CONTOH RESIT BAGI YANG GUNA FLEETCARD
Man Toba.
*SUBSIDI DIESEL*
📝Ini contoh resit bagi kenderaan yang menggunakan *fleet card*
Tiada alasan untuk syarikat nak naikkan harga barang..sebab dapat fleet card SUBSIDI BERSASAR Diesel..
Jika berlaku kenaikan harga, hampir pasti peniaga yang naikkan harga tu ialah:
1. TIADA Fleet Card.
2. TIDAK berdaftar @ berniaga secara haram.
3. Perniagaan milik warga asing.
4. Perniagaan walaun yang ambil kesempatan nak burukkan kerajaan.
Simple nak faham, kan?
KO BODO MATEMATIK YA SOLIDSITOR.... KEMAIN DALAM X KALAH DAN HIKANG JAWATAN DALAM KERAJAAN PN... MEROYAN..
Zainuddin Omar
Itu pentingnya matapelajaran Matematiks.
Kira betul-betul.
Tambahan RM184 sahaja setelah tolak RM200, bukan RM872
Ahaks Aloha.
DAH DEMO TAK PANDAI PILIH BARE...
Che Ibrahim
Van/bas sekolah antara kenderaan awam yang layak mendapat subsidi diesel melalui "fleetcard" @ MySubsidi Diesel (spt resit pembelian di sebelah).
Dah demo tak minta, Salah sapa???
p/s diesel euro ni dulu lagi takdak subsidi dah, memang harga dia mahal.
PMX SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT AZLEW SENARIO
Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi hari ini telah mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon, Azlee Jaafar.
Beliau sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.
Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga.
Mendoakan semoga saudara Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
JKOM MUNGKIN MASIH LENA. BILA NAK MUNCUL MEMBELA KERAJAAN MADANI? WOIIII.... YA AMPUSALLAM.
PMX MAKIN BANYAK CEDERA, TAPI BILA LAGI JKOM NAK TAMPIL MEMBELA?
Sebagaimana bumi kebelakangan ini lebih kerap ditimpa hujan sehingga pokok pun banyak yang tumbang, iklim politik negara juga akhir-akhir ini sentiasa dibadai isu silih berganti tanpa henti.
Antara isu yang memanaskan atmosfera politik negara kebelakangan ini ialah pencen penjawat awam, tahanan rumah Najib Razak, penjualan saham MAHB kepada Blackrock, suami menteri dapat kontrak dengan Kerajaan Selangor dan yang terbaru, penghapusan subsidi diesel yang membuatkan ramai melompat kerananya.
Dalam semua isu itu, selain kerajaan dihenyak daripada pelbagai sudut, tentu sekali ia turut membuatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim paling banyak terkena kesan tembakan.
Tetapi, amat malang sekali dalam berhadapan semua itu itu, Anwar seolah-olah bersendirian membela dirinya sendiri.
Sementara jentera komunikasi kerajaan dibawah Fahmi Fadzil dilihat tidak berfungsi, manakala media-media danaan pro kerajaan yang sepatutnya lebih ke depan pula asyik goyang kaki dengan terus seronok memaparkan berita-berita “copy paste” daripada portal-portal ternama atau memuatkan tulisan popular yang viral di media sosial, lebih malang lagi kerana agensi khusus untuk membela kerajaan seperti Jkom juga lamgsung tak berbunyi apa-apa.
Keadaan itu membuatkan ada yang bertanya, masih hidup lagikah Jkom sekarang ini?
Sejak Khairuddin Othman dilantik mengetuai Jkom pada 1 Mac lalu bagi menggantikan Dr Agus Yusof, peranan agensi tersebut dalam mempertahankan kerajaan bukannya bertambah baik, tetapi semakin hilang daripada radar.
Sekurang-kurangnya Dr Agus dulu kerap juga muncul di media dan sesekali menulis di laman sosialnya, sehinggalah beliau kemudian lenyap terus berikutan tercetusnya skandal A&W yang menggemparkan negara.
Kharuddin selaku Ketua Ketua Pengarah Jkom, selain tak pernah bercakap atau muncul di mana-mana media, beliau juga langsung tidak aktif di media sosial.
Semakan di Facebooknya mendapati kali terakhir ia di-update pada November 2022, manakala di Twitter (kini X) ialah pada 2019.
Nak kata ada program-program tertentu dilaksanakan Jkom di mana-mana, tidak pula ada kedengaran sebarang hebahannya, bahkan laman sosial agensi tersebut sendiri didapati turut tidak aktif.
Dalam pada itu, cuba-cuba juga mencari melalui google kalau-kalau Ketua Pengarah Jkom itu didapati ada pergi ke mana-mana program, pergi kenduri atau makan-makan dengan kawan-kawan misalnya, malangnya apa kesan pun tak ditemui.
Jadi, Ketua Pengarah Jkom ini buat apa?
Apa kerja yang dilakukan beliau untuk menggerakkan Jkom dalam berhadap isu demi isu dalam negara?
Takkan jadi ketua agensi seperti Jkom duduk bersembunyi di pejabat saja?
Bukankah dalam Jkom sendiri, ada unit media sosialnya sendiri?
Zaman media sosial dan ada media sosial tapi tak bersosial…habis, nak jadi apa?
Kerajaan madani ini sudah terbentuk hampir dua tahun dan setelah lebih setahun ia membazir masa dan wang ketika direrajui Dr Agus, nampaknya malang menimpa sekali lagi ketika ia di bawah kepimpinan Khairuddin ini.
Sampai bila Jkom nak senyap begini?
Sedemikian itu, untuk kebaikan Anwar dan kerajaan madani itu sendiri, adalah dicadangkan agar kontrak lantikan Ketua Pengarah Jkom selepas ini tidak lagi dibuat untuk tempoh dua tahun sebagaimana biasa.
Lantikan harus dibuat secara bulan ke bulan dan sekiranya gagal berfungsi, kontrak hendaklah ditamatkan dengan serta-merta.
Baru padan muka!!
Kontrak lantikan Khairuddin ini patut juga disemak semula dengan kadar segera, kalau tidak, macam bayar gaji buta saja, walhal Anwar selaku Perdana Menteri makin kerap ditembak cedera tanpa dibela. – ShahbudinHusin11Jun2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/06/11/pmx-makin-banyak-cedera-tapi-sampai-bila-jkom-nak-diam-diri-tak-berbunyi-apa-apa.html
KOMITMENT DAN KEBERANIAN PM
Rasionalisasi Subsidi
MSO
Anwar Ibrahim kata perdana menteri sebelum ini juga ingin marasionalisasikan subsidi, tetapi tidak ada keberanian untuk melaksanakannya, kerana tindakan itu tidak popular dan bimbang undi akan lari.
Berbeza dengannya, walaupun dimaki berbakul demi untuk kesejahtraan negara dan berlaku adil serta memberi sesuatu kepada yang lebih berhak, beliau sanggup melakukannya.
Inilah itizam dan keberanian yang ada kepada Anwar, tetapi tidak ada kepada PM sebelum ini yang hanya berani mengkritik tetapi tidak sanggup bertindak. Disamping penuh dengan retorik Anwar melaksanakan jua sesuatu yang dikira melawan arus.
Kritikan dan maki hamun penyasaran subsidi diesel ini hanya sementara sahaja, biaslah sebelum hari terang benderang dan menzahirkan suasana damai, hujan akan turun sebelum itu ribut dan petir akan membedal.
Saya yakin selepas kesan positif dapat dilihat rasionalisasi subsidi ini akan diterima perlahan-lahan dan orang ramai akan dapat lihat akan rasional tindakan PM dan kerajaan Madani dengan apa dilakukan. Keadaan ini seperti buah bacang yang mula nak menggugurkan buah masak yang elok, ia akan membuang buruk terlebih dahulu.
Buat sementara, kerajaan Madani perlu bersabar menghadapi kritikan dan hentaman pihak pembangkang, dan kritikan dan fitnah berhubung penyasaran subsidi desel ini akan lebih kecam lagi sepanjang pilihan raya Sungai Bakap nanti.
Tugas seluruh pertugas kerajaan Madani khasnya membabitkan dengan kerja propaganda, publisiti dan menangis serangan lawan hendaklah lebih aktif dan efisen lagi, bukan sekadar menonton dan mengeluh tanpa berbuat sesuatu. Trims.
Langkah Subsidi Bersasar: Keberanian Mengambil Tindakan Tidak Popular Untuk Mengatasi Cabaran Ekonomi
✍️ Saiful Nizam
Saiful Nizam
Maka bergempitalah para un dan angkatan lipas bersekutu apabila subsidi diesel tidak lagi diberikan secara blanket kepada semua. Mereka seolahnya gagal hadam, gagal faham isu sebenar.
Antara masalah utama dalam isu subsidi minyak adalah ketirisan diesel yang berlaku akibat penyeludupan. Ini adalah perkara yang merugikan negara kerana sebahagian besar subsidi sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia jatuh ke tangan penyeludup dan rakyat negara luar. Oleh itu, kita perlu memahami beberapa perkara penting mengenai langkah subsidi bersasar ini.
Pertama, kerajaan bukanlah pihak yang menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran global dan kerajaan tidak mempunyai kawalan langsung ke atasnya. Apa yang kerajaan cuba lakukan adalah memastikan subsidi yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, bukan kepada mereka yang mengambil kesempatan.
Kedua, kerajaan tidak menarik balik subsidi. Sebaliknya, kerajaan hanya menukar cara pemberian subsidi ini supaya lebih bersasar dan berkesan. Dengan kata lain, subsidi akan diberikan kepada golongan yang layak sahaja, bukan secara menyeluruh seperti sebelum ini yang menyebabkan banyak ketirisan.
Ketirisan ini berpunca daripada penyeludupan diesel yang berleluasa. Apabila subsidi diberikan secara menyeluruh, penyeludup mudah mengambil kesempatan dengan menjual diesel bersubsidi ke negara luar, menyebabkan kerugian besar kepada negara.
Jika kita tidak menyokong subsidi bersasar yang diberikan kepada rakyat, kita secara tidak langsung menyokong subsidi yang diberikan kepada penyeludup dan rakyat negara luar. Adakah kita mahu menjadi pembela kepada penyeludup dan orang asing yang mengambil kesempatan ke atas subsidi negara kita?
Langkah subsidi bersasar ini disokong oleh pelbagai pemimpin negara sebelum ini termasuk Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri. Mereka juga berpendapat bahawa negara memerlukan pendekatan subsidi yang lebih bersasar untuk memastikan keberkesanan dan keadilan dalam pemberian subsidi.
Namun, apa yang diperlukan sekarang adalah keberanian untuk melaksanakan perubahan ini, seperti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim bersama kerajaan perpaduan.
Kesimpulannya, subsidi bersasar adalah langkah yang diperlukan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan untuk mengurangkan ketirisan akibat penyeludupan. Dengan langkah ini, kita dapat mengawal penggunaan sumber negara dengan lebih efisien dan memastikan keadilan dalam pemberian subsidi.
#RakyatBijak #KekalPerpaduan
KITA KEHILANGAN BERBILLION AKIBAT OENYELUDUPAN MINYAK...
Zamri Zainal Abidin
Apabila Kerajaan Madani menyusun semula subsidi bahanapi untuk mengekang ketirisan ramai yang sinis. Kononnya alasan amat lemah.
Lemah tak lemah, sedar atau tidak, negara kehilangan berbelas bilion RM setahun akibat ketirisan diesel sahaja.
RM 14.3 billion, apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak ini setahun? Cuba fikir-fikirkan.
DIA SIBUK JADI DOKTOR..ALMAKLUM LAH ...JADI DIA TAK SWMPAT DAPAT DAN KAJI MAKLUMAT.,..BUKAN SEMUA DOKTOR BIJAK DALAM SEMUA BIDANG.
Doktor ni ramai juga pengikut di fb. Tengok ni beliau menganjingkan DSAI pasal isu penyasaran diesel. Berapa ramai yang like.
DULU SELUDUP MINYAK, SEKARANG KENA BAWA GRAB.
Harakatdaily
Rakyat kecewa hilang mata pencarian akibat polisi subsidi bersasar bermula hari ini.
“Dulu kerja jual diesel saja, sekarang terpaksa bawa Grab,” ujarnya muram.
SEMASA MENJADI PM. TAK DILAKSANAKAN WALAU ADA BERCAMAP. DEMI KELANGSUNGAN POLITIK..
Che Ibrahim.
SUBSIDI DIESEL BERSASAR
Besar manfaatnya untuk negara, namun akan ada golongan terkesan kerananya terutama golongan kaya yang masih menagih bantuan/subsidi dari kerajaan, namun pulangannya untuk rakyat lebih besar dari kesan negatifnya kepada golongan tertentu.
Apa pun masih ada lompang dan tempang yang perlu ditambahbaik terutama untuk pesawah dan peniaga kecil.
DIA TIADA KEBERANIAN MELAKSANAKANNYA.
Mohd Norazlan
Waktu jadi PM, Muhyiddin pun setuju cuma tiada keberanian dan tekad untuk mendepani kemarahan sebahagian rakyat.
MAMAT KAYA NI PERSOALKAN DIA TAK DAPAT SUBSIDI... JOM KITA BACA KOMEN KENA BANTAI.
Ihsan Zainal
Anggaran bulanan diesel saya guna 769L.. kalau sebelum ni RM2.15 seliter saya kene sekitar RM1653.. lepas ni kalau RM3.35 x 769 akan jd RM2576.00 sedangkan kalau BUDI lulus pun.. baru dapat balik RM200..
Masalah tak lulus 😂
Beza dekat RM1K.. siapa saya nak claim? Dengan client ke.. huhu
Dan kita kena faham, bukan disetiap peringkat logistik pihak pengilang/petani/penternak mempunyai kelulusan mendapatkan subsidi ni try apply tengok dgn kpdn 1 dokumen takde pun tak layak mohon, ni belum termasuk pemborong/pengedar, dan seterusnya peruncit atau peniaga kecil.. yang guna 4x4 masuk kampung2, laluan sempit, offroad.. mereka ni tak dapat pun subsidi.. tengok je siapa yang beratur malam ni stesyen minyak..
SYABAS RAFIZI AJAK" BUDAK SANUSI" DEBAT.
SYABAS RAFIZI
Malam tadi Rafizi cabar seorang yang hadir di majlis peluncuran jentera pilihan raya PH agar naik ke pentas untuk bersoal jawab dengannya berhubung isu pensasaran subsisi disel.
Dengan menggelarkan oknum berkenaan sebagai budak Sanusi, Rafizi cabar naik ke pentas untuk bersoal jawab dan beliau ingin jelaskan kemusykilan lelaki yang dianggap budak Sanusi itu. Kurang jelas kenapa sampai kena cabar mungkin oknum berkenaan mengejek ucapan Rafuzu kok?
Rafizi memberi penjelasan kenapa dulu diumumkan hendak turun harga petrol kerana nilai subsidi ketika itu hanya RM 3 billion tetapi hari ini nilai susidi sudah cecah RM80 billion daripada lebih RM200 billion badjet, ia terlalu banyak sehinggakan wang itu tidak boleh untuk digunakan untuk pembangunan lain seperti pendidikan.
Subsidi itu pula dinikmati oleh orang yang sedia kaya raya, bukan rakyat marhaein.
Ramai orang pertikai dan cuba menempelak Rafizi dan juga Anwar berhubung harga petrol dan subsidi, tetapi tidak memahami realiti sebenar mengenai masalah kewangan negara dan salahguna pemberian subsidi. Inilah masalah kerajaan hari ini terpaksa berdepan dengan orang yang buta perut dan dangkal mengenai ekonomi. Yang buta itu bukan sahaja budak hamprak jadi "penarik tali beruk poembangkang," ada juga wakil rakyat, ahli parlimen yang buta dan cetek mengenai perekonomian.
Syabas kepada Rafizi yang mencabar lelaki berkenaan dan ajak bersoal jawab atas pentas. Sikap pemimpin berani cincang dan berani pikul sebeginilah yang kita ingini. Jangan main sembarangan dengan Rafizi kalau tak cukup persediaan, nanti sakit boleh malu pun boleh. Trims.
KAYA BAYAR LA...
Golongan kaya @ T 20 ke atas, narak ke belanja minyak pun lebih tinggi dari gaji minina, memang patut mereka beli diesel dengan harga sebenar, bukan harga subsidi.
KETEGANGAN DI LCS: PERLU PENDEKATAN DIPLOMATIK AGRESIF

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Hotel Shangri La, Bangkok pada 9 Februari 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pic
Ketegangan di LCS: Perlu pendekatan diplomatik agr, 2024
Malaysia yang bakal memegang kepengerusian ASEAN pada tahun depan mahu penglibatan diplomatik lebih agresif dalam menyelesaikan ketegangan melibatkan kawasan perairan wilayah antara China dan Filipina di Laut China Selatan (LCS).
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr telah berhubung dengan beliau mengenai perkara itu dan Malaysia akan meneruskan penglibatan aktifnya dalam kerangka kerja ASEAN.
“Pada peringkat ini, saya memahami kebimbangan Bongbong Marcos dalam banyak perbincangan dengannya. Pandangan peribadi saya ialah kita (Malaysia) mengambil cara yang lebih agresif untuk melibatkan diri secara diplomatik dan kita agak berjaya dalam perkara itu.
“Ini kerana ada beberapa isu yang sangat serius juga dengan Malaysia, tetapi kami secara relatifnya lebih berjaya dalam hal itu kerana kami dianggap dan kelihatan benar-benar neutral dalam perbincangan itu,” katanya dipetik pada persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-37 (APR) di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang perwakilan dari Filipina mengenai pendekatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi menangani kebimbangan Filipina di Laut China Selatan.
Anwar mengulangi pendirian Malaysia bahawa isu ketegangan di Laut China Selatan perlu diselesaikan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan China tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
“Seharusnya tiada pembabitan dengan pihak-pihak lain kerana ia hanya akan menjadikan perkara itu bertambah kompleks dan merumitkan lagi keadaan,” katanya.
Menurut laporan media Presiden Filipina yang juga dikenali sebagai Bongbong Marcos baru-baru ini memberi amaran kepada China supaya tidak melintasi garis merah di Laut China Selatan dan perselisihan faham antara kedua-dua negara terus meningkat.
Beijing dan Manila mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dan terdapat konfrontasi berulang antara kapal mereka berhampiran terumbu yang dipertikaikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Manila memanggil utusan China berhubung insiden terbaru berhampiran Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, yang berlaku pada Mac lalu semasa misi tetap Filipina untuk membekalkan semula tentera Filipina yang berkawal di BRP Sierra Madre, sebuah kapal tentera laut yang didaratkan.
Filipina berkata, Pengawal Pantai China menyekat kapal bekalannya dan merosakkannya dengan meriam air, mencederakan tiga tentera.
Pengawal Pantai China telah mempertahankan tindakannya, menyifatkannya sebagai peraturan sah, pemintasan dan pengusiran kapal asing yang cuba menceroboh secara paksa ke dalam perairan China.
China telah menggesa Manila untuk berundur dan berhenti mencetuskan masalah di laut.
PULAU PINANG TOLAK BANTUAN AIR KEDAH. SEBALIKNYA MEMBELI AIR TERAWAT DARI PERAK DAN MEMBINA LRA SG DUA
1. Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi
2. Dakwa PH kutip dana PRU16, Rafizi minta Sanusi lapor SPRM
3. Pemimpin PN gesa Firdaus Wong 'digam' dari sekolah awam
4. Speaker tiada pilihan, perlu patuh Perlembagaan Persekutuan - Wan Saiful
5. Penyasaran subsidi diesel perlu demi selamatkan negara - Anwar
6. Pantau penyasaran subsidi diesel, elak kesan negatif kepada rakyat
UCAPAN BULANAN PMX. HENTI AMALAN RASUAH. BUAT AKAN HADAP TINDAKAN.
Apakala menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, saya singgung kesedaran agar penjawat awam terus menjalankan tugas dan menghentikan salahlaku, kecurangan dan mesti memastikan penambahbaikan ke atas kelemahan yang ada.
Saya konsisten dalam hal ini malah saya telah meminta pihak terkait untuk menambah anggota penyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya wujud kecurangan.
Terkait ketegasan ini, saya telah meminta supaya ketua jabatan atau unit disekat kenaikan pangkat pegawai sekiranya didapati mengetahui berlaku kecurangan dalam jabatan mereka tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Pastinya, kaedah hukuman itu akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Dalam majlis yang sama, saya singgung ketegasan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel kerana ia mesti dilakukan meski tidak popular.
#MalaysiaMADANI
PAKAI KERETA ADALAH PILIHAN... JADI JANGAN MERUNGUT.
Norizan
Walaungs ..
Abah korang pun sokong Subsidi bersasar ..
cuma dia tak berani buat sbb takut hilang undi.
..
Rafizi cabar Sanusi lapor SPRM dakwaan orang PKR, DAP 'pau' untuk projek
NASIONAL
Rafizi cabar Sanusi lapor SPRM dakwaan orang PKR, DAP 'pau' untuk projek

NIBONG TEBAL: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan berhubung dakwaan dibuatnya kononnya berlaku rasuah membabitkan anggota PKR dan DAP, yang menjejaskan rancangan pembangunan negeri itu.
Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan dibuat Sanusi itu, maka pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Jika benar ada orang daripada PKR dan DAP yang 'pau' (meminta rasuah) untuk projek yang menjejaskan projek pembangunan negeri, maka panggil sidang media dan namakan mereka.
"Jangan gunakan PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap ini untuk menyemai benih dendam dan memperbodohkan orang Melayu hanya kerana anda (Sanusi) tidak tahu membuat kerja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan menjelang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam tadi.
Rafizi berkata, Sanusi ketika melancarkan jentera pilihan raya PN pada malam Sabtu lalu dengan yakin memaklumkan mengenai rancangannya untuk Kedah, menjadikan seolah-olah negeri itu paling membangun di dunia.
Beliau turut membangkitkan dakwaan Sanusi bahawa semua rancangannya tidak dapat diteruskan kerana membabitkan isu kelulusan, selain terdapat orang dalam PKR dan DAP yang 'pau' untuk projek.
"Saya nak tanya, siapa yang ditahan, anak siapa yang ditangkap... setahu saya, tidak ada anak pemimpin Kerajaan Perpaduan yang ditangkap, sama ada PKR atau DAP. Mereka yang ditahan SPRM kebanyakannya daripada PN," katanya.
Rafiuzi juga berkata rakyat Sungai Bakap harus bersedia dengan segala macam cerita yang dijangka dicetuskannya dalam tempoh PRK di kawasan itu sekiranya Sanusi gagal membuat laporan mengenai dakwaan terbabit.
"Satu-satunya cara untuk mengajar beliau adalah orang ramai di sini membuat laporan terhadapnya atas sebarang fitnah yang dibuatnya.
"Ini satu-satunya cara untuk beliau bertanggungjawab terhadap kata-katanya," katanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)














































