TAHUKAH ANDA KENAPA KERAJAAN PH TIDAK MENYEKAT PELANCONG DARI CHINA?




Begitu ramai yang menyalahkan pentadbiran kerajaan PH kerana gagal menyekat kemasukan pelancong dari China.

Ramai yang hanya berhujah dengan fakta separuh masak tanpa memahami keutamaan-keutamaan yang perlu diambil kira sebelum sesuatu langkah diambil.

Disini saya gariskan beberapa perkara yang menjadi sebab utama mengapa pelancong China tidak disekat dari awal.

Bagi menghalang mana-mana warga asing daripada memasuki Malaysia atas sebab wabak, penyakit itu perlu diisytihar sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) terlebih dahulu oleh World Health Organisation (WHO).

WHO hanya mengistiharkan Covid-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020.

Namun WHO tidak meminta supaya negara menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara China.

Walaubagaimana pun kerajaan telah mengambil beberapa langkah perlu dan sesuai ketika itu bagi mengurangkan kemasukan pelancong asing warga China.

Negara China sendiri telah menyekat penerbangan antarabangsa komersil keluar atau masuk ke Wuhan dan Hubei. Mereka juga tidak membenarkan pakej pelancongan secara berkumpulan bagi warganya ke luar negara sejak 23 Januari lalu.

Malaysia pula mengambil langkah penggantungan visa ke atas semua warganegara China yang berasal dari wilayah Wuhan dan Hubei, yang merupakan pusat penyebaran wabak virus berkenaan.

Sekatan perjalanan kemudian dilanjutkan ke dua wilayah lagi iaitu Zhejiang dan Jiangsu pada 9 Feb.

Semua pintu masuk negara memperketatkan kawalan kemasukan dengan semua langkah-langkah yang perlu termasuk kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang baru tiba.

TAHUKAH ANDA!!! Sehingga 24 Februari dengan semua kaedah dan pentadbiran yang cekap dan tersusun dibawah kawalan kerajaan PH kes Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 20 kes.

Manakala dua lagi pesakit masih menerima rawatan di Hospital menjadikan jumlah keseluruhan hanyalah 22 kes.

Kredit to Dr. Wan Azizah dan Dr. Dzulkefly Ahmad. Terima kasih juga kepada semua petugas yang bertungkus lumus bekerja bagi menangani penularan wabak ini.

Kemudian..... Apa berlaku.....

Pengkhianatan mereka yang tamakkan kuasa pon bermula maka PH hilang kuasa pentadbiran sekaligus hilang kuasa kawalan keatas wabak Covid-19.

Cerita selanjutnya, tak perlulah saya ceritakan. Anda nilaikan.


No comments: