MENTERI KEWANGAN YANG TIDAK PEKA



1.Kenyataan MK Lim Guan Eng  bahawa tiada keperluan perbincangan khusus dan segera soal peralihan jawatan PM amat mengecewa dan membimbangkan.

2.Ia menggambarkan sikap Menteri Kewangan yang tidak peka kepada keperluan rangsangan ekonomi disaat ekonomi negara semakin merudum dan menggugat kehidupan rakyat.


3.Sebagai MK beliau semestinya mendapat laporan ekonomi dari pelbagai sumber dalam dan luar negara yang jelas menyatakan peralihan kuasa adalah faktor utama keyakinan pelabur dan menentukan kondisi ekonomi negara.


4.Kenyataan bahawa antara Nov dan Mei bukan satu jarak masa yang jauh adalah kenyataan dangkal, sambil lewa dan tidak peka dari seorang Menteri Kewangan.Bagi rakyat yang hidupnya melarat, satu bulan, satu minggu malah satu haripun adalah tempoh yang panjang.


5.Kenyataan itu juga mencerminkan sikap seorang pemimpin koalisi parti pemerintah yang langsung tidak mengambil endah peringatan luarbiasa pengundi di PRK Tg Piai yang menyaksikan kekalahan parti pemerintah paling buruk dalam sejarah.


6.Saya menggesa MK ini dan pemimpin2 PH agar meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri mereka sendiri.Dan perkara utama rakyat hari ini ialah ekonomi yang semakin menghimpit mereka.


7.Dan laporan ekonomi domestik dan antarabangsa jelas menyatakan peralihan kuasa yang dilengahkan dan tidak jelas dan menentu menghambat rangsangan ekonomi terutama pelabur.


8.Makanya ambil sikap serius dan bertanggungjawab.Jangan main2 soal ekonomi.Ini soal rakyat dan negara.Bukan soal politik semata2.Bukan juga soal Mahathir dan Anwar.Ini soal jawatan PM yang penting dan menentukan bagi sebuah ekonomi negara.


Mohamad Ezam Mohd Nor

15Jan 2020, 19 Jamadil Awal 1441H