MEREKA YANG KHIANAT SANGGUP RUNTUHKAN KERAJAAN MANDAT RAKYAT KETIKA COV-19 , TAPI TUDING JARI KEPADA PH.SUDAH LAH JARANG MUNCUL ,FAKTA PULA SERINGKALI AUTA.
Semua tahu, usaha untuk menjatuhkan kerajaan PH yang waktu itu sedang fokus untuk menangani wabak COVID-19 telah bermula pada 23 Feb 2020. Beberapa hari sahaja selepas kerajaan PH mendapat pujian daripada WHO (Persatuan Kesihatan Sedunia), kerajaan ini telah jatuh apabila Muhyidin Yassin, Presiden Bersatu dan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan telah membawa beberapa orang MP yang menyokong mereka untuk keluar dari PH.
Pada 24 Feb hingga 29 Feb 2020, Tun M menjadi PM sementara tanpa kerajaan atau Kabinet. Himpunan Tabligh di Seri Petaling adalah pada 27 Feb 2020. Siapa yang boleh kawal dan menanganinya dengan baik jika kerajaan pun tiada?
Waktu itu semua orang politik bergelut dengan politik. PH bertungkus lumus untuk cuba pertahankan mandat rakyat. Gabungan pengkhianat yang dibantu oleh Umno dan Pas kononnya parti Islam ini pun bertungkus lumus untuk merampas mandat rakyat tanpa mahu menunggu PRU15.
Bermula 27 Feb 2020 (Himpunan Tabligh di Seri Petaling), wabak ini mula mewujudkan kluster tanpa kawalan akibat ketiadaan kerajaan atau menteri melainkan seorang PM sementara. Ianya terus dibiarkan sehinggalah PM baru angkat sumpah pada 01 Mac 2020.
Selepas Muhyidin angkat sumpah dan tercapai impiannya untuk menjadi PM, gabungan pengkhianat ini pula berebut untuk menjadi menteri atau menteri kanan. Kabinet kerajaan pintu belakang ini mula diumumkan pada 10 Mac 2020 termasuk Menteri Kesihatan.
Amat lewat pembentukan kabinet kerajaan pintu belakang dibuat kerana tidak mudah untuk mengagihkan jawatan kepada para penyokong mereka yang sanggup untuk khianat kepada mandat rakyat. Sehingga sekarang rasa tidak puas hati tetap wujud.
Mengapa perlu salahkan kerajaan PH yang kamu rampas dari rakyat itu? Kamu takut untuk hadapi kutukan rakyat akibat kerakusan kamu hingga satu negara terpaksa alami kesukaran sebegini?
Rakyat patut bersyukur walaupun kerajaan PH dikhianati, tetapi kerajaan PH masih ada wang simpanan hasil penjimatan selama 22 bulan kita berkuasa dan wang ini lah yang diagihkan oleh mereka sekarang.
Sudahlah merompak mandat rakyat, sekarang mahu tuding jari kepada pihak lain?
WFAUZDIN NS