah," kata laporan itu, sambil menambah bahawa polis Malaysia juga mencari seorang sepupu tiga saudara Kiram.

Laporan itu berkata bahawa polis Malaysia sedang mencari untuk sekurang-kurangnya 20 personaliti utama yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.

Laporan awal berkata bahawa lebih daripada 30 penyokong kesultanan telah ditangkap dalam operasi berterusan polis Malaysia di Sabah.

Polis Malaysia juga telah melaporkan bahawa lebih daripada 60 penyokong kesultanan telah dibunuh oleh komando yang semasa operasi lalu.



P/S:

Bila baca cerita ni barulah disedari bahawa sedara mara Kiram ni ramai di Sabah.Dah jadi rakyat Sabah dan dah ada IC dan rakyat Malaysia.Jadinya kes ini macam la berperang dengan rakyat sendiri sebab ramai sedara mara Kiram tu ada di Sabah dan menetap disitu.

Kemudian selepas jumpa semuanya..... rasanya semua orang dah dapat agak...Anwar lagi..Anwar lagi....ha..ha..ha...

Jika Penjawat Awam menangkan BN... (LM)


PM umum 9 perkara 'berita baik', kenaikan tahunan diawal

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu. 

Antaranya:...   Seterusnya di: Jika Penjawat Awam menangkan BN...

KENAIKAN GAJI JIKA BN MENANG.

Kakitangan Awam 2013 bakal menerima kenaikan gaji (RM400) + Elaun Perumahan Naik - BETUL ATAU BOHONG?

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.
http://beritasemasa.com/kenaikan-gaji-kakitangan-awam-2013


Maklumat ini sehingga kini kenaikan gaji diberi hanya satu kenaikan tangga gajI.Maknanya jika kakitangan awam menerima kenaikan gaji tahunan bulan Januari, maka bulan Julai akan terima satu lagi kenaikan gaji.Itu pun kalau Bn menang lagi.Sehingga kini semua elauns belum di putuskan oleh kerajaan.Nampak sangat la nak ancing undi,


Inisiatif Baru Perkhidmatan Awam

E-mail Print PDF
@Harakahdaily
Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.
Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.
Antara lain, tumpuan juga harus diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada PTD bahkan dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.

Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya.
Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya.

Ketiga, bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.
Kadar perlepasan cukai yang rendah untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.

Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.
Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.
Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.

Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.

Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.


Dato' Husam Musa,
Naib Presiden PAS





CERAMAH ANWAR DI LUMUT


ANAK PEREMPUAN KIRAM DAKWA KONSPIRASI KERAJAAN NAJIB DAN AQUINO

MANILA, Filipina, anak perempuan Sultan Jamalul Kiram III menjelaskan bahawa konspirasi tidak wujud dalam keputusan keluarga dan pengikut mereka untuk menuntut Sabah dan mengecam pentadbiran Aquino kerna menuduh keluarganya bagi  menjatuhkan Kesultanan Sulu.

"Teori konspirasi adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan Kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Rajah Mudah dan kaumnya," Princess Jacel Kiram berkata dalam satu sidang akhbar.Jacel Kiram, 32, berkata bahawa jika ada konspirasi mana-mana, ia adalah antara kerajaan dan Presiden Aquino parti politik Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).


"(Ia adalah) semata-mata untuk urgensi politik dan populariti. Isu ini (kira-kira Sabah) kepada mereka tidak penting, terutamanya pada masa pilihan raya di Malaysia. Untuk mendapatkan mata bukannya mematuhi panggilan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada resolusi aman, Razak melakukan yang bertentangan. Beliau telah menghantar tujuh batalion yang disokong oleh Tentera Laut, Darat dan Tentera Udara untuk melumatkan Tentera Diraja, tanpa menghiraukan kehidupan, "Jacel Kiram katanya.


Beliau berkata teori konspirasi kerajaan juga bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada apa yang dia digambarkan sebagai Malacañang "mishandling" kebuntuan Sabah yang bermula bulan lalu.


Beliau juga menuduh Malacañang bertindak sebagai "kata jurucakap terhadap kepentingan rakyat kita sendiri untuk menenangkan peranan Malaysia dalam memudahkan proses damai.""Soalan: Bagaimana PNoy boleh membenarkan rakyat Filipina di Sabah untuk menjadi kambing korban untuk melindungi cita-cita politik Najib Razak dan  pada masa yang sama sehingga kredibiliti (beliau) merosot dalam pengurusan krisis" Jacel Kiram berkata.


"Saya menyeru kepada rakyat Filipina untuk menjadi lebih berwaspada dan tidak membenarkan dakwaan  palsu untuk merumuskan kepercayaan mereka," katanya.Jurucakap sultan, Abraham Idjirani, berkata bahawa Biro Siasatan Negara telah menghantar sepina kepada Pastor strategis politik "Boy" Saycon mempersoalkan beliau mengenai konspirasi yang dikatakan.


Idjirani berkata Saycon telah ditetapkan untuk hadir di pejabat NBI sebelum tengah hari Selasa.Saycon berada di rumah Kiram di Kampung Maharlika di Kuala Lumpur.  Jacel berkata kehadiran beliau di rumah keluarga mereka mesti menjadi salah satu sebab mengapa Saycon telah disepina oleh NBI.


Saycon sebelum memberitahu bertanya beliau merupakan penasihat kepada Jamalul Kiram pada tuntutan Sabah. Sultan diberikan kepadanya gelaran "Datu Mutahmen" lima tahun lalu.Mesej teks telah pun beredar, mendakwa bahawa terdapat adalah satu "konspirasi besar" terhadap usaha keamanan Presiden dan bahawa terdapat adalah satu pakatan tidak suci di kalangan bekas Presiden Gloria pengikut Macapagal-Arroyo itu dan bekas Kebangsaan Keselamatan Penasihat Norberto Gonzales, Tentera-Orang Baru itu, Peping Cojuangco (Presiden Aquino bapa saudara) dan Saycon Boy, peguam Oliver Lozano dan keluarga Marcos.


"Tujuan sebenar adalah untuk menjejaskan kestabilan rundingan damai dan Kerajaan PNoy keseluruhan. Kumpulan-kumpulan ini tidak harus dibenarkan untuk berjaya, "kata salah satu mesej teks berkata.


Sudut konspirasi muncul hanya sebagai Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon bertemu dengan wakil tetap Malaysia ke PBB dan menyuarakan harapan bahawa konflik itu akan diselesaikan secara aman.Kesultanan mengalu-alukan usaha PBB untuk menyelesaikan konflik secara aman.



 Kiram daughter slams Aquino anew

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SABAH? MEDIA FILIPINA DAKWA ADA KONSPIRASI




Pemimpin Filipina  mendakwa bahawa satu siasatan akan dilakukan bagi mengenalpasti konspirasi yang dikatakan berlaku dimana membabitkan warganegara negara itu dan kerajaan Malaysia.Ianya bagi mengenalpasti akan keganasan yang berlaku.

Jurucakap Presiden Abigail Valte memberitahu sebuah stesen radia dzRB bahawa presiden Beningno Aquino III berhasrat melakukan siasatan bagi menyelesaikan krisis tersebut. Dalam satu laporan kenyataan akhbar pula , pihak kerajaan menyoal pula tentang kemampuan kesultanan sulu yang berjanji akan memberi sebanyak rm600 setiap orang.

 Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.

Sementara itu , dalam satu laporan yang disirkan oleh filipines inquirer menjelaskan bagaimana kekejaman yang dilakukan oleh tentera Malaysia kepada rakyat Filipina.Menurut salah seorang mangsa menjelaskan bagaimana pihak polis Malaysia menyepak dan menendang , malah menurut Taradji yang telah meninggalkan Sabah bersama 400 yang lain menyatakan bahawa abang beliau turut terbunuh.

"Pihak polis Malaysia menahan lelaki berkumpulan setelah melakukan pemeriksaan terhadap kaum lelaki, memaksa mereka berlari selaju mungkin dan menembak mereka. Malahan pelarian yang surat imigresen juga ditembak." demikian jelas Taradji lagi.

Menurut Taradji lagi, beliau tahu bahawa semakin ramai meninggalkan Sabah, malahan ada juga yang menyatakan bahawa mereka dilayan seperti binatang,Yang ditahan tidak diberi makanan, dan yang ditahan tidak melihat openjara kerana di tembak, bacaaan seterusnya dibawah.


‘We’re treated like animals’
“They dragged all the men outside the houses, kicked and hit them,” 32-year-old Amira Taradji said on Friday as she recounted her




WRLR