Kes paling hot 2-3 minggu ni adalah kes anak syurga Bella.


Seperti biasa, Jabatan Netizen Negara memainkan peranan. Ramai yang kritik, beri komen, kecam mengecam. Itu standard la…
Ada juga yang terlajak rajin korek gambar dolu2. Cerita Siti Bainun “menantu tak jadi” DS Zahid Hamidi pun habis keluar. Sampai Kak Long Nurul kena sahkan cerita. Respect betul saya dengan bawang rangers Malaysia 😅
Orang Jawa cakap “the power of people is greater than the people in power”.
Kita harap begitulah. #Justice4Bella ni diangkat sebagai agenda semua. Tanpa ada tangan2 ghaib yang kacau ganggu kes. Dan pendera dihukum sewajarnya.
Itu peranan netizens Malaysia. Mereka boleh kecam dan komen berbakul2. Namun, penggubal dasar aka Menteri kena mainkan peranan pula.
Dalam setiap kes berkepentingan awam, ada benda yang kita perlu perhalusi. Contohnya:
1. Kenapa Rumah Bonda dibenarkan operasi tanpa lesen yang sah sebelum ini? Apa istimewanya Rumah Bonda berbanding rumah pelindungan yang lain?
2. Kenapa selepas kes kematian baby Adam di rumah yang sama pada tahun 2020, Rumah Bonda masih lagi beroperasi?
3. Layakkan Siti Bainun,menjadi penjaga kepada begitu ramai OKU? Bagaimana proses saringan penjaga dibuat?
Dengan episod ini, kita harapkan Menteri kita jadikan pengajaran dalam menggubal polisi baru.
Sebagai contohnya, boleh buat dasar baru. Semua penjaga rumah pelindungan perlu lulus ujian psychometric, untuk melayakkan mereka menjaga kanak2. Nak jaga OKU pula lain ujiannya. Itu yang dibuat di luar negara.
Audit berterusan ke atas premis juga perlu dilakukan. Penjaga pula kena lulus ujian tatacara kewangan. Bukan semua layak menjaga amanah sedemkian. Ini semua boleh dijadikan polisi baru agar kes Bella dan Adam tidak berulang.
Yang paling utama, jangan biar kan rumah pelindungan dijadikan lubuk duit bagi mereka yang suka ambil kesempatan.
Kita harapkan YB Menteri lakukan sesuatu segera. Bukan hanya melawat Bella.
Benda macam ni tak perlu pun tunggu netizens buat kerja…
Salam hormat,
Liyana Marzuki

No comments: