"MAZHAB-MAZHAB" UTAMA DALAM UMNO


Ada tiga "mazhab" dlm Umno yang utama, iaitu;

1. Mazhab Semail Sabri, Nuar Musa, Hisham - Elok kekal menyokong Muhyiddin dan kerajaan PN.

2. Mazhab Najib - Tolak Muhyiddin, tetapi kekal dengan kerajaan gagal PN.

3. Mazhab Tok Mat Hassan -. Tolak penuh, PM gagal, kerajaan PN juga gagal.

Mana satu pilihan "penganut2 umno"? Di antara tiga di atas, mana satu dilihat "mazhab" paling berani dan tegas dan menampakkan "kejantanan' umno?

Umno akan dinilai oleh rakyat berikutan kemelut politik sekarang. Seriuskah Umno untuk menamatkan kerajaan gagal ini atau pemimpin2 mereka hanya hipokrit?

WFAUZDIN NS

 

May be an image of 1 person and text that says "SEKILAS PERTIWI Kerajaan tidak hormat pada Agong, Ahli Parlimen UMNO perlu jauhkan diri Tok Mat"


WAJAH JAHAT PIMPINAN PAS | Ustaz Ridzwan Abu Bakar



Inilah wajah sebenar pimpinan Pas! Apa sahaja yang memihak kepada mereka akan keluarlah dalil-dalil menyokong perbuatan mereka. Jika tidak menyebelahi mereka maka akan keluarlah "dalil yang dipusing" untuk memburukkan pihak yang lain.


PUTER BELIT LAGI DIA NI

 

Ulamak politik putar belit, babit agama seperti Hadi hanya jadi bahan ketawa cemohan rakyat. - Walaun insap

Berita Mimpi - ΔNΔ GHOIB pic Suara Rakyat FB

 May be an image of 7 people, people sitting and text that says "IV "Wujud gerakan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan apa cara sekalipun." DATUK SERI ABDUL HADI AWANG Presiden PAS ALAM. POLITIK PENDIRIAN PEMIMPIN PARTI TERHADAP KEMELUT POLITIK NEGARA KERAJAAN PN DERHAKA CUBA MENIPU DAN MEMBELAKANGI KUASA YDP AGONG au PA Gerakan Langkah Sheraton® dia buat-buat lupa.."

Annuar Musa langgar SOP sekali lagi?

 

Ini menunjukkan Parlimen ditutup pada Isnin atas alasan Covid19 adalah suatu penipuan…..



May be an image of 1 person and text that says "Dzulkefly Ahmad @DrDzul. 11h 1. Keputusan Ujian 23 Julai: Positif 53/1925 dgn Kadar Positif 2.8% DEWAN BOLIH BERSIDANG pd Isnin 26 Julai. 2. Keputusan Ujian 29 Julai: Positif 11/1183 dgn Kadar Positif 0.9% TIDAK BOLIH BERSIDANG pd Isnin 2 Ogos, 2021! Di mana Sainsnya? Fikir2kan.. @KKMPutrajaya @DGHisham"




HANYA TUNGGU DI KEBUMIKAN -Tamrin Tun Ghafar

 HANYA  TUNGGU  DI KEBUMIKAN 


Tamrin Tun Ghafar 

Jumaat - 30/07/2021
( 1 -  23 )


1.   Umpama orang yang lemas , akan capai apa saja asalkan  selamat , namun  apabila sudah sampai masa tiada  siapa atau ubat yang boleh menyelamatkannya melainkan  ALLAH  SWT. 

2.  Dimandi sudah , dikafankan pun sudah hanya menunggu mayat diusung ke tanah perkuburan untuk di kebumikan. 

3.   Itulah keadaannya yang berlaku apabila  PENIPUAN  DAN  PENDERHAKAAN  dilakukan terhadap Agong  dan Parlimen pada hari Isnin 26hb Julai 2021. 

4.  Kali pertama  PENIPUAN  ini dilakukan Mahiaddin ialah apabila memaklumkan kepada  Agong  beliau punyai sokongan majoriti  Ahli - Ahli Wakil Rakyat  sedangkan SEHINGGA  KINI  beliau masih MENGELAK  dari undi tak percaya dalam Parlimen : jika cukup mengapa takut ? 

5.  Bagaikan dipukau atau ada kebenaran berbagai  cerita  di sebaliknya , Wallahualam , namun Agong  BERSETUJU melantik beliau sebagai Perdana Menteri. 

6.  Rakyat masih terbayang melihat melalui kaca TV  bagaimana gembiranya beliau  bersama isteri , keluarga dan rakan - rakan setelah perlantikan tersebut. 

7.   Bukankah kita melihat  SEMBURIT  memeluk ketat Mahiaddin , dan ada pula yang menitiskan air mata kesoronokan. 

8.  Namun disebalik keseronokan  dan  kegembiraan tersebut  dan setelah mengadakan 'PERBINCANGAN'  bagi menguatkan  kedudukan nya melalui   'SCHEME  OF  THINGS' , beliau BERPURA - PURA  mengatakan  beliau sememangnya tidak berminat  dengan jawatan tersebut. 

9.   Dalam tahun 1858 di Clinton , Illinois Presiden Amerika Syarikat , Presiden  Abraham Lincoln  berkata : 

'YOU  CAN  FOOL  ALL THE PEOPLE  SOME  OF THE TIME  AND  SOME OF  THE PEOPLE  ALL THE TIME 

BUT YOU CANNOT FOOL ALL THE PEOPLE  ALL THE TIME' 

10.   SEPANDAI - 
        PANDAI  TUPAI
        MELOMPAT
        PASTI  JATUH
        KE TANAH JUA 

11.  Seorang sahabat ,  Abu Zar r.a. pernah  bertanya  mengapa beliau tidak diberi jawatan namun secara spontan Rasullulah  SAW  BERSABDA  "anda orangnya lemah untuk memegang jawatan , sedangkan jawatan itu adalah AMANAH . Pada hari kiamat jawatan akan menjadi  KEHINAAN  DAN  PENYESALAN , kecuali bagi siapa yang  MENGAMBIL NYA  DENGAN  BENAR  DAN  MELAKSANAKANNYA  DENGAN  BENAR"  ( Hadis Riwayat Muslim , Sahih Muslim ) 

12.   Apakah  dengan sibuk membaca doa dan diulangi hampir setiap waktu , maka ia menjadikan beliau seorang pemimpin yang bersih dan boleh dipercayai ? -  sedarkah  taraf  Menteri Agama kini  TAK  LEBIH sebagai  Imam kampung  sahaja  - pun berpura - pura  berlagak  hebat  tapi  sebenarnya kosong. 

13.   MAHIADDIN , YOU  ARE A FAILURE ! 

Hentikan lakonan kepura - puraan seolah - olah bagaikan seorang ulamak  sedangkan :. 

KOKOK  BERDERAI - DERAI , EKOR  BERGELUMANG  TAHI  

mengapa sehingga kini masih TAK  BERANI  bawa saya ke Mahkamah isu Nika Gee , isteri orang yang diperkosa dahulu 

BERANI  KERANA  BENAR , TAKUT  KERANA  SALAH 

14.  Apabila  seekor ikan itu  busuk di kepala maka seluruh anggota nya sehingga ke ekor  busuk sama - dalam  bahasa yang senang difahami  oleh kerana  Perdana Menteri itu BODOH  DAN  GAGAL  maka  seluruh Anggota Kabinet atau Menteri nya  2X5  juga justeru  KERAJAAN  GAGAL ! 

15.    Menteri Undang - Undang  bercakap dalam Parlimen  BAGI  PIHAK  Kerajaan  ; Agong  keluar kenyataan  MENAFIKAN  segala apa yang di ucapkan itu. 

16.  Ekoran kenyataan Agong , Mahiaddin  pula menyusuli dengan  kenyataan 4 muka surat ;  SATU  LAGI  PEMBOHONGAN yang dilakukan. 

17.   Kenyataan Agong melalui  surat  beliau bertarikh  29hb  Julai 2021  AMAT  JELAS   bagaikan   : 

DAH  TERANG  LAGI BERSULUH 

18.   Mahiaddin  nampaknya  bersungguh - sungguh   MELAWAN  ARUS - bukan sahaja  menentang  Agong  bahkan Institusi Raja - Raja itu sendiri. 

19.  Semasa negara berada dalam Perintah Darurat  yang akan berakhir pada malam esok , jam 12 malam ,  Sabtu 31hb July , AGONG  MASIH  PUNYAI  KUASA  MEMECAT  Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. 

20.    Presiden UMNO , Najib dan mereka yang sedang  menghadapi  tindakan  Mahkamah  TIDAK  BOLEH  DI PERCAYAI  DAN  HARAPKAN  lagi ;  berbohong  seperti Mahiaddin , mereka terus  MENIPU  ahli - ahli  UMNO  yang telah beri kata putus  MENARIK  SOKONGAN ;  mereka  menggunakan  kedudukan  untuk MELEPAS  DIRI  dari hukuman penjara. 

21.  Tindakan Ismail Sabri , Naib Presiden UMNO  bersetuju  dengan 40 Ahli Dewan  Rakyat UMNO/BN  menyokong Kerajaan PN  sebenarnya TELAH  PUN  DI JANGKA - walaupun MELANGGAR  kehendak PAU  namun  kepentingan periibadi MENGATASI  segala - galanya ; ia tak ubah  seperti  : 

ALI  BABA  DAN  40  PENYAMUN 

22.  Rata - rata rakyat  MAHUKAN  MAHIADDIN  DIPECAT  SERTA  MERTA justeru mereka bersama Agong dan Raja - Raja Melayu menggulingkan KERAJAAN  GAGAL  ini. 

23.   Oleh kerana TIADA  mana - mana Parti yang punyai sokongan majoriti maka bagi mengelakkan  perkara atau situasi  sama berulang lagi  adalah lebih baik Agong melantik satu  Majlis  atau Badan khusus  menangani wabak COVID  dan masalah ekonomi yang dihadapi  rakyat  dan negara sehingga PRU  akan datang  dimana masa itu rakyat pilih siapa dan Parti mana yang difikirkan sesuai ;  Majlis  atau Badan ini TIDAK  BOLEH  BERPOLITIK  DAN  HANYA  MELAPORKAN   PADA AGONG  SEGALA YANG DILAKUKAN.


Wassalam
Terima Kasih

BAGUS , TAK JADI HAMBA PPBM : Nazri dedah hanya 2 ahli Parlimen BN tak sokong PN

 Nazri dedah hanya 2 ahli Parlimen BN tak sokong PN


Pertemuan melibatkan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen pada Khamis lepas memang berlaku dan semuanya memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, Nazri menjelaskan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mengambil sikap berbeza.

Malah, beliau mendedahkan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari lalu juga memberikan sokongan kepada PN.

“Saya mengesahkan pertemuan 40 ahli Parlimen BN itu adalah benar-benar berlaku. 40 ahli Parlimen BN yang menyokong keputusan mengekalkan kerajaan PN termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

“Najib sememangnya menyokong kerajaan PN, bagaimanapun beliau meminta Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meletakkan jawatan Perdana Menteri.

“Itu sahaja nada berbeza beliau sewaktu mengadakan sidang media di Parlimen selepas itu,” dakwanya.

Nazri juga menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz bahawa kenyataan sokongan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis adalah tidak benar.

“Mohamad Sahfri ini siapa? Beliau ahli Parlimenkah? Bagaimana beliau boleh bercakap bagi pihak Ahli-ahli Parlimen BN?

“Semua ahli Parlimen BN bersetuju melantik Ismail Sabri sebagai ketua whip kita di Parlimen. Jadi beliau berhak untuk menggunakan lambang BN bagi menyatakan perkara sebenar yang telah berlaku.

“Memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi positif COVID-19 dan terpaksa kuarantin di rumah, maka Ismail Sabri merupakan wakil ahli Parlimen BN bagi membuat keputusan penting sebegini.

“Takkan kerana Zahid tiada, maka keputusan tidak boleh dibuat? Jadi Mohd Sahfri tidak ada hak bagi menafikan sokongan kami.

“Saya berada dalam mesyuarat yang diadakan di Tingkat 3, Bangunan Parlimen baharu dan ada tiga, empat orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan terhadap sebarang keputusan yang dibuat,” katanya lagi.

Khamis lalu, Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata seramai 40 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau memaklumkan perkara itu selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN di bangunan Parlimen.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen kerana perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Susulan titah Yang di-Pertuan Agong itu, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan meminta semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen yang terdiri 38 UMNO, dua daripada MCA, masing-masing seorang daripada MIC dan PBRS.



Panas! Pas berubah menjadi parti oportunis sejak dapat kuasa

 


Panas! Pas berubah menjadi parti oportunis sejak dapat kuasa


PAS telah berubah daripada sebuah parti idealis menjadi parti oportunis sejak mendapat kuasa, dan dengan itu berisiko kehilangan sokongan, menurut seorang ahli akademik.

Mohd Azizuddin Sani daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, beliau yakin pemimpin PAS akan menyokong sesiapa sahaja yang mereka rasa akan kekal berkuasa dan sekarang akan terus menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekalipun kemelut berhubung pembatalan Ordinan Darurat menimbulkan kegelisahan di peringkat akar umbi.

“PAS juga berkemungkinan akan menyokong Bersatu sehingga parti itu tidak lagi dapat memenuhi matlamatnya untuk memegang kuasa,” katanya kepada FMT.

“Jika Umno menjadi lebih kuat, PAS mungkin akan beralih menyokongnya pula.”

Beliau juga berkata, Ahli Parlimen PAS boleh kehilangan sokongan pengundi kerana kemungkinan ramai ahli akar umbi terkejut dengan tindakan pemimpinnya yang dianggap menentang Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merujuk kepada kenyataan Istana Negara pada Khamis bahawa kerajaan tidak mendapat perkenan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Pemimpin PAS Takiyuddin Hassan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), mengejutkan Dewan Rakyat pada Isnin dengan memberitahu bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan sejak 21 Julai.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PAS lain mempertahankan beliau dengan ada yang berkata, Takiyuddin hanya mengikut arahan Perdana Menteri.

Azizuddin berkata, para pemimpin parti sekarang harus menjelaskan perkara itu kepada akar umbi untuk mendapatkan kembali sokongan, tetapi tindakan yang diambil bertentangan dengan titah Agong akan memberi kesan buruk kepada PAS.

Katanya, para pemimpin PAS sepatutnya menjangkakan reaksi negatif daripada akar umbi jika mereka terus menyokong Bersatu dalam pertikaian dengan Agong.

Azizuddin juga berkata, sudah ada bukti bahawa PAS kini semakin lemah.

Di Kedah dan Terengganu, katanya, timbul perpecahan di peringkat akar umbi antara mereka yang mahukan pemimpin mereka melaksanakan undang-undang hudud dan pihak yang menentangnya.

SUDAHLAH DERHAKA...NAMPAK BODO JUGA...


Mahiaddin Serta Kabinet Sah Derhaka Dan PN Kini Sudah Hilang Muka Sebagai  Kerajaan - MEDIA RANIA


Bagi MP yang sanggup jual maruah jadi katak, rakyat pasti kenal kamu. Mungkin hasil jualan maruah kamu untuk persaraan kamu dari politik. Bersaralah dengan wang haram.

 

YDPA jika memulangkan kerajaan kepada PH yang mendapat mandat rakyat (yg dirampas Mahiaddin dan telah mendapat perkenan Tuanku) akan dikenang dan disanjung rakyat dan dunia kerana membantu rakyat Tuanku.

 

Katak-katak yang dibeli, bagi memperkukuhkan keraaan derhaka, jika mereka masih dalam negara ini akan diadili dan dihukum apabila PH perintah semula. Rakyat akan pastikan

 

Tidak akan dapat lari mereka yang merosak negara, rakyat akan pastikannya melalui kerajaan yang ditatakelola dengan baik, bersih, telus, harmoni dan adil.

 

Negara akan dihormati dan pasti akan dibantu negara-negara lain untuk bangun semula TANPA menjual aset negara seperti yg telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Institusi diRaja akan mendapat penghormatan tertinggi di dalam dan luar negara.

 

Semuga krisis perlembagaan oleh penderhaka kerajaan PN diselesai dengan segera agar kehidupan rakyat dapat diteruskan dalam keadaan teratur dan sejahtera.

 

Harapan seorang rakyat kerdil

- kakIDAabd -

SANGAT MEMALUKAN! BERITA LUAR NEGARA BUAT LIPUTAN KERAJAAN MENIPU!

TAKUT TUMBANG - KHIANAT LAGI PADA RAJA

 

HAMZAH RIE NA


Kerana takut nak hadapi keabsahan Mahiaddin sebagai PM dalam pengundian berkaitan pembentangan & perbahasan Ordinan Darurat, sekali lagi mereka guna isu Covid untuk mereka kekal berkuasa.

Pengecut !!

SR

 

May be an image of 8 people, people sitting and text that says "Bila dah kantoi menipu dan membelakangi YDP Agong, PELBAGAI TIPU HELAH UNTUK TANGGUH SIDANG PARLIMEN? 27 Julai NASIONAL 29 Julai BERITA COVID-19 NASIONAL TERKINI Isu Ordinan Darurat dijawab Isnin depan Oleh Zanariah Mutalib 7,2021 zanariah _mutalib@bh.com.my 31 Julai BERITA Sidang Dewan Rakyat perlu dipendekkan PM tangguh sidang parlimen Isnin ini kerana 'risiko Covid-19 Diterbitkan minit lepas Dikemaskini minit lepas BILARI NOORHISHAMABDULLAH HISHAM ABDULLAH OlehMAISARAHSHKRHM SHEIKH RAHIM"

SUDAHKAH ANDA BERTASBIH PAGI INI ?

 May be an image of text that says "Ada potongan harga sempena minggu derhaka SOUTIERN TROLL Tasbih Jenama Walaun's DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DẤP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP Dapatkan segera! Pengedar Tunggal KOHILANG Sdn.Bhd"

PELAN SI ATOK- ADA KA ORANG POLIIK NIH ? DIA JUGA NAK JADI KETUA-TAK PAYAH LA-LAMA MANA NAK PAJAK OTAK MALAYSIA KE SI KHIANAT NIH

 May be an image of 13 people and text that says "SIMPANG SIMPANGRENGGAM PERUNDANGAN MAJLIS PEMULIHAN NEGARA LANGKAWI …· Azman PERUNDANGAN SallehBuang KESIHATAN KESIHATAN AWANI Suleiman Dr.LSeeYan KESIHATAN PENDIDIKAN TanS RafidahAziz TUNDR MAHATHIR MOHAMAD d HassanM Marican PENDIDIKAN KESIHATAN Dato'DrMusa PENDIDIKAN Politik MPN: Tun M kemuka 20 nama, 'tidak boleh ada orang politik' Beberapa ahli politik yang dicadangkan tidak boleh terikat dengan parti mereka. Kwame waSunam POLITIK KESIHATAN KESIHATAN Rahman HSS ByHarits AsyrafHasnan July 2021 4:00 PM POLITIK YBDato Azalina Dato' othman Said POLITIK YBAhmad Mohamed Fadzil POLITIK YBHannah Yeoh nikkfathurahman nikfathurahman NiK"

BERJUANG SAJA-LAKSANAKAN HAMPAS

 

N A S I H A T.....


Kenapa 'Kerajaan Derhaka' Tak Nak Bahas Ordinan Darurat Di Parlimen? -  MEDIA RANIA


SAIFUL IHAM


Meneliti Perlembagaan Persekutuan, in particular Perkara 40 (1) & (1A), dan Perkara 150 (berkaitan Darurat), dibaca bersama Proklamasi Darurat 2021, dan Ordinan Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021, khususnya Seksyen 2, dan 11 Ordinan yang sama, dan juga realiti yang sedang berlaku hari ini, bolehkah kita memberikan nilai dan tafsiran yang sama terhadap perkataan 'menasihati YDPA"?

Bolehkah kita tafsirkan bahawa apabila Kabinet, telah, dengan rela hati, menggunakan Perkara 40 (1) & (1A) Perlembagaan Persekutuan untuk 'Menasihati YDPA', untuk mewujudkan situasi seperti di bawah Perkara 150 Perlembagaan (Darurat), dan selanjutnya mewujudkan Proklamasi Darurat 2021, Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan yang sama juga telah, secara langsung menzahirkan kewujudan Ordinan Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021, yang selanjutnya, telah, secara otomatik, dan dengan secara rela hati, menurunkan kuasa Kabinet untuk 'Menasihati YDPA' mengenai

"...kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi, dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, atau Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)....." (Seksyen 2(1)),

kepada sebuah Jawatankuasa Bebas yang telah dilantik oleh YDPA dibawah Seksyen 2(2) Ordinan yang sama?

Pada masa yang sama, bolehkah kita tafsirkan bahawa melalui artikel 40 (1) juga, Kabinet telah menasihati YDPA untuk menghadkan kuasa Kabinet sendiri, sepertimana yang jelas terkandung di dalam Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021?

Mungkinkah juga kita boleh merujuk kepada Seksyen 18 Ordinan yang sama untuk mendapat kepastian tentang bidangkuasa sebenar Ordinan Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021 berbanding undang2 lain yang diwujudkan di bawah Proklamasi Darurat 2021?

Saya mungkin khilaf, namun persoalan2 di atas adalah sekadar sesuatu untuk difikirkan bersama oleh kawan2 yang berminat dengan perkara2 berkaitan perlembagaan dan realiti yang sedang berlaku hari ini...

Wallahualam

 

KERAJAAN TAK CERDIK

 






Kerana BigPharma menguasai WHO, maka vaksin diutamakan.

Walhal ivermectin yg dicipta 3 profesor jepun tahun 70an lebih berkesan. Ivermectin murah dan selamat. Tidak dipatenkan. Semua negara boleh mengeluarkan manakala vaksin covid19 dikuasai oleh Bigpharma. Depa je boleh buat.

Bengong ke cerdik kerajaan Malaysia?


 ZUS DIN


Some unapproved COVID-19 treatments may cause serious harm.
Source: World Health Organization
Get COVID-19 Info

MEREKA KATA SUARAKAN DI PARLIMEN BUKAN DI JALANRAYA, TETAPI MEREKA TUTUP PARLIMEN?

 




Satu lagi bukti kegagalan dan kebaculan kerajaan. Satu lagi fakta betapa sedikit pun mereka tidak hormati teguran dan titah Agong.

Gunakan alasan Covid untuk tutup Parlimen. Mereka pula boleh berkumpul di rumah PM? Jangan salahkan rakyat jika mereka pilih jalanraya.

Ingatkan ada TPM dari Umno, boleh juga tegur kerajaan bangsat ini. Rupa2nya Naib Presiden Umno ini pun sama. Jaga perut sendiri.

Rakyat akhirnya jadi mangsa. Hasrat Agong untuk lihat masalah ini dibincang dan diselesaikan di Parlimen ternyata gagal akibat kerakusan diktator perampas mandat rakyat.

Semoga semua MP yang menjunjung titah Tuanku dapat hadir juga ke Parlimen Isnin ini.

WFAUZDIN NS

 

Anwar Ibrahim: Berita Palsu Mengenai Mengadap Tuanku Agong, "Lawan" & ...

Nasihat Anwar Ibrahim Kepada JKom

LIVE !! WFAUZDIN NS - 5 DALIL UTAMA MUHYIDIN PATUT UNDUR ISNIN INI



LIMA FAKTOR MENGAPA ISNIN INI PM WAJIB BERUNDUR

Isnin adalah hari paling sesuai untuk Muhyidin jumpa Agong untuk maklumkan dia sudah malu untuk terus jadi PM, kerana:

1. Tiada lagi majoriti dalam dewan.

2. Kerajaannya tidak mendapat mandat rakyat.

3. Salah laku hingga menyebabkan Agong dukacita.

4. Kerajaannya gagal tangani semua krisis dalam negara, terutama Covid19.

5. Kesihatan yang merosot mengganggu tugasnya.

Kalau PM masih juga berkeras dan tiada maruah, maka kita cabar PM untuk membuktikan serta menafikan 5 perkara di atas.

Jika itu pun PM tiada keupayaan melakukannya, kita merayu agar Agong berperanan untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ancaman diktator. Kita tidak mahu melihat akhirnya nanti rakyat terpaksa melanggar SOP dan melakukan perhimpunan besar-besaran untuk mendesak PM dan kerajaan turun segera.

Jika kamu naik sebagai PM dulu pun secara tidak bermaruah, paling kurang kamu turun secara bermaruah.

WFAUZDIN NS


((LIVE)) BICARA MUJAHID: DERHAKA BUKAN PILIHAN RAKYAT, KESETIAAN DAN DEM...

TUUU DIA AIHHH...DOK LAM KERAJAAN TEBUK ATAP NAMA DI SYURGA-SESAT DAH..

 

Hahaha ..dok dalam kerajaan, terus nama di.pahat kat syurga walaupun berjaya naikkan

 cabutan judi dan derhaka kpd raja bayangan Allah.

Adoii...nak pujuk penyokong terpaksa jual agama dan syurga....hahaha..



May be an image of ‎text that says "‎Hd Harakahdaily I الحركة @harakahdailyHD Bersabarlah semua sahabat yang berjuang dalam kerajaan sekarang, kerana dengan sabar, insya-Allah nama-mu sedang dipahat di syurga.‎"‎