3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan.

Saiz Teks: A A A

3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan.

Laporan dan foto: Amiruddin Ahmad
KUANTAN 14 Julai: Lebih 3000 hadir di Bukit Pelindung, Kuantan bagi menyertai Perhimpunan Anti Lynas dan membantah pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Himpunan itu dianjurkan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan mendapat sambutan hebat dari penduduk Kuantan.
Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, rakyat yang hadir himpunan itu membantah sikap tamak dan angkuh kerajaan BN yang tidak mempedulikan kesan radioaktif akibat projek tersebut kepada penduduk setempat.
Kerajaan katanya, membenarkan Lynas beroperasi demi mendapatkan pelaburan RM8 bilion tanpa menghiraukan keselamatan rakyat.
“Sambutan di Kuantan ini membuktikan masyarakat Kuantan khasnya tidak mahu akan kilang ini (dibina),” katanya.
Salah satu acara yang dianjurkan petang ini ialah memberi peluang orang ramai mengundi sama ada membantah atau menyokong industri pemprosesan nadir bumi.
Acara itu adalah sindiran kepada kerajaan BN yang tidak mahu melakukan pungutan suara penduduk sebelum membina projek nadir bumi yang  dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Turut sama menyertai perhimpunan itu Jawatankuasa Majlis Peguam sebagai pemerhati.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32807

 LAPORAN SABTU.BERITA DAN GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.

Bahalolisme


 Oleh: Ronasina


Bahlul adalah seorang lelaki berilmu yang dikatakan popular ketika pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid tetapi berpura-pura bodoh dengan aksi lucunya untuk menyindir pemerintah.  Di sini, Bahalol biasanya dikaitkan dengan aksi kebodohan oleh si pelakunya.  Apabila perbuatan membodoh-bodohkan diri dan orang ramai menjadi budaya sehingga menjurus ke arah sebuah ideologi maka jadilah ia apa yang dipanggil "Bahalolisme".

Inilah yang berlaku di Malaysia.  Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan.  Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan.  Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat.  Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak.

Tulisan ini tidak membawa sesuatu yang baharu tetapi sekadar cuba menyorot kembali bagaimana bermulanya cubaan penanaman ideologi Bahalolisme ke atas rakyat Malaysia oleh pemerintah yang kalut dan semput.

Segalanya bermula apabila Perdana Menteri Doktor Mahathir memecat timbalannya Anwar Ibrahim yang semakin menggugat.  Pelbagai alasan digunakan untuk membuat rakyat percaya tetapi gagal.  Timbullah cerita skandal seks dengan isteri orang, dengan pelacur, rasuah tanpa duit dan semestinya fitnah liwat sehingga tilam dipanggil menjadi saksi di mahkamah, pertuduhan pula diubah-ubah tarikhnya atas alasan kesilapan menaip, insiden saksi lintang-pukang.  Kebangkitan rakyat menyokong parti alternatif membuatkan pasukan pemerintah menjadi paranoid.  Rafidah Aziz ketakutan melihat logo Petronas seperti logo PAS lalu logo itu ditukar.  Untuk menambah lagi rempah kegelisahan, rakyat dimainkan sandiwara curi senjata yang dipunggah masuk ke dalam kenderaan Pajero di sebuah kem tentera.

Keprofesionalan perompak senjata itu mudah sahaja dipatahkan apabila mereka semua hanya bersembunyi di sebuah kebun durian di Bukit Jenalik, Sauk.  Mereka dituduh cuba berperang dengan Yang DiPertuan Agong.  Kumpulan Militan Malaysia dan Al Maunah tadi ditahan ISA dan cuba-cuba juga dikaitkan dengan PAS.  Cubaan ini gagal meyakinkan rakyat.  Teori Bahalolisme mesti terus dimainkan lagi.

Pada 2001 beberapa orang aktivis Reformasi ditahan ISA dan didakwa mempunyai pelancar roket, molotov cocktail dan galas bebola (Ball bearing) yang MUNGKIN akan digunakan untuk menumbangkan kerajaan.  Sehingga ke hari ini kerajaan UMNO gagal membuktikan tuduhan itu meskipun beberapa orang dari aktivis ini sudah pun melompat menyokong mereka.

Kekalahan teruk sehingga hilang empat buah negeri dalam PRU 12 tahun 2008 menambahkan lagi kekalutan mereka.  Indoktrin Bahalolisme diteruskan lagi dengan membeli beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melemahkan sokongan rakyat.  Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan beberapa buah kerusi dek lompatnya wakil-wakil mereka tetapi cubaan untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap mereka gagal malah imej mereka semakin melonjak dan simpatisan semakin bertambah.  Musuh nombor satu pemerintah iaitu Anwar Ibrahim kendati pun telah dipilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Parlimen secara sah terus cuba diaibkan.  Sandiwara lama diberi nafas baharu.  Saiful Bukhari (gambar kanan) bekas pembantunya muncul mengaku diliwat walaupun tiada kesan tusukan di duburnya.  Ini diperakui oleh empat laporan perubatan yang telah memeriksa Saiful.  Semua ini masih gagal, tampil pula trio Datuk T dengan video lucah kononnya pelaku di dalam adalah Ketua Pembangkang Malaysia.  Sumpah, Al Quran dan masjid menjadi bahan dagangan untuk mengolah kepercayaan rakyat terbanyak.  Kenyataan tidak konsisten dan tunggang langgang tentang lokasi sebenar kejadian di dalam video itu terus menghancurkan kesahan kandungannya.

Apa lagi rancangan bodoh yang telah disusun?  Kita boleh saksikan sendiri di kaca televisyen atau pun di dada-dada akhbar.  Pembodek-pembodek terus digunakan untuk menjayakan episod Bahalolisme tidak kira sama ada dari ahli UMNO atau Barisan Nasional sendiri atau pun bekas ahli Pakatan Rakyat, golongan selebriti seperti pelakon, penyanyi, kartunis dan lain-lain diheret sama menjayakannya.  Satu demi satu gagal.  Dari isu Kristianisasi, tergugatnya Islam-Melayu-Raja ataupun senaman bontot semuanya lingkup dan punah.  Rakyat sudah semakin tidak percaya lagi.  Rakyat mahu pilihanraya diadakan segera kerana tidak sabar lagi hendak membuang UMNO dan Barisan Nasional ke lubang najis.  Zaman ini zaman internet, ada facebook ada twitter.  Jawapan dan tulisan menteri di laman sosial tersebut menjadi perhatian dan jika tersalah tulis rakyat sudah tidak segan dan takut untuk membelasah mereka.  Gerakan reformasi sudah mengepung dari semua ruang untuk melibas pembohongan, menumbangkan rejim zalim dan sudah tentu membunuh ideologi Bahalolisme...

Berpandukan beberapa perkara yang telah disebutkan tadi, percayakah rakyat kali ini dengan peristiwa amuk si Imam Mahadi bersama seorang wanita di Jabatan Perdana Menteri tempoh hari?  Saya tidak mahu mengulasnya tetapi sekadar ingin mengajak anda menilai kembali peristiwa-peristiwa yang disenaraikan tadi dan memahami apa itu Bahalolisme.  Selamat makan malam Pak Menteri!
*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.

Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock Dakwa PM Tidak Tunai Janji


SHAH ALAM 13 JULAI: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih tidak mempercayai apa yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2009 dan masih menuntut keadilan sepenuhnya daripada pihak kerajaan meskipun kejadian tersebut sudah berlalu tiga tahun lalu.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menegakkan keadilan untuk mendiang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketika diwawancara dalam rancangan Terus Terang terbitan TV Selangor, Lee Lan mengimbas kembali pertemuan bersama Perdana Menteri tiga tahun lalu di mana beliau berjanji akan memberi jawapan yang munasabah kepada keluarga dan mereka yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman berat.
Dengan nada sebak Lee Lan melahirkan kekecewaan kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Najib yang sehingga kini masih gagal mencari keadilan untuk kematian abang beliau.
“Tidak ada keadilan. Kes sebesar ini dilengahkan. Janji kosong diberi, tidak ada kebenaran walaupun semua orang mengambil berat tentang kes ini.

“Kerajaan tidak mengambil berat walaupun rakyat beri sokongan. Perangai kerajaan tidak menghiraukan (kes ini),” kata dalam nada sebak dan kecewa.
Pada 5 Januari 2011, mahkamah memberikan keputusan ‘terbuka’ berhubung punca kematian bekas pembantu Exco Selangor ,Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang dibacakan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas
Koroner Azmil menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Laporan meluas kes ini ekoran Teoh ditemui meninggal dunia selepas beberapa jam disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukkan Kerajaan Selangor yang menyaksikan 37 saksi dipanggil memberikan keterangan termasuk patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.

WARGA ASAL PAHANG PERLU BERUBAH



WARGA ASAL PAHANG PERLU BERUBAH

PAHANG- Himpunan warga asal seluruh Pahang yang berlangsung baru-baru ini, bertempat di kampong orang asal Panderas Kerdau telah berjaya membawa hampir 500 warga asal ke perhimpunan tersebut.Turut hadir dalam majlis yang berjaya ini dan dirasmikan oleh YB Abdullah Sani ,  ialah Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Hj Suhaimi Said, Sdr Bob Manolan Timbalan Pengerusi Felda dan orang asal merangkap exco Pemuda  AMK  Pusat, Sdr Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Dato Fauzi Abdul Rahman selaku pengerusi PKR negeri, Pak Jabit, Sdr Micheal Yok dari NGO’s orang asal Sarawak dan juga jawatankuasa biro felda dan orang asal negeri.

Dalam ucap utama YB Abdullah Sani, beliau telah menjelaskan bahawa  betapa kerajaan negeri Selangor telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk orang asal, dimana telah berjaya membina dan membaiki rumah-rumah orang asal di Kuala Langat  “Namun tidak menjadikan orang asal merungut.walaupun hanya mendapat 18 undi di Kuala Langat”, dan ini harus mendapat sokongan bahawa  perubahan ini mesti diserta ioleh orang asal dan wajib menuntut hak sebagai warga Malaysia dan mengundi selain dari barisan Nasional..

Menurut beliau lagi perubahan ini harus di nikmati oleh orang asal dimana setiap tahun baget untuk orang asal di berikan,  namun menjadi kemusyikalan dimana wang yang sepatutnya disalurkan dan ini hanya dapat di jawab apabila pemerintahan bertukar.Malahan perjanjian hak dan adat untuk orang asal kekal dengan menikmati kemudahan sama seperti lain-lain kaum.

“Di selangor jika rumah orang asal sudah ada paip dengan air percuma dan wang yang diberi kepada orang asal yang sama membangun dengan lain-lain kaum , kenapa di Pahang ini tidak seperti itu,? Ini adalah kerana dasar pemerintahan yang berbeza. Jika  orang asal di negeri Selango dilayan dengan baik , malahan biasiswa juga turut diberikan kepada orang asal untuk mereka mendapat hak mereka.” Demikian jelas beliau lagi.

“Jika kita, orang asal,  tidak mahu tanah kita diubah,dicuri,dan kita hanya mahukan hak kita sebagai orang asal yang harus dijawan oleh pemierintah yang dan hidup kamu masih papa kedana dan merempat dan siapa yang tidak mahu merubah ianya akan menjadikan kamu papa kedana .jika anak-anak kamu besar dan tidak berubah , maka ia akan meludah kubur kamu kerana kamu masih tidak mahu berubah”, demikian jelas Yb Abdullah sani lagi.”

Sementara itu pula, wakil orang asal yang juga merupakan exco pemuda amk pusat yang juga timbalan pengerusi orang feldan dan orang asal PKR sdr bob manolan menjelaskan bahawa beliau telah membentangkan kertas kerja mengenai nasib orang asal dan mendapati terlalu banyak kekurangan yang di hadapi, bermula dari sistem penempatan yang selalu di cerobohi dan diramapas dengan mengekalkan tanah adapt orang asal melalui pengawalan hak milik kekal,mengazetkan tanah adapt orang asal menurut peta kemuniti GPS orang asal.


Menurut beliau lagi dari segi politik pula orang asal harus mempunyai pendirian dan bersatu bagi mengekalkan pendirin yang teah di tetapkan oleh PBB berkenaan dengan hak orang asal UNDRIP menyusun semula JAKOA supaya ianya benar-benar dapat menolong orang asal dimana orang asal sepatutnya diberikan tempat sebagai pentadbir di JAKOA dan dengan ini nasib dan permasalahan orang asal akan dapat difahami mereka.


Beliau juga menjelaskan bahawa orang asal sepatutnya sedar bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak menjelaskan kepada mereka bahawa hak kerakyatan seharusnya diiktiraf dan tidak di letakkan dibawah bangsa-bangsa lain.

Sdr Bob Manolan juga menjelaskan bahawa dari segi ekonominya ,orang asal seharusnya diberikan hak dan ruang niaga bagi mengalakkan mereka menceburi bidang perniagaan khususnya generasi muda.Membayar pampas jika tanah dan hak mereka di cerobohi.Masaalah menyedikan kouta khas untuk orang asal didalam projek kerajaan dan tidak termasuk dalam kouta bumiputra.Meningkat ekonomi dn peluang pekerjaan dalam JPA , menyediakan klinik kesihatan di penempatan orang asal dan  melakukan pemeriksaan berkala dan klinik bergerak.
 
Selain  dari itu juga pembentagan juga di lakukan oleh sdr Micheal Yok dari NGO’s orang asal di Sarawak atau  CRIPS   ( Centre of ringht for the people independent of Sarawak) menjelaskan bahawa orang asal perlu diberikan kesedaran mengenai hak dan peranan meraka mengetahui akan kawasan yang telah digazetkan tanah mereka.

Menurut beliau lagi, sejarah tentang orang asal dan juga pemetaan kawasan orang asal adalah penting di ajar kepada orang asal ini , malahan  dalam perlembagaan persekutuan bahawa orang asal adalah istimewa ini dan mereka perlu tahu, dalam perkara 150, ada 3 perkara yang tidak boleh di ubah ialah mengenaiAgama Islam, Adat orang Melayu dan adat Orang Asal.Jika ini difahami, mereka akan di ajar dan perlu diketahui dengan  mengukur wilayah dan kawasan yang dituntut.

“Apa yang kita tuntut ialah wilayah kuasa kita. Itu sahaja”, misalnya tuntutan wilayah oleh Singapura dan Filipina dimana kawasan tanah itu di gazetkan, kita memberikan pisau kepada orang yang kita harap atau pagar menjaga padi, namun pagar makan padi.Masaalah ini bukan dengan orang lain akan tetapi dengan orng yang kita berikan undi kita” demikian jelas beliau..

Di Sarawak sebenarnya dari Lundu ke Lawas boleh dianggap dari Johor sampai ke Perlis, semua tanah di Sarawak telah di lesenkan kepada syarikat-syarikat  yang ada  di Sarawak, dan sekiranya orang asal di Sarawak tidak faham akan kawasan mereka, maka semuanya akan di rampas oleh syarkat yang akan menghapuskan tanah mereka sendiri.

“Orang politik hanya 5 tahun sahaja mereka berkuasa, jika tanah adat ini di jaga dan difahami orang asal , mereka tidak boleh dibuang, undang-undang  boleh dubah oleh yang demikian jika kita sanggup berubah, maka kita akan berjaya untuk mengekalkan tanah kita orang asal”, jelas Micheal Jok lagi.

Majlis penutup di rasmikan oleh Pengerusi PKR negeri Dato fauzi Abdul Rahman.

Rafizi: Najib bimbang tergugat ekoran pendedahan skandal LRT Ampang

Saya memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan UMNO/BN berbanding keselamatan rakyat.

Tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Najib Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan UMNO/BN mengatasi segala-galanya.

Kenyataan Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara:

1. Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli;

2. Bahawa Najib Razak (gambar kanan) bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas.

Saya kesal dengan kenyataan Bakri Zinin kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?

Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?

Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar "kepentingan awam".

Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi. Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa.  Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" di seluruh LRT laluan Ampang.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

Lim Guan Eng: Saya bukan Chua Soi Lek

Saya ingin mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor  peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh Barisan Nasional dan MCA.  Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah.  Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO.

Gambar wanita yang kononnya menjadi mangsa anak saya tersiar di internet.  Mangsa wanita yang dikatakan itu telah dikenal pasti sebagai Anya Corke, juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah langsung bertemu saya atau anak saya.  UMNO Online atau Khairy Jamaludin tidak pernah meminta maaf atas pembohongan mereka dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang difailkan oleh saya.  Sebaliknya, tindakan segera diambil hanya apabila terdapat kempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN.

Setelah gagal untuk menghancurkan hidup anak saya dan gagal untuk menjejaskan saya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji, kali ini melalui perbuatan memburukkan isteri saya melalui MCA.  Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap saya dan isteri di dalam dewan tersebut.  Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu.

Jika Gan tidak berani berbuat demikian, maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin, ahli EXCO dan wakil rakyat.  Lebih teruk lagi, dia akan menunjukkan dirinya sebagai orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu terhadap orang lain untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain. Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orangsuruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu?
Ulangi kenyataan di luar supaya saya dan isteri boleh buktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bukanlah seperti Chua Soi Lek.

DAP tidak pernah terlibat dalam politik longkang.  DAP tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan dan prosiding Parlimen untuk menyerang Presiden MCA Chua Soi Lek atas salah laku peribadi apabila terdedah video lucah beliau dengan seorang wanita yang bukan isterinya.  Sebaliknya serangan terhadap Soi Lek dibuat oleh pemimpin-pemimpin MCA sendiri semasa krisis parti MCA.  Walau bagaimanapun saya kecewa kerana walaupun DAP telah menahan diri daripada menyerang peribadi Soi Lek, MCA tanpa segan silu telah merendahkan maruah mereka.

Justeru, saya tidak meminta Chua Soi Lek untuk mengarahkan Gan mengulangi dakwaan palsu terhadap saya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka.  Ini kerana Soi Lek tidak ada kuasa moral untuk mengarahkan orang bawahannya memandangkan Chua juga mempunyai skandal moral sebelum ini.

Sebaliknya saya mahu Perdana Menteri Najib Razak mengarahkan MCA untuk mengulangi dakwaan palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan saya.

Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya.  Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya.

Biar saya dan isteri saya membuktikannya di mahkamah bahawa MCA berbohong dan meminta MCA mendedahkan cubaan untuk membunuh karektor dan mendedahkan sumber maklumat palsu ini.  Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa "Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek".

*Lim Guan Eng (gambar kanan) ialah Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ahli parlimen Bagan.

Rakyat Boleh Banding Keikhlasan PR dan Umno-BN


PETALING JAYA 8 JULAI : Walaupun Umno-BN meniru idea dasar dan program Pakatan Rakyat, rancangan dan niat mereka tidak nampak ikhlas tetapi sekadar meraih undi, kata Timbalan Speaker Dewan Negeri(DNS) Selangor Haniza Talha.
Menurutnya, Umno-BN juga tidak lagi mampu mempengaruhi pemikiran rakyat walaupun mereka menguasai media perdana dan tidak mengamalkan dasar kebebasan maklumat.
“Umno-BN tiada idea. Mereka bagi duit kepada rakyat bukan mereka nak bantu dan tolong rakyat macam bagi RM500 (BR1M).
“Dia bagi dengan tujuan untuk dapat undi bagi mengekalkan kuasa termasuk mendapatkan kembali Selangor. Kalau benar-benar ingin menolong kenapa ia tidak dibuat sejak dulu sebelum kita memerintah?,” soal Haniza.
Haniza berkata, sejurus Pakatan mengambilalih Kerajaan Selangor pada Mac 2008 ia bertindak segera dengan menyalurkan bantuan 20 meter padu air percuma kepada rakyat dalam tempoh 100 hari.
Kerajaan Pakatan Selangor juga memulakan bantuan di dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pada 2011.
Ini berbeza dengan Umno-BN di peringkat pusat yang hanya memulakan BR1M, pada April tahun ini semasa spekulasi pilihan raya umum memuncak.
Walaupun Umno-BN menguasai saluran media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar, ledakan maklumat di internet dan rangkaian media sosial membolehkan rakyat berita tentang Pakatan.
“Apa dilakukan pemimpin Pakatan sekarang adalah pergi terus kepada rakyat di bawah dan rakyat dapat merasakan perubahan itu yang mana tidak dialami sebelumnya.
“Mereka (Umno-BN) boleh gunakan saluran media dikuasai mereka dengan membuat pelbagai dakyah tetapi rakyat akan tahu segalanya,” beliau berkata di dalam temu ramah eksklusif TVSelangor di dalam rancangan Fokus Isu.

PKR Dakwa Syarikat Dari Perancis Berkaitan Scorpene Bakal Laksana Projek LRT Ampang


AMPANG 8 JULAI : Isu projek LRT Ampang makin menjadi tumpuan apabila PKR mendakwa sebuah syarikat dari Perancis yang ada kaitan dengan penjualan kapal selam ‘second hand’ bakal melaksanakan projek berkenaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan ‘atas angin’ sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit.
“Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam ‘second hand’ tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion,” dakwa Rafizi.

Tambah Rafizi, syarikat George Kent ini dimiliki oleh seorang peniaga yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock seorang ‘taukey’ yang merupakan rakan akrab Datuk Seri Najib Razak daripada sekolah menengah sehingga kini.

“George Kent yang merupakan syarikat membuat meter paip ini adalah merupakan ‘Ali Baba’ yang tidak berminat dan hanya akan mengambil keuntungan di atas angin sahaja,” kata Rafizi.
Jelas Rafizi, beliau tidak gentar dengan ugutan dan ancaman daripada terus mendedahkan skandal RM1 bilion ini demi rakyat.

Negara ini berhadapan dengan skandal yang cukup bahaya kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat yang bakal menggunakan sistem pengangkutan LRT jika syarikat yang tidak mempunyai kepakaran melaksanakan projek penting ini.

“Kami Pakatan Rakyat akan membawa isu ini kepada penduduk di Ampang, Pandan, Cheras dan Bandar Tun Razak minggu depan kita akan turun untuk mengedarkan risalah agar lebih ramai orang yang akan faham skandal LRT Ampang ini bukan soal hanya politik, tetapi ia melibatkan nyawa rakyat.

“Tiap-tiap minggu kita akan dedahkan dokumen baru untuk membuktikan bahawa inilah rancangan dan angkara Datuk Seri Najib Razak,dia tidak fikir tentang keselamatan rakyat,” katanya.
Tambah Rafizi, pendedahan skandal RM1 bilion akan terus ‘membenamkan’ karier politik Najib.
“Projek LRT Ampang ini memang cukup dibimbangi oleh Najib jika ia diketahui rakyat kerana ada surat dan dokumen yang ditandatangani sendiri oleh Najib sendiri,” tegasnya.

‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’


SELAYANG 7 JULAI : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala ‘mafia’.
Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.
“Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.
“Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?
“Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.
Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.
“Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang,” katanya.
Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.
Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.
Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.
“Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.
“Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku,” jelasnya.

Peguam LFL kesahkan mogok lapar ISA ditamatkan

Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Afiq M. Nor yang menziarahi tahanan ISA pada hari ini, mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa tahanan telah menamatkan mogok lapar dua hari yang lalu, lantaran "badan lemah".  Di samping itu, Afiq juga mengesahkan bahawa tahanan Razali Kassan dipukul dan diludah pegawai penjara dalam Kem Tahanan Kamunting.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Afiq berkata dirinya bersama Farhana Halim, seorang lagi peguam LFL telah tiba di Kamunting pada jam 10 pagi, hari ini.  Namun mereka hanya dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan anak guam mereka pada jam 4 petang.

Menurut Afiq, lapan orang tahanan terpaksa menamatkan mogok lapar mereka dua hari lalu, kerana terlalu lemah.  Mohamad Fadzullah Razak adalah tahanan terakhir untuk menamatkan mogok lapar.  Afiq berkata, pihak peguam mendapat pengesahan daripada tahanan, bahawa Razali Kassan dipukul dan diludah kerana mogok lapar.  Salah seorang tahanan, Fadzullah Razak juga diberi amaran, berbunyi, tiada masalah jika mogok lapar hanya untuk dua tiga hari, tetapi jika lebih dari tiga hari, maka tindakan itu dilihat sebagai mencabar pegawai penjara.
Sembilan orang tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah memulakan mogok lapar mereka sejak 21 Jun, menuntut agar 45 orang tahanan ISA yang masih ditahan di Kamunting dibebaskan selepas pemansuhan ISA.  Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri didesak untuk menyiasat dakwaan tahanan dipukul dan menutup KemTa.  Bagaimanapun, Razali Kassan terpaksa mengakhiri mogok laparnya pada hari ke-13 kerana terkena jangkitan Hepatitis B.  Lapan orang tahanan yang lain juga menamatkan mogok lapar pada keesokannya.
Lamb Chop pilihan Hishammuddin Hussein

Sementara itu, Afiq berkata "tiada apa untuk diulas" berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dalam laman sosial twitternya yang mengundang pertikaian.  Semalam, ketika membalas tweet pengikutnya Haziq Abdul Aziz yang berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops...", Menteri Dalam Negeri ini menjawab, "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku ;) ".

Untuk Afiq, Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri tidak pernah menjawab soalan yang berbangkit berhubung tahanan ISA.  Malah, sejak hari pertama mogok lapar dilancarkan tahanan, menteri KDN ini tidak menjawab soalan.  Oleh itu, biarlah beliau jika beliau mahu terus bergurau di twitter dirinya, kata Afiq.

Di samping itu, pihak KemTa juga melarang kakitangannya daripada menyambung mana-mana panggilan media kepada pengarah KemTa.  Ketika dihubungi MerdekaReview petang tadi, kakitangan yang mengangkat panggilan berkata, "Kami dapat arahan tak boleh sambung mana-mana panggilan media untuk pengarah, kami dapat arahan macam itu."

Apabila ditanya bila arahan ini dikeluarkan, beliau menjawab, "Semalam, urusetia bagi tahu.  Malaysiakini pun dah telefon dah."
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks penuh.

WOIIII LU DIAM LA MAHATHIR


SELAYANG 7 JULAI : Dalam nada sinis Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menjaga syarikat anak-anaknya dan jangan mencampuri urusan politiknya.
Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini mantan perdana menteri itu mengesa Ketua Umum PKR itu agar meninggalkan politik dengan segera.
Dr Mahathir berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13.
“Dia Dr Mahathir suruh saya bersara, saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.
“Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.
“Seorang pemimpin tetapi puluh bilion kekayaan anak-anaknya,” kata Anwar dalam ceramah Merdeka Rakyat di sini semalam.
Bercakap dihadapan kira-kira 3,000 hadirin, Anwar turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu ‘marah’ kepadanya.
Sebaliknya, Anwar berkata beliau tidak pernah mengacau dan sudah memaafkan bekas pemimpin nombor satu Umno itu.
“Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
“Yang kamu takut ini apa. Dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia agaknya.
“Ya lah sebab dulu dia pernah minta saya tolong anaknya, minta supaya saya bagi RM2 bilion tetapi saya tidak mahu, kemudian dia meminta duit dari petronas. Sebab itu lah punca dia marah saya,” katanya yang mengimbas perselisihan beliau dengan Dr Mahathir ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

RAKYAT DIGESA BERHIMPUN SEBAGAI BANTAHAN

KUALA LUMPUR: Save Malaysia Top Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Demostrasi kempen 714 itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.

Jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, semalam sudah sampai masanya kerajaan perlu tahu bahawa Lynas bukan hanya melibatkan kepentingan orang Kuantan tetapi seluruh rakyat negara ini.

"Kita ingin perjelaskan kepada kerajaan isu Lynas ini bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Kuantan tetapi juga seluruh rakyat negara ini bahawa bahayanya kesan radioaktif.

"Kempen ini juga menunjukkan bahawa rakyat menentang keras pembinaan Lynas itu," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan selama satu jam setengah itu akan bermula pada jam 5 petang.

"Lokasi di Kuantan kita telah memilih untuk berkumpul di Bukit Roga dan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan.

"Setelah mendaki setiap peserta akan mengundi sama ada menyokong Lynas atau menentang, kita akan mengumumkan pihak mana yang menang berdasarkan pengundian tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, ini merupakan satu simbolik dan juga isyarat kepada kerajaan bahawa kuasa yang akan menentukan kemenangan kepada sesebuah parti itu terletak pada tangan rakyat.

Tan Bun Teet juga menegaskan bahawa kumpulan SMSL akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengambil kira latar belakang politik.

"Kita akan menghantar surat jemputan kepada pemimpin parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut," ujarnya lagi.

Kempen 714 itu mensasarkan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengikut demonstrasi untuk ke semua lokasi.

Antara lokasi yang dipilih ialah, Pahang: Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang.

Terengganu: Kuala Terengganu.

Kelantan: Kota Bharu.

Pulau Pinang: Pulau Pinang.

Perak: Ipoh, Kampar, Bukit Merah.

Selangor: Cheras Mahkota, Rawang.

Melaka: Melaka.

Negeri Sembilan: Seremban, Air Itam.

Johor: Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar.

Sabah: Kota Kinabalu.

Australia: Perth, Sydney, Melbourne.

MB: Isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan


SHAH ALAM, 30 JUN: Pertambahan 500,000 pengundi baru di Selangor akan dibawa ke perjumpaan bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bulan depan bagi memastikan mereka adalah pemilih yang layak mengundi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti jumlah pertambahan pengundi baru di Selangor dan akan dibentangkannya pada perjumpaan tersebut.
“Perjumpaan saya dengan SPR bulan depan adalah mengenai hasil kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti pengundi-pengundi baru dalam senarai yang dikeluarkan SPR sejak 2008,” katanya dalam media Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Semalam, dilaporkan bahawa SPR mengumumkan akan berjumpa semua parti politik di peringkat nasional dan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyebut, langkah itu diambil selepas sesi taklimat dan latihan kepada semua pengurus pilihanraya.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, hasil laporan penuh kajian pengundi akan diperolehi minggu hadapan dan senarai nama pengundi baru itu akan dianalisis.
“Pertambahan pengundi baru di 56 kawasan DUN di Selangor akan didekati dan dikenalpasti sama ada mereka berada di alamat yang dicatatkan dalam maklumat yang diberikan oleh SPR,” katanya yang juga Adun Ijok.

Pada bulan April, Kerajaan Selangor melancarkan kempen “Selangorku Bersih” bagi mengenalpasti pertambahan mendadak pengundi baru di seluruh negeri yang meragukan.
Keraguan tersebut timbul kerana, seperti Abdul Khalid dedahkan hari ini, sesetangah kawasan seperti Sri Serdang merekodkan pertambahan pengundi baru seramai 21,000 orang.

KSN KAKI BODEK:TAAT KEPADA RAJA DAN NEGARA .BUKAN PEMERINTAH.

MALU LA KALAU BANGSA CINA BOLEH MENGHURAIKAN SITUASI INI.DAH BARU DILANTIK BODEK BUKAN KEMAIN LAGI.HARANJADAH SUNGGUH.





KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.

"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.
"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.

Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..
Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".
"Ia sudah melampau. Ini kali pertama KSN melakukan perkara seumpama itu. Permulaan yang teruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung DAP itu yang juga merupakan ahli Parlimen mengingatkan Ali seharusnya, sebagai pegawai tertinggi penjawat awam, beliau perlu menghormati Perlembagaan.
"Dan pembangkang, yang dikatakan kepada orang bawahannya supaya tidak mempercayai mereka, perlu mendapat penghormatan sama seperti parti memerintah. Kami adalah pembangkang yang setia kepada Raja," jelas Lim.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata politik perlu dipisahkan dengan tugas penjawat awam dan menolak kenyataan Ali yang ketaatan penjawat awam bergantung kepada kerajaan hari ini.
"Kita perlu taat kepada negara, Perlembagaan, dan Raja. Kita tidak perlu taat kepada parti. Pada masa sama, mereka tidak boleh campur adukkan dengan politik," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut bersetuju dengan Lim, menambah "ketaatan kepada negara" tidak boleh disamakan dengan "ketaatan kepada Umno dan BN."
Beliau turut memuji tugas dan tanggungjawab penjawat awam terhadap kerajaan hari ini, kerana mematuhi arahan pemimpin, namun beliau mengingatkan tugas mereka adalah untuk berkhidmat dengan "professional."
"Mereka bukan alat dan hamba kerajaan ... terutamanya bila mereka bukanlah kepentingan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka perlu menjalankan polisi dengan terurus, efektif, dan telus - itu yang penjawat awam perlu lakukan," turut dipersetujui oleh Dr Tan.
Sejumlah 1.4 juta penjawat awam adalah peti undi untuk BN namun kontroversi berkenaan skim bayaran gaji dan isu utama mungkin memberikan harapan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang.
Namun, sejak akhir-akhir ini, kakitangan atasan penjawat awam dilihat menjangkaui batas untuk melindungi BN.
Lim bagaimanapun percaya mesej-mesej sedemikian mungkin tidak diendahkan mereka.
"Saya tidak rasa kita perlu memandang rendah keupayaan penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Mereka terikat untuk melakukan tugas kerana menjalankan tanggungjawab mereka. Bila mereka bersaraan kita akan lihat mereka menyertai pembangkang," tambahnya lagi.
Lim menjelaskan bukan mudah untuk penjawat awam mengingkari arahan yang diterima dari atas jika mereka rasakan ianya salah.
"Juga sukar untuk mereka meletak jawatan. Itu periuk nasi mereka," katanya.
Namun jelasnya, ia tidak bermakna bila mengundi mereka akan memangkah BN.
"Jangan memperlekehkan kepandaian mereka," tambahnya lagi.

SELAMAT DATANG KE TEMERLOH.HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA

Bukan Cina, tapi semua pengundi Malaysia jadi penentu PRU 13

Bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad sudah mulakan sandiwaranya semalam apabila mengungkitkan isu perkauman untuk menimbulkan prasangka buruk di antara kaum, ketidakpercayaan dan ketakutan dalam usahanya untuk "menyelamatkan" UMNO dan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa persekutuan apabila ditumpaskan dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan digantikan oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir (gambar kiri, kiri) telah mengatakan bahawa pengundi Cina akan menjadi penentu dalam pilihanraya umum ke-13, dan bahawa pengundi Cinalah yang akan menentukan pihak mana yang akan membentuk kerajaan baru kerana kaum Melayu berbelah bagi di antara tiga parti.

Katanya,"Majoriti Melayu sendiri telah berbelah bagi kepada tiga dan kini menjadi minoriti" dan pihak pembangkang PKR, PAS serta UMNO terpaksa berserah kepada tuntutan kaum Cina.

Akibatnya,"parti-parti Melayu yang kecil ini perlukan sokongan kaum Cina untuk memenangi pilihanraya yang akan datang".

Katanya lagi, "Mana-mana parti yang mendapat sokongan kaum Cina akan memenangi pilihanraya yang akan datang".

"Hakikatnya, dewasa kini, ketiga-tiga parti Melayu sedang cuba untuk 'menyanjung-nyanjung' pengundi Cina.  Jadi, mereka akan menjadi rasis dan akan berkelakuan rasis."

Apa yang telah Mahathir katakan semalam sudah tentu mendapat tempat di antara kenyataan dan komen yang tidak bertanggungjawab, tidak munasabah dan menjadikan impian Wawasan 2020 itu sesuatu yang karut dan juga Konsep Bangsa Malaysia yang telah memberi satu gambaran di mana rakyat Malaysia sebagai "beretika, berintegrasi dan hidup secara harmoni dengan satu sama lain secara saksama" menjelang 2020.

Mahathir telah mengungkitkan tiga isu perkauman dalam permainan barunya.

Pertamanya, adakah benar MCA, Gerakan dan SUPP akan meraih pengundi Cina yang kurang dalam PRU13?  Dan benarkah MCA, Gerakan dan pemimpin SUPP bersetuju dengan kenyataan Mahathir itu?

Keduanya, rakyat Malaysia berbangsa Cina bukanlah "penentu" dan jelas tidak mahupun untuk menjadi "penentu" dalam pilihan raya umum ke-13.

Realitinya adalah secara lojiknya berdasarkan bilangan nombor, kaum Cina tidak akan menjadi "penentu" keputusan pilihan raya.

Dalam apa-apa keadaan pun, apa yang pengundi Cina mahukan adalah kebebasan untuk melaksanakan kewajipan asas seorang warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan supaya dapat menikmati kesaksamaan di tanahair sendiri daripada dipaksa untuk menyebarluaskan kira-kira dua juta warga Malaysia ke luar Negara disebabkan oleh pentadbiran yang korup, polisi-polisi yang tidak adil dan tidak berdemokrasi.

Kebetulan, Diaspora Malaysia tidaklah terbatas oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina tetapi kaum-kaum yang lain juga termasuklah bilangan kaum Melayu yang kian meningkat.

Ketiga, "penentu" yang paling kuat dalam pilihan raya umum ke-13 bukanlah tertakluk kepada pengundi Cina sahaja tetapi kaum Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk bersatu padu dan membawa peralihan kuasa persekutuan secara aman dan tenteram dalam sejarah 54 tahun dalam Negara ini dan mengakhiri jajahan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Semalam, Mahathir telah memaklumkan bahawa pilihanraya yang akan datang adalah berdasarkan isu perkauman.

Inilah apa yang dimahukan oleh Mahathir, pemimpin UMNO dan para strategis yang mahukan pilihanraya umum yang akan datang didalangi isu perkauman agar mereka boleh terus menakut-nakutkan para pengundi.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, status mahupun negeri mesti membuktikan kepada Mahathir bahawa tanggapan beliau, pemimpin UMNO dan para strategis adalah salah sama sekali walaupun Mahathir sendiri telah menolak konsep "Bangsa Malaysia" seperti sindiran terhadap konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri kita sendiri Najib Razak.  Dan rakyat Malaysia kini berpeluang untuk membuktikan yang rakyat Malaysia lebih patriotik sekarang berbanding dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dan akan menyahut seruan Pakatan Rakyat untuk menunaikan kewajipan mengundi sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.

Pilihan raya umum yang akan datang ini bukanlah satu pertempuran di antara kaum Melayu dan bukan Melayu, tetapi di antara golongan rasis yang tetap membahagi-bahagikan rakyat Malaysia berdasarkan kaum berbanding dengan perjuangan warga nasionalis dan warga patriotik Malaysia yang mendahagakan kerajaan yang bersih, kemaslahatan ekonomi, demokrasi, hak asasi manusia dan perpaduan sebagai isu utama dalam pilihanraya umum yang akan datang.
*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

AMK: Kassim Ahmad jadikan Anwar sebagai sasaran kemarahan

Masyarakat di luar sana terutamanya orang Melayu terus disogok dengan kenyataan-kenyataan yang rendah nilai kemanusiaan meskipun kadang-kala ianya datang dari wawancara seseorang yang bergelar intelektual; atau sekurang-kurangnya yang menganggap diri mereka seorang intelek.

Kenyataan terbaru dari seseorang yang kononnya mengaku intelek ini adalah daripada Kassim Ahmad yang menempelak Anwar Ibrahim (gambar kanan) seperti yang diterbitkan dalam Malaysiakini edisi Bahasa Melayu yang dengan jelas menyebut tajuk Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung.

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kenyataan berbaur kebencian ini tidak wajar keluar daripada mulut seorang intelek Melayu, apatah lagi AMK Selangor melihat ini sebagai satu serangan peribadi yang tidak wajar dilakukan oleh Kassim Ahmad kerana siri-siri kegagalan beliau sendiri untuk mendapat sokongan umum dalam setiap perkara yang beliau lakukan.

Kassim Ahmad juga dilaporkan menyebut sering bernada tegas dengan Anwar Ibrahim dan berniat untuk "meludah. menempeleng, memancung dan mengantung" Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Dendam dan tekanan emosi melampau


Angkatan Muda Keadilan Selangor percaya kenyataan seumpama itu hanya akan didengari daripada individu yang mempunyai tingkah laku dan pemikiran penuh dendam dan berbaur emosi.  Kassim Ahmad dalam rungutannya telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengharamkan buku kontroversinya yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula pada 1986.

Kenyataan ini wajar disanggah kerana melihat situasi pada 1986, Anwar Ibrahim bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa; untuk mengharamkan atau sekurang-kurangnya mempengaruhi sebarang tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku tersebut.  Ini jelas satu tuduhan melulu, penuh emosi dan dendam dari seorang penulis yang kecewa dan lara akibat penulisannya yang diharamkan oleh kerajaan.

Memetik ulasan Ahmad Awang iaitu bekas Naib Presiden PAS yang menyebut bahawa Kassim Ahmad pernah diberi peluang untuk berdebat 26 tahun lalu dan tidak ada apa yang perlu didebatkan lagi memandangkan beliau sangat degil untuk mempertahankan hujahnya walaupun dengan jelas ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

AMK Selangor percaya masyarakat Islam Melayu terutamanya boleh mengabaikan kenyataan keras Kassim Ahmad kerana ianya jelas beremosi dan penuh kecelaruan kerana pandangannya tidak diterima oleh umum sejak sekian lama.

Kassim Ahmad seharusnya cermin diri dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya meyakinkan pihak lain untuk menerima ideanya, dan mengambil jalan mudah untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam.

Kemungkinan juga Kassim Ahmad inginkan sesuatu sebagai imbuhan dari kerajaan sesuai dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 20 Jun lalu agar kajian semula pengharaman buku kontroversinya dan menjadikan platform ini untuk menentang Anwar Ibrahim.

Seharusnya Kassim Ahmad selaku ahli akademik dan seorang mantan Presiden sebuah parti politik mempunyai jiwa yang lebih besar dan menerima perbezaan pendapat serta menghormati mana-mana pandangan yang tidak menyebelahinya.  Tetapi agak mengecewakan apabila beliau mengambil jalan pintas untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai sasaran mudah kemarahan beliau.

AMK Selangor percaya Kassim Ahmad perlu belajar menjadi lebih terbuka serta merendah diri dan boleh mengambil Syed Husin Ali sebagai contoh terbaik.  Terimalah kenyataan bahawa dunia masih menghormati dan mengagumi peribadi pemikiran dan sahsiah Anwar Ibrahim, tetapi Kassim Ahmad menghabiskan hujung usianya untuk menjadi alat pihak-pihak berkepentingan dan akhirnya menemui segala usahanya akan berakhir sia-sia.

*Kenyataan media oleh Azmizam Zaman Huri (gambar kiri) selaku Ketua AMK Selangor merangkap Naib Ketua AMK Malaysia.

PKR Buat Laporan Polis Kontrak Projek 1.1 Bilion


PETALING JAYA 29 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1.1 bilion.
Laporan berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Tropicana di Merchant Square,di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurut Rafizi laporan itu dibuat kerana menimbulkan pelbagai kegusaran kerana projek besar dan penting ini dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.
Rafizi juga memberitahu sebelum ini beliau sudah didatangi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membeuat siasatan terhadap pendedahannya sebelum ini.
‘Tetapi laporan polis dibuat kerana lebih percaya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Dagangan yang lebih professional,” katanya.
Jelas Rafizi, beliau akan mendedahkan skandal ini sedikit demi sedikit dari masa kes semasa agar pihak lain juga tampil untuk memberikan ulasan dan bukti berkenaan skandal ini.
“Kita menunggu untuk pihak Perdana Menteri memberikan komen berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sementara itu, Ketua Biro Undang-Undang PKR, Lateffa Koya berkata SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kepadaSPRM kerana suruhanjaya itu mempunyai bidang kuasa yang lebih meluas untuk melaksanakan siasatan.

PELABUR DILINDUNGI,RAKYAT DIANIAYAI

EDISI TIDAK DI EDIT



Gebeng-himpunan anti lynas yang berlangsung selama 24 jam bermula di pelangi beach resot dan berakhir jam 12 tengahari keesokkannya di pintu masuk kawasan perinustian gebeng berjaya menyampaikan mesej jelas rakyat terutamanya masyarakat kuantan kepada kerajaan negeri pahang khasnya dan kerajaan Malaysia umumnnya betapa rakyat menolah kilang memproses nadir bumi yang telah diberikan lesen operasinya.Majlis yang dianjurkan dengan penuh simbolik dengan pameran ,persembahan seni,kebudayaan orang asal ucapan wakil rakyat, dan aktivis ini cukup memberikankesedaran kepada rakyat.
Turut hadir dalam pelancaran yang dianggap besar-besaran ini ialah Yb Azan Ismail,Yb Leong Ngah-Ngah,Yb Syed Mohammad, wakil Ngo,Aktivis hishamuddin Rais, dan wakil dari Raub anti Cynide dan wakil dari Bukit Merah.


 
Dalam usaha msyarakat setempat dan seluruh Malaysia menyatakan rasa kebimbangan yang amat sangat itu, kerajaan didesak agar lebih serius menangani operasi kilang memproses nadir bumi bagi mengelak kesan yang sama yang telah berlaku di Bukit Merah dan kesan kajian ketas penduduk setempat yang berlaku di kawasan perlombongan emas yang menggunakan Cynide.



Usaha ini diambilalih oleh sekumpulan aktivis yang telah melakukan berbagai cara termasuklah kemuncaknya menghimpunkan ribuan aktivs yang bersimpati dengan operasi kilang yang akan  memulakannya setelah kerajaan memberikan kebenaran lesen operasi kepada syarikat dari Australia bagi memproses nadir bumi.



Ucapan pada sebelah paginya dilakukan oleh pengerusi lajnah alam sekitar pas pusat  Sdr zulkefly mohamad Omar wakil pas pusat menjelaskan bahawa pipinan pas pusat dan pakatan rakyat telah menyatakan pendirian tetap menentang operasi lynas malahan kerajaan  cuba memusingkan kenyataan dr che rosli wakil rakyat ulu langat yang menyebut bahawa bukan isu radioaktif yang sebagaimana di katakana kerajaan  yang menyatakan paling selamat dilakukan , malahan dr che rosli sendiri menyatakan bahawa kesan sisa toksik itu perlu di rujuk kepada pakar kesihatan yang dikeluarkan.Malah beliau sendiri menyatakan bahawa itu bukan bidang beliau untuk menilai tahap kesihatan.
 



“Malahan saya menyatakan bahawa pengurusi PSC yang baru-baru ini menimbulkan isu PTPTN, dan kali ini juga beliau yang dipercayai tidak merujuk kepada laporan menyatakan bahawa tidak ada penempatan penduduk sekitar 6  kilometer, sebaliknya  terdapat hampir 60 ribu penempatan di sekitarnya, selain itu juga , beliau belum juga menyatakan kesanggupan dan belum ada pun perjanjian dengan kerajaan Australia yang mahu menerima hasil pemperosesan radio aktif tersebut, kenapa belum ada perjanjian dan baru mahu mengkajinya sedangkan lessen untuk memulakan operasinya telah dibenarkan Syarikat tersebut tersebut dijangka mendapat mendapat keuntugan 8 billion setahun dan kerajaan memberikan lesen bebas cukai selama 12 tahun kepada syarikat terbabit.Jelas telah berlakunya rasuah dan ianya kemungkinan berlaku dan Pakatan Rakyat menegaskan bahawa apa sahaja industri dan pelabur yang mahu menjalankan operasi di Malaysia mestinya tidak harus menerima industri yang berisiko tinggi dan masa depan serta alam sekitar bagi rakyat dan negara serta kawasan ini pula merupakan kawasan pelancongan, malahan kita berjaya menafikan usaha ini di kawasan  Broga yang akhirnya kita telah menang”, jelas beliau lagi.


Ucapan kedua dilakukan oleh Wakil penduduk dan aktivis Bukit Koman iaitu Saudari Chiu yang merayu kepada kerajaan agar memberikan sepenuh perhatian terhadap operasi perlombongan emas sejak sekian lama.di Bukit Koman Raub Pahang yang mana melibatkan perlombongan emas, dan lombong emas telah berpuluh-puluh tahun telah menggunakan bahan kimia iaitu cynide dan beroprasi dengan menggunakan bahan kimia itu sebanyak 1500kg cynide dan tidak meggunakan langkah yang sepatutnya dan kesan sisa toksik ini telah memberikan impak yang besar dan kerajaan sepatutnya menguruskannya dengan lebih cekap dan menjamin kesihatan rakyat sekitar, dan mendapati penduduk yang terdedah dengan bahan ini mengalami kesan lelah,penyakit kulit,kanser dan sukar bernafas.

Wakil dari Bukit merah,Sdr Hua , yang turut menyertai kempen anti lynas telah menjelaskan  kesan dari operasi Asian Rare Earth bersama beberapa penduduk telah menjelaskan bahawa sisa radio aktif yang telah menjejaskan kehidupan penduduk yang bermula pada tahun 1982. dan meyatakan bahawa kesannya terhadap penduduk telah menyebabkan mereka mengambil tindakan menyaman syarikat dari jepun tersebut dan akhirnya telah menyebabkan kilangnya ditutup, namun kesannya terhadap penduduk dan alam sekitar amat menyedihkan.kematian mengejut pekerja seramai 8 orang telah berlaku sekitar tahun 1985, telah menyebabkan penduduk sekitar seramai 80,000 orang menyaman syarikat berkenaan dan akhirnya kilang tersebut menutup operasinya .

“Inilah kemenangan rakyat, namun kesannya juga amat membahayakan rakyat yang berda disekitarnya.jangan jadi seperti Bukit Merah dan Lynas amat merbahaya”  katanya




Menurut sdr Wong Tat dalam sidang media nya adalah untuk menunjukkan dan mendedahkan kesan-kesan yang diterima rakyat sekiranya Lynas dijalankan di kawasan Gebeng dan kesannya tetap berlaku di sekitar Besarah dan balok yang menjadi tempat pelancongan.”Tujuan wakil-wakil ini dibawa ke Gebeng dan pelancaran menentang serta pameran yang dilakukan adalah untuk menunjukkan bukti bahawa, kesannya dan akibatnya tetap dihadapi oleh rakyat sekitarnya”jelas beliau lagi.


.Selepas ucapan dari wakil-wakil penduduk dan aktivis yang memperjuangkan  kesan radio aktif di tempat masing-masing, maka seluruh aktivis bergerak ke tepi pantai memacak dan mempamerkan bantahan melalui banner-banner dan juga symbol kepada operasi lynas dan mengecam tindakan kerajaan terhadap apa yang sedang berlaku di kawasan perindustrian Gebeng.Turut bersama melakukannya ialah YB leng Ngah Ngah ADUN Triang,YB Syed mohammad ADUN Beserah, YB Azan Ismail,Sdr Zulkefly dan aktivis memacak serta mempamerkan papan keranda sebagai tanda simbolik kematian rakyat akibat aktiviti Lynas.





ACARA  SENI DAN UCAPAN WAKIL SEBELAH MALAM


Upacara sebelah malammnya bermula jam 9, apabila wakil dari penduduk setempat dan pengerusi PKR negeri Dato Fauzi Abdul Rahman yang  memulakan ucapan beliau dengan menyatakan bahawa beliau yang berasal dari kuantan, datuk dan neneknya juga bersal dari kuantan dan kini kebimbangan tentang loji memproses nadir bumi ini  sudah sampai ke kemuncaknya apabila kerajaan meluluskan lessen iperasinya.

“Saya anak kuantan, keturunan saya dari Kuantan , apa yang YB fauziah perjuangkan kepada penduduk Kuantan adalah benar, dan kita juga merasakan tidak selamat jika kilang inii beroperasi. Dimana kita akan pergi setelah semua ini berlaku dan kita tinggal disini.Jika kita semua bersatu memilih Pakatan Rakyat, kita telah berjanji untuk menamatlan oeprasi kilang ni dengan apa cara sekali pun demi kesihatan penduduk setempat dan negara seluruhnya.Untung 8 billion hanya dengan 350 peluang pekerjaan tidak seberapa, sedangkan kesannya keatas manusia amat membingkan” demikian ucapan beliau di hadapan 1000 hadirin yang hadir pada seblahmalamnnya.

Selain beliau turut berucap pada malam tersebut ialah wakil dari BERSIH, Wakil dari JOM PANTAU PRU13, dan juga persembahan hiburan.penerangan mengenai tuntutan bersih dilakukan oleh saudara Syed Ibrahim yang juga merupakan wakil GMI.





Persembahan hiburan dan kebudayaan di adakan selepas itu dimana Sdr Nik jidan dengan lagunya ABU asal bukan Umno diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin.beliau berjaya dengan persembahan solo beliau, Turut menyerikan acara malam tersebut ialah Black dan kumpulan serta persembahan kebudayaan orang asal dari Pekan dimana 2 buah lagu disampaikan oleh kumpulan orang asal semai jahut.

Upacara sebelah malamnya diakhiri dengan embakar banner sebagi simbolik kepada hancurnya kilang dan juga kematian bagi Barisan nasional yang menjaga kepentingan pemodal dari menjaga rakyat terbanyak.ianya dilakukan oleh A.samad said,Yg Leng Ngah-ngah dan juga wakil-wakil ngo.


PAGI DI KAWASAN PERINDISTRIAN GEBENG

Jam 9 pagi para penyokong dan aktivis bergerak secara bersendirian dan berkumpulan,lebih 200 orang telah berjaya memasuki kawasan perindustrian Gebeng melalui jalan alternative,namun bagi penduduk luar, jalan utama telah disekat,pihak polis menyoal dan megarahkan berpatah balik.Kumpulan yang berjaya cuba menghampiri  kilang Lynas, namun disekat oleh polis trafik dan di hadapan pintu masuk seperti biasa pihak FRU menunggu.nampak sangat seorlah-olah benteng yang disediakan bagi menyelamatkan dan mempertahankan kilang tersebut beroperasi, dan rakyat berpatah balik, kaum pemodal bermegah hati dengan perkembangan ini.Pihak polis ini bukan sahaja mengawal lalulintas dan mengunakan sepnuhnay anggota bagi mempertahankan lynas dari dihampiri rakyat.Mereka berkhemah disitu sejak malam sebelumnya, seolah-olah loji dan kilang tersebut harus dijaga dengan sesungguhnya dan rakyat adalah hamba kepada kerakusan dan penguasaan kerajaan.

Kumpulan ini kemudiannya beratah semula ke pintu masuk utama kawasan peruindustrian gebeng dan berkumpul disitu.Pintu utama ini juga di sekat pihak polis.Oleh kerana pimpinan utama seperti Mat Sabu,A Samad Said, dan beberapa Yb lainnya disekat, maka tindakan berkumpul di pintu masuk kawasan perindstrian Gebang pun bermula,disini seramai hampir 2000 aktivis berkumpul dan duduk sebagai symbol membantah kehadiran logi pembuangan sisa toksik yang kini berada dibumi Malaysia.

“Kerajaan mungkin senang dengan apa yang berlaku namun kita tetap melawan., kerajaan lebih senang menerima pelaburan dan keuntungan dengan mengadaikan nasib dan kesihatan rakyat di bumi Malaysia ini.Untuk menghentikannya, maka seluruh rakyat harus bersatu tumbangkan Umno” demikian jelas Mat Sabu dalam ucapannya .





Zunar kepada Najib: Kartunis bukan propagandis!

Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1 Malaysia" melalui karya-karya.  Beliau berkata demikian dalam majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni semalam.  Walau pun ia adalah satu gesaan, tetapi sekiranya ia datang dari mulut Perdana Menteri, ia ditafsir sebagai arahan.

Kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah.  Kerana itu Perdana Menteri (gambar kanan) tak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis.  Karya-karya kartun harus dibiarkan berkembang, bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan.  Karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya.

Selain itu, dengan mengajak kartunis menyokong gagasan 1Malaysia, PM mempamerkan sifat hipokrit kerana dalam pemerintahan Najib, kebebasan kartunis paling teruk disekat.  Selain pengalaman saya sendiri yang ditangkap dan buku-buku diharam, semua kartunis-kartunis lain yang berkarya di media-media arus perdana dilarang dari mengkritik kerajaan.  Akta-akta yang menyekat kebebasan kartunis seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta akta Hasutan masih dipertahan PM.

Selain itu, karya-karya kartun juga dilarang dalam kempen PRU akan datang.  Secara gambarannya, ini bererti Najib mengikat tangan dan kaki kartunis dengan akta dan peraturan dan mahukan kartunis menyokong beliau?  Mengenai saranan supaya kartunis menyokong kerajaan menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum melalui karya-karya mereka, ia adalah wajar tetapi pihak yang hendak disokong mesti terlebih dahulu menyuburkan perpaduan kaum.

Perpaduan kaum unjuran Najib adalah satu "wayang" politik kerana beliau ke sana ke mari menjaja "1Malaysia", tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti PERKASA, PEKIDA dan lain-lain.  Kerana itu, 1 Malaysia tidak dilihat lambang perpaduan kaum, sebaliknya adalah lambang rasuah.  Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut.

Kerana itu, kartunis seharusnya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan 1Malaysia, bukan menyokongnya!

*Zunar (gambar kiri) adalah salah seorang kartunis politik di Malaysia.  Beliau pernah ditangkap di bawah Akta Hasutan dan tujuh buku-buku kartun beliau diharam.  Tahun lepas beliau dianugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washington.  Beliau juga mengadakan pameran kartun di Bilbao, Sepanyol dan di London hujung tahun lepas dan awal tahun ini.

NAJIB DIKATAKAN RASUAH LAGI

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta.  Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak (gambar kanan) sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana.  Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.

*Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) ialah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.