BUKAN ANTI ULAMAK... TAPI PERANGAI DOK MAKI ODANG TU BUKAN PERANGAI ORANG BERILMU DAN BERAGAMA.


 Asal cerita tentang Ashabul Kahfi. Soal mengatakan mereka Kristian. Bila Azhar Idrus ditanya soalan ini, pantas dia sesatkan orang yang berkata demikian.


Kemudian ramai asatizah yang menjelaskan ia adalah perkara yang khilaf. Penggunaan label Kristian kepada Ashabul Kahfi, ada ulama yang membenarkan. Tetapi ada juga ulama yang tak setuju. Itulah khilaf.


Tapi yang tak ada khilaf adalah pantas menuduh orang  lain sebagai sesat, kafir, munafik, bodoh, bengong dan sebaginya. Yang itu jelas. Tak ada khilaf di kalangan ulama yang muktabar. Akhlak siring ilmu.


Walaun tak puas hati Azhar Idrus kena serang. Mereka tuduh yang serang Azhar Idrus sebagai anti ulama. Sebabnya cuma kerana tak terima kaedah Azhar Idrus bercakap dalam kuliyah dan ceramah.


Yang mungkin walaun tak sedar, mereka sebenarnya menolak pandangan ulama yang lain. Bila mereka itu setuju dengan pandangan yang mengatakan Ashabul Kahfi itu Kristian sebagai sesat, maka mereka juga katakan ulama lain yang membenarkan juga sesat.


Impak kepada tutur ini besar. Soal Kristian atau tidak itu soal kecil. Boleh saja mana-mana sebab ada khilaf dalam hal ini. Tapi yang jahatnya menuduh orang lain sebagai sesat. Ia dosa yang sangat besar.


Kalau nak dikata menolak ulama, maka walaun lebih tepat bersikap demikian. Sebab walaun tolak banyak pandangan ulama lain hanya untuk pertahan Azhar.


Sedangkan orang lain, yang tidak bersetuju cara Azhar menuduh orang lain sesat, meraikan pandangan yang berbeza. Sungguh, walaun adalah kelompok sebenar yang menolak ulama.


Kita bukan menolak Azhar Idrus. Kita cuma menolak kaedahnya yang jelas menyalahi akhlak Islam. Tapi walaun menolak semua ulama selain lebai PAS. Siapa yang lebih Islamik sebenarnya? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: