Pengampu tegar Tun M yang bertanding PRU14 atas tiket Amanah dan kalah, Khairudin meroyan teruk apabila Rafizi menyentuh soal peralihan kuasa PM. Bimbang sungguh dia kalau Tun M tidak lagi menjadi PM selepas Mei 2020 ini.
Maklumlah, bukan mudah mahu dapat jawatan Pengerusi BOCE malaysia/Asean (berkaitan minyak sawit) walaupun satu sen pun beliau tiada nilai dalam politik negara kecuali berkemahiran di dalam memaki hamun orang. Hanya dengan kemahiran mengampu Tun M dan serang Anwar, beliau dapat jawatan tersebut. Rakyat menolaknya di dalam PRU14 ketika beliau bertanding di Melaka. Itu pun atas simpati Amanah yang berinya peluang bertanding menggunakan tiket parti tersebut. Ertinya, beliau bukan ada nilai apa2 pun dalam dunia politik. Bimbang, kalau Anwar jadi PM, dia mahu makan apa?
Khairuddin kata Rafizi tidak faham perlembagaan kerana Rafizi mengatakan Majlis Presiden PH boleh menenetapkan tarikh peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar. Khairuddin yang sering menunjukkan ketololannya itu berkata, jawatan PM hanya boleh ditentukan oleh sokongan majoriti di dalam Parlimen.
Hakikatnya, beliau yang tidak faham konteks apa yang Rafizi sebut. Rafizi tidak mengulas tentang perlembagaan. Kalau ikutkan perlembagaan, semua tahu bahawa jawatan PM akan ditentukan oleh sokongan majoriti di dalam Parlimen dan perkenan YDP Agong. Itu perkara asas, tak perlulah Khairuddin jadi orang tolol untuk bercerita benda asas. Tun M naik jadi PM itu atas sokongan siapa? Majoriti di dalam Parlimen dan diangkat namanya oleh Majlis Presiden PH.
Ertinya, melalui PH maka Tun M jadi PM. Melalui PH jugalah Khairuddin yang tolol ini dilantik jawatan Pengerusi BOCE malaysia/Asean. Kalau Bn masih jadi kerajaan selepas PRU14 yang lalu, Khairuddin mungkin sekarang menjadi pencacai angkat najis di dalam penjara Sg Buloh. Beliau ada kes waktu itu.
Apa yang Rafizi sentuh adalah berkaitan peralihan kuasa dan kaitannya dengan fungsi Majlis Presiden PH. Sukar sangatkah untuk memahaminya sehingga lari tajuk sampai kepada isu perlembagaan?
Justeru itu, Khairuddin tidak perlu persenda dan perlekehkan Majlis Presiden PH demi untuk bergantung hayat dengan Tun M.
WFAUZDIN NS