Terima ugutan bunuh, Syahredzan buat laporan polis





Peguam Syahredzan Johan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini berhubung ugutan bunuh yang diterimanya menerusi mesej peribadi di laman sosial Facebook, semalam. 
Beliau percaya, ugutan itu adalah reaksi kepada kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung ucapan penceramah kontroversi Zakir Naik yang menimbulkan kemarahan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 
“Saya buat laporan polis kerana saya telah menerima mesej yang pada saya merupakan suatu ugutan bunuh. 
“Saya harap ia hanyalah mesej yang didorong oleh emosi, dan bukannya berniat untuk mengapa-apakan saya, tetapi saya tetap harap pihak berkuasa akan melakukan siasatan,” katanya kepada Roketkini.

Syahredzan Johan turut ditemani Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
Syahredzan yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri menerima mesej ugutan berbunyi: “Kau usir Zakir Naik, aku akan cari kau sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. Ini sumpah kau demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani cubalah.”
Terdahulu, Syahredzan dalam kenyataannya menggesa agar status penduduk tetap (PR) Zakir Naik ditarik balik selepas dia dilihat berterusan mengeluarkan “kenyataan yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum”.
“Pembatalan status PR beliau bukan atas alasan kesalahan-kesalahan penggubahan wang haram yang dihadapinya di India atau dakwaan yang mengaitkannya dengan keganasan, yang kesemuanya belum dibuktikan.
“Tetapi atas sebab kenyataan-kenyataannya yang memprejudiskan ketenteraman awam, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” jelas Syahredzan.
Kenyataan Zakir Naik turut mengundang kritikan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.
“Tiada tempat langsung untuk kenyataan seumpama ini, daripada sesiapa pun, apatah lagi seorang bukan warganegara,” katanya di Twitter semalam.
Bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim pula mengkritik lebih keras dengan meminta agar Zakir “dipulangkan saja ke India” – 

No comments: