GHANIMAH" MASIH BANYAK UNTUK DIAGIHKAN DI BAWAH KERAJAAN TEBUK ATAP


Begitulah sukarnya apabila menjadi PM dalam sebuah kerajaan yang tidak mendapat rakyat. Bayangkan seorang PM itu disokong oleh orang-orang seperti Najib, Zahid, Ku Nan, Bung Mokhtar, Ahmad Maslan, Hishamuddin, Azmin dan beberapa lagi pemimpin yang ada kes dan kontroversi.

Orang-Orang seperti ini sudah tentunya mahu selamat dan Muhyidin pula kena membalas budi mereka kerana telah membantunya setelah mengkhianati rakan-rakannya di dalam PH. Suka atau tidak, percayalah, Muhyidin kena akur dengan kehendak mereka. Jika Muhyidin itu diangkat menjadi PM hasil dari parti yang mendapat mandat rakyat, beliau tentu ada kekuatan kerana rakyat di belakangnya. Malangnya, PM sekarang amat lemah.

Muhyidin mungkin tiada masalah untuk menguruskan Pas kerana beliau mungkin tahu betapa mudahnya membeli Pas. Lantik sahaja apa pun jawatan kepada parti lebai ini asalkan bergaji, pasti pak-pak lebai akan sujud syukur.
Masalah bagi Muhyidin adalah menguruskan Umno. Umno parti berpengalaman dan parti ini memang terkenal dengan kerakusannya. Mana mungkin Umno mahu melutut dengan Muhyidin sepanjang masa sedangkan MP dari Umno begitu ramai di dalam kerajaan tebuk atap ini. Justeru itu, desakan dari Umno tidak boleh dipandang ringan oleh Muhyidin.

Lihat, sehari dua ini ramai pemimpin Umno mula menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kabinet Muhyidin. Azmin paling teruk dihentam dan dibuli. Apa jua yang keluar dari mulut si kitol ini pasti menyebabkan beberapa pemimpin Umno melenting. Rakyat pula termuntah mendengarnya. Usah bicaralah tentang menteri atau timbalan menteri dari Pas. Sama naik ranking mereka dengan raja lawak.

Adakah Muhyidin sekali akan tunduk kepada tuntutan Umno ini? Atau, Umno terpaksa akur bahawa partinya sekarang sudah hilang bisa akibat ramai pemimpinnya memiliki kes dan kontroversi dan perlukan jasa baik Muhyidin? Rakyat sedang melihat kerajaan yang tidak pernah mereka pilih ini sedang bergelut dengan berbagai masalah.

WFAUZDIN NS

No comments: