NAK BUAT MACAMANA. MENTERI BELIA DAN SUKAN PUN CAP AYAM : SEUMUR HIDUP AKU NI LAH KALI PERTAMA NEGARA MENJADI NEGARA PALING LEKEH KERANA RASUAH DAN KERAJAAN TEBUK ATTAP. KALAU TANYA PAK LEBAI..MUDAH SAJA KERANA HUJAN LEBAT...

 

AFC mungkin ‘haramkan’ Stadium Nasional jika tiada naik taraf




Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul John berkata, jika keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil mungkin tidak akan mendapat kelulusan bagi penganjuran kejohanan peringkat Asia sehingga padang terbabit dibaikpulih, itu bayangan diberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul John yang mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

“Kita terkejut melihat keadaan padang dan takkan mahu menyalahkan hujan pula. Tuan punya tempat itu perlu lebih bersedia dan di sini bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena uruskan perkara itu.

“Jadinya, kita agak kecewa dengan keadaan padang yang masih lagi tidak dibaik pulih malah menggunakan alat yang tidak sesuai pula untuk membuang air atas padang.

“Saya fikir kalau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan seperti ini, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Media terdahulu melaporkan hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang pada Sabtu lalu menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Ia membuatkan petugas perlawanan terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi menjelaskan pihaknya sudah mencadangkan perlawanan antara Malaysia menentang Bahrain itu ditangguhkan bagi tempoh sekurang-kurangnya 30 minit.

Namun Faidz mendakwa penganjur tetap mahu meneruskannya seperti waktu ditetapkan sekali gus menyebabkan padang rosak.