Diperangkap isu bendera & bontot

E-mel Print PDF
Sepatutnya pihak penganjur lebih pro-aktif dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan provokasi yang dirancang untuk memburukkan keadaan. Kita percaya usaha mengibarkan bendera 'sang saka' yang menyerupai bendera Indonesia dan Singapura itu adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu.untuk memberikan gambaran dan publisiti buruk terhadap penganjur Janji Merdeka. 

Pihak berkuasa khususnya PDRM telah 'memberikan layanan baik' terhadap peserta Janji Merdeka kerana 'kes' PDRM sedang dalam siasatan Suhakam. Jadi, sesuatu tindakan yang berbeza perlu dilakukan bagi memberikan gambaran buruk terhadap perhimpunan Janji Merdeka. 

Begitu juga insiden 'menunjuk bontot' kepada gambar-gambar Najib, Rosmah dan 'sengaja' meletakkan sehelai T-Shirt' Janji Merdeka' agar ia dapat dijadikan 'bukti' bahawa penganjur 'Janji Merdeka' terlibat dalam insiden yang tidak bertamadun dan memalukan itu.

Nampak sangat, tindakan pemuda berkenaan adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak tertentu kerana isu-isu sensitif sebegini amat mudah 'ditelan dan dihadam' oleh masyarakat kampung dan golongan tua di rancangan-rancangan Felda. Apa yang mereka tengok terpampang di dada-dada akhbar dan layar televisyen, itulah yang mereka terima dan cop sebagai tindakan liar pihak pembangkang.
Pihak penganjur sepatutnya segera mengenalpasti individu yang terlibat, merakam segala aksi mereka dan segera mengeluarkan kenyataan menolak sebarang hubungan dengan kumpulan atau individu berkaitan. Jangan menunggu pihak-pihak yang menentang Janji Merdeka atau Pakatan Rakyat untuk mengeluarkan kenyataan, barulah pihak penganjur bersuara untuk menafikannya.

Kita cepat lupa mengenai insiden kereta peronda PDRM melanggar peserta himpunan Bersih 3.0 di mana gambaran peserta menterbalikkan kereta peronda untuk mempastikan tiada sesiapa yang terperangkap di bawah kereta, telah dijadikan bahan tuduhan mengatakan peserta Bersih 3.0 bertindak liar!

Persenda ‘Jalur Gemilang’ tindakan biadap

September 01, 2012

KUALA LUMPUR, 1 September — Tindakan sesetengah individu yang membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang sewaktu Himpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka padfa malam ambang Kemerdekaan telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak dan tindakan itu juga turut disifatkan sebagai biadap.

Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, beberapa individu dan organisasi menyuarakan rasa kecewa dan marah dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membawa bendera seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia itu ketika perhimpunan tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyelar tindakan individu terbabit dan mempersoalkannya sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

"Apa perlu kita ubah bendera? Apa niat yang cuba disampaikan? Kita selesa dengan apa yang kita ada dan membuat bendera bukanlah perkara mudah kerana ada rasional disebaliknya.

"Apakah kita ingin mentafsir semula negara? Itu tidak betul. Mereka tidak menghormati Jalur Gemilang. Ini gambaran sikap pembangkang yang ingin ubah semuanya? soalnya.

Sementara itu, sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa, Wira Perkasa menyelar kumpulan berkenaan dan menganggap mereka tidak menghormati raja-raja Melayu.

"Wira Perkasa memandang serius perkara ini, kami menganggap pihak itu tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu.

"Sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab ini kebudak-budakan. Apakah tujuan sebenar mereka? Adakah mahu negara ini menjadi republik?" soal Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Sementara itu, Tokoh Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hasan melihat tindakan itu sebagai kurang ajar, dan perbezaan fahaman politik tidak seharusnya mengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.

"Demokrasi memerlukan rakyatnya matang menggunakan hak berfikir untuk melakukan sesuatu. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnyamengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.

"Amat melampau dan kurang ajar pihak yang bersungguh-sungguh mahu menukar Jalur Gemilang kepada bendera lain seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau turut menegaskan sikap kumpulan terbabit menyemai rasa benci kepada negara amat menjijikkan dan ia merupakan perbuatan yang memalukan untuk diangkat sebagai warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang menegaskan mereka tidak memberi sebarang arahan untuk membawa bendera lain untuk menggantikan Jalur Gemilang bagi menimbulkan provokasi.

"Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan sekumpulan remaja di Dataran Merdeka kelmarin.

"Oleh kerana ramai yang hadir untuk menyambut merdeka, saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya.

"Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian kerana kita perlu hormat Hari Kemerdekaan," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap himpunan Hari Kemerdekaan dan Gabungan Janji yang berlangsung secara aman kelmarin.

"Saya tidak tahu tentang bendera ini walaupun saya hadir, namun saya berpendapat kemungkinan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mahu mencetuskan spekulasi.

"Saya harap semua pihak tidak merosakkan suasana sambutan Kemerdekaan dengan spekulasi isu bendera ini," katanya lagi.

Oleh Mohd Farhan Darwis - Malaysian Insider

(LM 02092012-1)  Diperangkap isu bendera & bontot

No comments: