HILANG DARI RADAR KA...

 










IBRAHIM MAT ISA


Kalau air banjir datang dan menenggelamkan bumbung rumah rakyat, kau tak payah eksyen la e-paper ke, iPad ke, kepala tengkorak teknologi apa pun air sapu habis lah.  


Jangan berlagak dan bersuara sombong kerana pusingan dunia macam roda, takdir alam akan selalu memicu jadual kehidupan setiap makhluk Tuhan dalam sedar dan tidak.


Dalam penderitaan rakyat yang terpaksa bertungkus-lumus menyelamatkan diri, keluarga serta mereka kehilangan harta benda, pembesar negeri 8-0 bersenang santai melancong ke luar negara. Enak ya?


Begitu juga negeri 14-0, bila pembesar cuma mengandalkan air naik cuma bah biasa, separas dada itik pada anggapannya barangkali, sebaliknya dalam realiti tembok tebatan banjir pun mampu diterjah air dan menjunam ke penempatan warga. Yang sedihnya ada warga yang jadi mangsa lemas.


Oh Tuhan!


Sewajarnya pemimpin mesti bertindak awal iaitu sepanjang tahun bila tiada musibah banjir sewajarnya kenderaan pengorek sudah mendalamkan aliran sungai yang tersekat, aktiviti pembalakan yang merosakkan ekosistem diperhalusi semula. Mana yang menggondolkan hutan dan bukit dihentikan terus.


Rakus! Manusia adalah haiwan yang mempunyai otak tapi tidak berakal. Bushit dah!