Cerita tentang sorang kawan aku ni...

 



Cerita tentang sorang kawan aku ni...


Dia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Dia tak ambil tahu pun soal politik ni. Bukan penyokong PMX. Tak pernah sekali pun aku dengar dia puji PMX.


Dan bukan juga penyokong pembangkang. Senang cerita, dia jarang buka cerita politik. Dunianya cuma tentang keluarga, game dan kerja.


Tapi dia suka layan TikTok. Macam kita tahu, TikTok ni tempat di mana 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Jadi ada juga video walaun hina PMX yang lalu di wallnya.


Entah macamana, dia termasuk dalam satu live ada sorang walaun dari Kedah (aku rasa, sebab dia cakap slang utara). Dia pun layan sekejap.


Tapi apa yang dia nampak, walaun berhujah tanpa fakta langsung. Dia yang bukan orang politik pun naik geram dengar walaun tu merapu.


Esoknya dia cerita dekat aku. Dia rasa kelakar dengar walaun merapu. Lepas tu bila dia cuba komen fakta, terus kena gelar 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻𝗼𝗻 dan 𝗰𝗲𝗽𝗹𝗼𝘀.


Dia tanya aku ceplos tu apa. Punya dia tak tahu hal politik. Walanon tu dia boleh agak la apa dia. Aku pun explain lebih kurang je. Tak penting pun.


Keesokannya, dia masuk lagi live walaun tu. Dia kata macam seronok tengok kebodohan walaun. Hiburan ringan, katanya. Siap dia record lagi.


Tapi malam tu, walaun tu 𝗸𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗯𝗮𝗸. Ada sorang mamat tu join live dia, berikan fakta, walaun tu terus meroyan. Meroyan tahap maksimum.


Meroyan sampai tahap mengaku 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝘂. Dan mamat tu 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝘂. Macam-macam lagi lah yang dia kata. Kawan aku tu kata, dia yang tak ada kena mengena pun jadi marah bila dengar.


Dia tunjuk rakaman tu dekat aku. Aku dengar dalam 2 minit, aku suruh tutup. Tak sanggup aku nak dengar. Bukan marah tapi kesian tengok walaun tu hina diri sendiri.


Aku cakap kat dia, pertama sekali itu 𝙘𝙮𝙗𝙚𝙧 𝙗𝙪𝙡𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜. Kedua, yang dia cakap tu merupakan qazaf kalau ia perkara yang tak benar. Menuduh seorang wanita suci sebagai penzina tu dosa yang amat besar.


Pelaku qazaf ni perlu 𝗱𝗶𝗿𝗼𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 80 𝗸𝗮𝗹𝗶 kalau ikut hukum 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗱, yang PAS perjuangkan sangat dulu. Dulu la. Masa belum kenal Mahiaddin & Azmin.


Kalau dilaksanalah hukum hudud ni, lebai dan walaun akan jadi orang paling ramai kena hukum agaknya.


Yang lebih dahsyat, pelaku qazaf tak boleh jadi saksi untuk 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮. Termasuklah tak boleh nak nikahkan anak perempuan sendiri.


Kalau dia jadi saksi pernikahan, pernikahan tu akan terbatal sebab tak cukup syarat iaitu saksi yang adil. Walaun kata je perjuang Islam tapi hukum pun jahil.


Kawan aku geleng kepala. Dia kata lepas dia tengok live tu terus dia daftar ke 𝗠𝗖𝗠𝗖 dan buat laporan buli siber. Dia punya marah sampai dia sendiri yang buat laporan tu tanpa disuruh.


Itulah lebai dan walaun bodoh. Dia ingat dengan maki hamun macam tu boleh pikat pengundi atas pagar. Hakikatnya dia yang buat pengundi benci PAS.


Aku gelak je. Dah lebih 20 tahun aku dalam politik siber ni. Kena ugut, walaun selongkar profile aku cari gambar keluarga aku, kena hina, semua aku dah lalu. Dan dah lali.


Dia yang tak pernah terlibat dengan politik, rasa pelik ada makhluk berperangai seburuk itu. Aku senyum je la. Malas nak komen lebih. Cuma aku bersyukur Allah tunjukkan sifat sebenar walaun.


Kalau PAS dipinggir oleh pengundi atas pagar, lebih banyak berpunca dari perangai lebai dan walaun sendiri. Bukannya dari orang lain. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: