Ada beberapa orang yang membaca artikel saya yang lepas berjudul
“Melihat bayangan
risiko masa depan” merespon dengan penuh keraguan.
Mereka bertanya kepada saya jika perubahan benar-benar boleh
berlaku, ketika melihat bagaimana terpecah-belah dan rosaknya Malaysia hari
ini.
Saya memahami bagaimana terdesaknya kita pada hari ini yang
meraba dalam kegelapan serta penuh ketidaktentuan ini, lebih dari yang lain.
Pastinya kita semua mempunyai bahagian dalam otak kita yang
mampu mentaksir sesebuah keadaan, merasionalisasikannya dan kemudian memilih
untuk ‘bertindak’ atau ‘tidak bertindak’. Otak kita pasti tahu bagaimana untuk
bertindak bagi mengelakkan kita berada dalam keadaan yang mengelirukan ini.
Jika itulah apa yang dialami oleh diri kamu, ini pula kisah
bagaimana saya dapat membantu kamu untuk memahami bagaimana saya dapat berfikir
dan bertindak seperti apa yang saya sudah lakukan.
Lama dahulu, ketika saya diberikan peluang naik pangkat sebagai
pengetua di sebuah sekolah pedalaman hampir 75km jauhnya dari Sandakan (di mana
saya tinggal), gerak hati saya adalah untuk terus menolak tawaran itu. Sebagai
ibu kepada anak perempuan remaja yang sedang menghadapi peperiksaan, pastinya
saya mempunyai tanggungjawab peribadi yang lain.
Suasana sekolah itu juga bukanlah sesuatu yang mendorong saya.
Ia terletak di sebuah perkampungan nelayan yang kecil, usang dan terkesan
akibat salah urus tadbir serta pengabaian.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Namun, ia masih sebuah sekolah ‘gred A’ dengan kemasukan pelajar
yang ramai. Sekolah itu mempunyai asrama pelajar, flat kakitangan,
kuarters artisan, kelas bagi Tingkatan Enam, kelas vokasional, aliran pengajian
agama dan sains, serta pendidikan khas antara lainnya.
Begitu ramai calon sebelum saya sudah pun menolak tawaran itu.
Saya hanyalah seorang daripada begitu ramai calon dalam senarai yang dipangkah
satu persatu oleh Jabatan Pendidikan ketika itu.
Tiada seorang pun yang waras, dengan begitu sedikit pengalaman melibatkan pentadbiran sekolah, akan menerima tawaran yang gila itu. Ia sesuatu yang cukup sukar, dan saya rasa saya tidak mempunyai tenaga atau pengalaman untuk melakukannya. Saya yang begitu keliru ketika itu patutnya boleh saja memilih untuk tidak menerima tawaran itu.
Saya tahu apa yang akan ditanggung jika saya menerima tawaran
itu. Sekolah di Sabah bermula jam 6.45 pagi. Saya wajib bangun jam empat
setengah, keluar rumah jam lima setengah dan memandu sepanjang jalan balak yang
kecil namun cukup sibuk menggunakan lampu besar kereta saya di antara Sandakan
dan Kota Kinabalu.
Menelusuri jalan bengkang-bengkok, melintas lori balak dan
kelapa sawit sepanjang jalan akan menjadi sebahagian dari cabaran saya. Membina
semula sekolah itu, dan paling penting, membinanya semula bermula dari kosong,
adalah cabaran lainnya.
Saya hampir menolak tawaran itu sehinggalah suami saya
mengingatkan saya tentang cita-cita dan tanggungjawab saya sebagai seorang
pendidik. Beliau menyatakan bahawa jika ada seorang yang boleh melakukan
kebaikan untuk sekolah itu, orangnya itu adalah saya.
Apa pun yang akan saya lakukan, jika pun ia hanya sedikit, ia
hanya akan menjadikan sekolah itu bertambah baik, katanya. Tidak kisahlah
berapa banyak sekali pun. Melakukan apa-apa dengan sedikit masih baik dari tiada
langsung.
Bagi anak perempuan saya yang berumur 15 tahun itu pula, suami
saya berkata yang beliau sudah cukup matang dan berdisiplin untuk menguruskan
perkembangan pelajarannya sendiri. Anak saya pastinya tidak mahu saya mengatur
segala-galanya dalam kehidupannya.
Akhirnya, suami saya juga berkata, sebagai seorang ayah kepada
dua anak perempuan, beliau mahu menunjukkan kepada mereka apa yang seorang
perempuan boleh lakukan. Anak perempuan, kata suami saya, memerlukan suri
teladan wanita yang sebegitu.
Saya cukup terkesima dengan pandangan suami saya ketika itu.