TIADA MASALAH ATAU ISU TIDAK BOLEH DISELESAIKAN JIKA DIBAWA BERBINCANG


Dong Zong datang jumpa Mujahid. Sebagai pemimpin Islam, Mujahid membuka pintu pejabatnya untuk berbincang dengan Dong Zong. Itulah akhlak Islam.
Selepas mendengar pandangan Dong Zong maka Mujahid pula memberi pandangan dia yang akhirnya Dong Zong pun bersetuju. Itulah ana rasa kaedah Islam. Bersemuka dan berbincang.
Antara yang berjaya disepakati :
1. Semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana. Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit mereka.
2. Bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran Jawi. Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak.
3. Mencapai persetujuan bahawa pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Malah bersetuju bahawa Jawi adalah sebahagian daripada warisan budaya negara bangsa yang perlu dihormati oleh semua pihak.
4. Sepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat berbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara kolektif supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat Malaysia.
5. Persetujuan bahawa mana-mana pihak yang dipertikaikan bersedia untuk berdialog dan terbuka untuk menerima sebarang pandangan.
Mujahid meyakini Islam adalah agama kedamaian maka dia pilih jalan supaya manusia yang berbeza pandangan dapat hidup dalam kedamaian.
Pemimpin dan penyokong parti ana dan Umno mungkin rasa Islam agama peperangan, maka setiap tindakan menjurus kepada nak bergaduh dan bersengketa.
Apapun tahniah Mujahid. Anda pemimpin yang berani berhadapan dan bersemuka dalam isu-isu walaupun mungkin sensitif sehingga pemimpin politik tak berani mendekati kerana takut hilang populariti.
C@P

No comments: