Menjelang pilihanraya kecil di Permatang Pauh, nama Anwar akan menjadi semakin popular sama seperti kematian Micheal Jackson...di Malaysia sekurang-kurangnya.Lagu lama, peranan akhbar lama masih akan seperti biasa juga. Tidak ada keazaman sebagai sebuah kerajaan yang melaungkan 1st Malaysia mengutamakan rakyat melainkan dengan slogan politik dan seterusnya memainkan isu Anwar. Kerajaan gagal segagalnya memerangi Anwar Ibrahim seorang diri berbanding dengan jentera segerombolan untuk menyatkan Anwar pengkhianat.
Perkataan Anwar pengkhianat ini berkumandang lebih 10 tahun lalu ketika beliau mula di pecat.Ketika tahun 1998 lagi telah ramai rakyat Malaysia mengetahui bahawa Anwar pengkhianat.Anwar juga ejen Israel,Anwar juga ,kaki liwat...macam-macam dikatakan kepada Anwar.Namun rakyat tak juga nak percaya.Sekarang ini , perkara yang sama diulang lagi.Kali ini walau di tuduh doktor dengan 3 pakar dari HKL menafikannya , namun tidak juga membuktikan Anwar kaki liwat setelah bontot Saiful di periksa.Malaysia mungkin menjadi negara poertama yang melahirkan sebilangan doktor yang pakar dalam bidang pemeriksaan bontot.Yakni pakar bontot.. MBS(Asshool specialist).
Pengkhianat sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin yang merompak orang-orang Melayu, Cina dan India, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
| |
"Pengkhianat ialah mereka yang merompak orang-orang Melayu, Cina dan India. Hakikatnya, para pemimpin Melayulah yang merompak dan mengkhianati orang-orang Melayu.
Pengkhianat pun untuk diulas sudah banyak yang mengulasnya.Mungkin untuk pelajar baru sekolah menengah untuk memahaminya.Namun elok juga kita ulas tentang pengkhianatan terhadap negara.Hukumnya gantung sampai mati:
PERWAJA(RUGI BUKAN KHIANAT)NAK BUAT MACAMANA .DAH RUGI BERNIAGA
1. Kes Perwaja-kerugian 600 juta.Kes pun dah ditutup.Senyap sunyi sehingga kini.Duit rakyat tak usah di tanya.kerana???itu adalah hak kerajaan untuk tidak mahu ambil tahu.Jumlah kerugian PERWAJA???10 billion....????barangkali.Perwaja ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai projek usahasama Hicom atau Heavy Industries Corp of Malaysia Bhd dan Nippon Steel Corp. Modalnya sekitar US465 dolar. Di bawah kontrak turnkey Nippon Steel membina kilang membakar besi dan menjadikan besi jenis baru. Malangnya projek itu mengalami kesulitan lalu mengalami masalah kerugian pada pertengahan tahun 1980-an. Pada tahun 1987 salah sebuah loji membakar besi milik Nippon Steel terpaksa ditutup.
Perwaja dibangunkan pada awal 1980an. Pada mulanya juga pihak kerajaan susah untuk mengakui akan kerugian yang ditanggung tetapi empat tahun yang lepas kerajaan mulai memperaku yang Perwaja berstatus tidak mampu membayar hutang-hutangnya (insolvent). Misalnya pada ketika itu kerajaan berkata dia sanggup menerima kerugian Perwaja sekitar RM9.9 bilion dan akan membuat sesuatu untuk memulihkan keadaan. Siapa yang akan membayar kerugian ini? Sudah tentunya rakyat Malaysia.
Fakta kes PERWAJA Steel
1982, April. Penubuhan
1982-1988, Perwaja menanggung rugi RM 1.5 billion.
1988, Eric Chia dilantik sebagai CEO
1995, Eric Chia meletak jawatan
1996, Anwar Ibrahim melaporkan Perwaja kerugian 2.9 billion
1996, Perwaja diambil alih oleh Maju Holdings
2003, Perwaja dijual dengan harga 1.3 billion, Kerajaan sudah
membelanjakan 18 billion sejak penubuhan Perwaja.
Dilaporkan jumlah keseluruhan Kerugian RM 11 billion
2004, Februari. Eric Chia ditahan.
Eric Chia hanya dituduh diatas kehilangan RM76.4 juta SAHAJA.
1982-1988: Jumlah kerugian RM 1.5 billion? Siapa bertanggungjawab?
1988-1995: Kerugian bertambah sebanyak RM 1.4 billion.
1982-2003: Kerajaan menggunakan duit rakyat sebanyak RM 18 billion untuk
Perwaja. Tapi keuntungan hanya RM 1.3 billion
Dengan wang RM 16.7 billion kerajaan boleh membawa banyak perubahan untuk
kepentingan rakyat antaranya:
Boleh membina 64 buah Universiti (IPTA), 1 univ = RM 250 juta
Boleh membina 530 ribu unit rumah kos rendah (3 bilik), 1 unit = RM 30 ribu
Boleh membiayai 56 ribu pelajar ke United Kingdom (4 tahun), 1 pelajar =
RM 71 ribu setahun
Boleh memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar di IPTA.
undilah BN untuk melembabkan pembangunan!
2. JUAL TANAH (STRATEGI PERNIAGAAN.TANAH KAN LUAS.JUAL SIKIT TAK APA)
Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta.
Siapakah orangnya yang bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.
Pada tahun 1980, ada Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah seorang Menteri Besar telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.
Yang menyatakan demikian ialah wakil rakyat Pasir Mas, Ibrahim Ali ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring pada tahun 2006. .
Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.
Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Beliau menyatakan mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.
Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya.
Semenatara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.
AMK berminat untuk membariskan nama-nama 'pengkhianat bangsa
Melayu' yang sepatutnya diketengahkan oleh Khairy dan pimpinan Umno,
daripada
KOMISYEN BUKAN RASUAH(HADIAH BUAT KERJA)
- Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno (kes AP dan penyelewengan
saham Leader Universal Holdings),
- Rahim Tamby Chik, Ahli MT Umno
(kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta)
- Mohamad Khir Toyo, Ahli
MT Umno (amalan kronisme melampau dalam projek pembangunan Negeri
Selangor)
- Nazri Aziz, Ketua Umno Padang Rengas (penyelewengan permit
teksi)
- Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin (skandal lari cukai balak)
- Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka (skandal
Pahang)
- Annuar Musa, Ketua Umno Ketereh (skandal penyelewengan PPRT
berjumlah RM 40 juta)
- Najib Razak, Timbalan Presiden Umno (skandal
komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta)
- Abdullah
Ahmad Badawi, Presiden Umno (skandal Oil for Food)
AMK mencabar Khairy,
Pimpinan Pemuda Umno di peringkat Exco sehinggalah pimpinan Umno Bahagian dan
Pusat untuk mengisytiharkan harta mereka untuk membuktikan bahawa mereka bukan
sebahagian daripada petualang bangsa..