SEKULAR






Pagi tadi saya hadir ke Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2023 jemputan Majlis Peguam Malaysia. 


Tetamu kehormat ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan PMX. Sempat dengar PMX bagi Keynote Address. Seperti biasa, can’t deny he is a good orator. 


Namun part paling best ialah sesi Q&A. Ada seorang Peguam Undang2 Perlembagaan terkenal tanyakan, kenapa beliau cakap Malaysia ini BUKAN negara sekular. Dan ia tidak boleh diterima oleh Unity Govt. Apa sebenarnya takrifan PMX mengenai negara sekular? Pedas dan menarik soalannya. 


PMX jawab:


1. Sekular pada dia bermaksud, negara yang mempunyai Perlembagaan tanpa ada elemen atau nilai agama di dalamnya. Sekular menolak terus elemen agama dalam Pentadbiran. 


2. Perlembagaan Malaysia termaktub dengan jelas bahawa Agama Islam adalah agama Persekutuan. Iktiraf pentadbiran agama terletak di bawah kuasa Sultan. Dan ada juga agensi agama yang terletak di bawah kuasa Persekutuan. Makanya, bagaimana nak kata ia negara sekular. 


3. Malaysia tidak seharusnya menerima takrifan negara sekular ini kerana dalam mentadbir negara kita perlu utamakan nilai agama. Sifat ihsan dan toleransi Itu bukan saja dalam agama Islam tetapi dituntut oleh setiap agama lain. Makanya setiap pemimpin kalau patuh pada agama akan berbuat baik sesama manusia. Menjaga semua tak kira bangsa dan agama.  


Truth be told, saya suka jawapannya. Tak terlalu keras. Tetapi tegas. Ada unsur dakwah juga. 


Saya juga sokong kenyataan ini. Malaysia bukan negara sekular. Tengokkkan Rukun Negara. Ikrar pertama kita “Kepercayaan kepada Tuhan”. Jadi macam mana nak terima negara ini sekular. Adakah ia tolak agama secara total? 


Lagi pun tiada dalam Perlembagaan dan Rukun Negara perkataan sekular itu. Yang ada perkataan liberal. Tupun pemimpin Melayu Islam kebanyakan buat2 tak nampak. 


Nanti ada lah taksuber tak senang dengan posting ni. Kata saya jilat dan membodek 😅😅😅 


Set2 macam ni kalau dah taksub membenci, buat lah apa pun takkan diterima. Yang baik pun nampak salah. 


Just ignore them. Tak luak pun beras kita 😊


Mana baik kita sokong. Mana salah kita bantah. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: