Jamzuri Ardani.
Untuk barang keperluan harian, jawapan mudahnya ialah TIDAK.
Kenaikan harga barang ini indikatornya diterjemahkan dalam Indeks Kenaikan Harga Barang atau inflasi.
Kadar inflasi ini bukan boleh petik nombor ikut suka berdasarkan andaian sahaja. Ia ada kaedah pengiraan yang khusus.
Kadar inflasi negara kita sekarang berada pada sekitar 3%, sedikit menurun dari tahun lepas iaitu sekitar 4%. Kadar inflasi barang makanan pun cuma berada pada kadar 6-7%. Ianya agak stabil pada paras itu dengan sedikit penurunan kebelakangan ini.
Jadi, dari mana angka 20% itu datang? Tiada asas yang boleh mengesahkan angka ini. Ia cuma andaian.
Tetapi itulah persepsi yang cuba dimainkan. Tiada fakta. Tiada asas. Hanya andaian dan mainan persepsi.
Purata kadar inflasi di seluruh benua ASIA pun hanya pada kadar 6.63%. Di kalangan negara ASEAN, negara yang paling tinggi kadar inflasi ialah LAOS, iaitu pada kadar sekitar 11%. Jadi macam mana angka 20% ini datang? Tidak lain, ianya hanya mainan persepsi pihak yang ada motif tertentu memburukkan pentadbiran negara. Media memang suka keluar berita begini. Ia mudah meraih perhatian. Itu memang tugas media. Tapi, rakyat perlu lebih bijak.
Dalam sejarah kewujudan Malaysia, kadar inflasi paling tinggi ialah pada tahun 1974 iaitu pada paras 17.33%. Apakah negara akan mengalami keadaan inflasi yang lebih buruk pada bulan depan berbanding tahun 1974? Ianya tidak logik langsung.
Saya cabar sesiapa yang ada bukti berasaskan fakta yang menunjukkan indeks harga pengguna boleh meningkat sebanyak 20% pada bulan August ini sila tunjukkan. Jangan memperbodohkan rakyat dengan andaian yang tidak masuk akal.
Lebih kelakar, ada pula yang kata belanja dapur naik dari RM200 sebulan kepada RM500 sebulan. Ini sudah 150%, bukan lagi 20%. Kalau nak membohong pun biarlah berpada. Asas ilmu matematik jangan sampai dibuang terus.