Tajuddin patut baiki sektor agro-pertanian, bukan suka-suka ‘lempang’ orang


Ben____nya timbalan menteri. Cakap ikut sedap mulut....sikit punya banyak ka gangster cina kat Malaysia ni...Tak kan tak tau....itu tanggung sendiri la ...ha..ha..ha...dapat kat depa....mampoih la hang Tajuddin oiiiiiiii.....

Syerleena-650x400
KUALA LUMPUR 2 OKT: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman perlu berhenti membuat kenyataan rasis, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menjana ekonomi agro-pertanian.
Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, berkata Tajuddin sepatutnya lebih berwibawa dalam membuat kenyataan balas sesuatu isu dan tahu menghormati hubungan sesama masyarakat.
Beliau berkata, ahli politik memainkan peranan penting dalam masyarakat dan dianggap sebagai wakil rakyat – individu yang mempengaruhi dasar dan membuat keputusan dalam kerajaan.
“Politik untuk orang yang memiliki integriti, bukan untuk individu yang tidak cekap dan lambat membuat keputusan dalam memperbaiki kehidupan rakyat. Ia tentu sekali bukan untuk mereka yang suka-suka mahu lempang orang,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Tajuddin semalam dilapor memberi amaran untuk ‘melempang’ rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar, dipercayai merujuk kehadiran Duta China di Petaling Street baru-baru ini.
Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka. Nak kena lempang macam itu,” katanya dipetik.
Sambil meminta Tajuddin membaiki prestasi kerja, Syerleena berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu membuktikan golongan elit semakin terpisah dari realiti.
Sektor agro-pertanian pernah memacu ekonomi negara tetapi kini hanya menjadi penyumbang kecil iaitu hanya 7.1 peratus Keluaran Negara Kasar (KNK) Malaysia dan cuma mencipta 13.3 peratus peluang pekerjaan daripada 11 juta penduduk.
Kajian menunjukkan 66 peratus pekerja dalam bidang itu sudah lanjut usia sekaligus wujud jurang permintaan besar dari generasi muda sedangkan statistik menunjukkan 161,000 graduan menganggur.
“Saya tegaskan sekali lagi, itulah cabaran kementerian itu terutama timbalan menteri untuk cuba mengatasi masalah sedia ada dan ia perlu mendapat keutamaan,” kata Syerleena. – Roketkini.com