Kalah pemilihan PKR, peluang terbaik singkir Khalid, kata Utusan Malaysia

Kalah pemilihan PKR, peluang terbaik singkir Khalid, kata Utusan Malaysia

Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jaatan ketua cabang PKR Kuala Selangor adalah masa terbaik untuk menolaknya daripada jawatan menteri besar, lapor Utusan Malaysia. Gambar fail The Malaysian Insider.Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jaatan ketua cabang PKR Kuala Selangor adalah masa terbaik untuk menolaknya daripada jawatan menteri besar, lapor Utusan Malaysia. Gambar fail The Malaysian Insider.























Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor merupakan masa terbaik kepada musuhnya dalam parti mendesak menteri Besar Selangor itu untuk berundur, lapor Utusan Malaysia.

Suara sekumpulan pengarang dengan nama Awang Selamat itu berkata desakan Khalid untuk berundur bertambah kuat apabila beliau tidak lagi mampu untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR mengalahkan Mohamed Azmin Ali.

"Lebih menarik untuk diketahui selepas ini ialah nasib Khalid. Dengan kekalahan di cabang Kuala Selangor, kedudukan beliau sebagai menteri besar cukup tergugat.

"Ini adalah kesempatan terbaik bagi musuh-musuhnya dalam PKR meningkatkan tekanan supaya beliau berundur. Khalid juga sudah hampir pasti tidak dapat menyaingi Azmin yang kini mendahului dengan selesa," katanya menerusi akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
  Semalam, Khalid mendakwa tiada keperluan bagi dirinya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor walaupun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR.
Katanya, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Utusan Malaysia mendakwa kekalahan Khalid dalam pemilihan PKR bukan satu-satunya sumber desakan untuk beliau berundur tetapi pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
"Lebih memburukkan, pemimpin DAP antaranya Jeff Ooi dan PAS Selangor khususnya Khalid Samad mahukan seorang menteri besar baru di negeri itu.

"Bersediakah Khalid menyerah kalah begitu sahaja atau bangkit mengejutkan semua?" katanya.
Awang Selamat berkata kekalahan Khalid dalam pemilihan PKR sukar dipercayai kerana kapasitinya sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, adalah sesuatu yang aneh Khalid menang kiraan undi sebagai timbalan presiden di cabang Kuala Selangor tetapi tewas kepada S Manikavasagam sebagai ketua cabang.
"Bagaikan tidak percaya, seorang bergelar menteri besar boleh tewas kepada calon bukan pilihan, Manikavasagam bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

"Mungkin benar cakap-cakap dalam PKR, memang ada gerakan tersusun untuk menjatuhkan Khalid," katanya menerusi artikel yang bertajuk ‘Nasib Khalid’.

Khalid pada Khamis ditewaskan pencabarnya Manikavasagam dalam perebutan ketua cabang PKR Kuala Selangor.

Manikavasagam mendapat 701 undi manakala Khalid dengan 515 undi. – 29 Jun, 2014.




No comments: