Kos pengurusan naik bukti Najib abai pembangunan pinggir bandar




Kos pengurusan naik bukti Najib abai pembangunan pinggir bandar

pedalaman sabah
KUALA LUMPUR 24 OKT: Jumlah kos pengurusan pada pembentangan Bajet 2016 berbanding peruntukan pembangunan membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminggirkan kawasan pedalaman mahupun pinggir bandar.
Apatah lagi, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin yang juga Pengerusi DAP Sabah itu, berkata kos pengurusan meningkat kepada RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion pada Belanjawan 2015.
Menyatakan sebanyak 80.5 peratus daripada keseluruhan bajet diperuntuk kepada belanja pengurusan, beliau berkata, ia menunjukkan peningkatan RM8.2 bilion berbanding Belanjawan 2015.
jimmy wong2“Hanya 9.5 peratus sahaja untuk pembangunan. Bermakna RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan hanya RM52 bilion sahaja bagi pembangunan. Kos pengurusan terlalu tinggi.
“Kerajaan sekali lagi gagal memahami aspirasi rakyat untuk pembangunan yang lebih mapan terutama di kawasan pedalaman mahupun pinggir bandar,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Jimmy berkata, belanja pengurusan yang tinggi itu menunjukkan kos operasi dalam negara mengalami peningkatan dan ia dapat dimanifestasi melalui peningkatan harga barangan atau perkhidmatan.
“Peningkatan harga barangan atau perkhidmatan juga dipengaruhi kelemahan pengurusan ekonomi negara akibat ketirisan dan rasuah.
Beliau bercaya kos pengurusan boleh dikurangkan dan dialih kepada pembangunan jika kerajaan komited mencegah rasuah dengan memastikan segala perbelanjaan diurus mengikut prosedur dan telus.
“Soalnya, adakah kerajaan komited mencegah rasuah sedangkan isu ‘derma’ RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri dan skandal 1MDB menunjukkan mereka kurang berminat untuk menyelesaikannya.” kata beliau.

No comments: