Jawatan JUSA TURUS Dirombak Semula!! Tarikan Kepada Pakar-Pakar Dari Sektor Swasta?

Jawatan JUSA TURUS Dirombak Semula!! Tarikan Kepada Pakar-Pakar Dari Sektor Swasta?

jawatan jusa turus Jawatan JUSA TURUS Dirombak Semula!! Tarikan Kepada Pakar Pakar Dari Sektor Swasta?

Melihatkan cadangan jawatan JUSA TURUS akan dirombak, kami dapat rasakan cadangan ini datangnya daripada PEMANDU. PEMANDU ini pun “bijak”, mereka pergi ke setiap kementerian dan minta kementerian buat pembentangan, dan terus bawa balik. Makeup sikit-sikit slide, terus jadi mereka punya idea. Akhirnya, kementerian melopong….

Jawatan Jusa TURUS Dirombak : Menjangkaui Kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN)?

Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA TURUS akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian. Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum. Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA). Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.

Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu. Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut. Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut. Sumber : Utusan Malaysia

Sebenarnya sebelum ini pun, memang dah ada usaha bawa beberapa orang dari sektor swasta pegang GLS, tetapi ada di antara mereka tak sampai berapa bulan dah cabut lari. Sebab? Tak tahan dengan campurtangan “geng-geng atasan”. Ehem….

Cuma persoalan yang bermain di fikiran kami sekarang ini, adakah kelompok yang “benar-benar pakar” dari sektor swasta berminat nak serta perkhimatan awam?

  • Melihatkan kepada tawaran gaji di sektor awam berbanding sektor swasta
  • Budaya kerja di sektor kerajaan sekarang ini
  • Mampu menahan perbezaan ideologi golongan atasan
Siapa yang kerja kerajaan lebih tahu, bagaimana situasi yang berlaku sebenarnya. Tetapi apabila difikirkan semula, ada baiknya dan bagus juga cadangan ini bagi kami. Kami nak lihat sendiri berapa ramai & berapa lama yang “mampu bertahan” kelompok-kelompok swasta yang akan berkerja dengan kerajaan. Yang boleh tahan biroksasi dalam pentadbiran apatah lagi campurtangan “orang atasan”.

Kalau ikutkan gaji JUSA ini tidaklah banyak mana, mereka “lebih” di bahagian elaun sahaja. Okey, kami berikan contoh :
  • Jawatan : Medical Officer Gred JUSA B
  • Gaji : RM8,000 ++
  • Elaun : RM14,000 ++ elaun RM 14 ribu lebih
  • Pendapatan Bulanan : RM22,000 +++
  • Tetapi jikalau pencen, dapat 60% daripada gaji basic. Pencen sekitar RM4,000-RM5,000 sahaja
Secara hierarkinya, untuk jawatan JUSA ada :
  • JUSA A (paling tinggi)
  • JUSA B
  • JUSA C
Manakala untuk TURUS pula ada :
  • TURUS 1 (paling tinggi)
  • TURUS 2
  • TURUS 3 (lebih tinggi daripada JUSA A)

Kalau yang muda-muda nak mengharapkan jawatan-jawatan seperti di atas, lupakan sahaja. Dalam sektor kerajaan kenaikan pangkat mengikut seniority, bukan kebolehan. Walaubagaimanapun, kami optimis nak lihat dahulu hasilnya bagaimana selepas dilaksanakan nanti. Harap-harap membawa kebaikan kepada perkhidmatan awam.

P/S : Bagaimana dengan pendapat anda dengan cadangan rombakan jawatan JUSA TURUS ini?

No comments: