CHE IBRAHIM
Budak budak Pas marah sebab ambo dok ulang ulang kes liwat, setubuh dengan mayat, setubuh dengan binatang sebagai seksyen yang tak relevan dengan kuasa mahkamah syariah dan enakmen jenayah syariah.
Mereka mendakwa Nik Elin Nik Rashid juga mencabar syariah Islam apabila turut membantah:
i. Seksyen 40 berkaitan transaksi muamalah yang bertentangan dengan hukum syarak
ii. Seksyen 41 Melakukan transaksi muamalah secara riba.
Ambo nak jawab:
1. Di satu sudut ambo setuju Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Nik Elin untuk membatalkan sek 40 dan 41 berkaitan kesalahan muamalat yang bercanggah dengan hukum syarak dan kesalahan muamalat secara riba kerana hukum Islam jelas mengharamkan muamalat tersebut. Nik Elin tak wajar mencabar peruntukkan tersebut perbuatan muamalat dgn riba adalah haram mengikut Islam.
Ambo pun nak tengok sejauh manakah komitmen kerajaan Kelantan untuk menyaman/mendakwa kesalahan tersebut kerana realitinya yb yb sendiri masih beramal dengan kesalahan tersebut;
a) masih ramai penjawat awam/swasta yang menyimpan dalam kwsp dalam skim yang tidak patuh syariah
b) berlambak lambak lagi rakyat Kelantan yang menggunakan perkhidmatan konvensional/tidak patuh syariat dalam sistem kewangan, perbankan, insuran, pasaran saham dll.
Apabila undang undang negara membenarkan sistem muamalat yang tidak patuh syariah dan riba, sanggupkah kerajaan negeri menangkap mereka kerana telah melanggar enakmen jenayah syariah??... Maknanya semua pekerja dan pelanggan bank konvensional yang beroperasi di Kelantan boleh ditangkap. Semua pemain saham yang tidak patuh syariah di pasaran saham boleh didakwa, semua yang memiliki/menggunakan khidmat perlindungan insuran konvensional boleh didakwa di mahkamah syariah.
2. Dari sudut kedua, ambo konfius adakah semua kesalahan pelanggaran hukum syarak boleh didakwa dan menjadi kuasa mahkamah syariah?maknanya riba haram, maka pelaku riba boleh didakwa di mahkamah syariah..... Jika tafsiran ini betul, maka semua kesalahan yang melanggar hukum syarak seperti membunuh, mencuri, merompak, rasuah, pecah amanah, penipuan, sorok/seludup barang dll juga boleh dikanunkan dalam. Enakmen Jenayah Syariah.