RM20 bilion pulih bursa saham: Usaha selamatkan kroni dari bankrap?
Menurut Naib Presiden PKR Rafizi Ramli asal usul dana itu adalah penting memandangkan kerajaan BN berdepan dengan defisit belanjawan sejak tahun 1999 dan tidak mungkin mempunyai ruang fiskal untuk memperuntukkan sejumlah RM20 bilion bagi tujuan yang diumumkan semalam.
“ValueCap adalah sebuah syarikat pelaburan saham yang dimiliki secara sama rata di antara Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). Ketiga-tiga dana yang memiliki ValueCap ini adalah dana milik rakyat.
“Semasa ValueCap ditubuhkan dalam tahun 2002, ketiga-tiga dana ini menerbitkan bon sebanyak RM10 bilion untuk digunakan bagi tujuan melabur di Bursa Kuala Lumpur. Ini bermakna ValueCap sebelum ini berhutang dari pasaran bon bagi tujuan menyuntik dana ke Bursa Kuala Lumpur dengan membeli saham-saham tertentu,” katanya.
Rafizi menambah, semakan terhadap penyata kewangan ValueCap terkini yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai aset cair (tunai dan saham-saham selepas ditolak dividen) sebanyak RM3 bilion sahaja. Maka, untuk menyediakan dana sebanyak RM20 bilion bagi membeli saham-saham yang jatuh kerana sentimen pasaran yang lemah, ada kemungkinan besar ValueCap terpaksa menerbitkan bon yang besar.

“Ini bermakna sekali lagi Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan dana rakyat untuk berhutang bagi tujuan menutup kelemahan pentadbiran beliau. Sekiranya ValueCap menerbitkan bon bagi tujuan mendapatkan dana RM20 bilion ini, ia samalah seperti mendedahkan Khazanah, PNB dan KWAP kepada risiko hutang sebanyak RM20 bilion.
“Lebih membimbangkan adalah apabila dana RM20 bilion ini bakal digunakan untuk membeli saham-saham yang disifatkan bernilai rendah. Saya khuatir jika ValueCap diarahkan untuk membeli saham-saham dari syarikat-syarikat yang berkepentingan rapat dengan Umno/Barisan Nasional bagi tujuan membuat keuntungan jangka pendek kepada mereka yang berkepentingan itu. Jika ini berlaku, maka dana rakyat melalui Khazanah, PNB dan KWAP telah digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berkepentingan dan rapat dengan Umno/Barisan Nasional,” katanya.
Menurut Rafizi lagi, masalah sentimen yang lemah terhadap saham-saham di Bursa Kuala Lumpur tidak akan selesai selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak diselesaikan segera. Ini membawa risiko yang besar kepada Khazanah, PNB dan KWAP kerana hutang RM20 bilion melalui bon yang diterbitkan (jika tiada suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan) akan dihabiskan untuk membeli saham-saham yang tidak akan meningkat nilainya selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Perdana Menteri tidak diselesaikan. Akhirnya, Khazanah, PNB dan KWAP berhutang RM20 bilion dan memiliki saham-saham yang nilainya lebih rendah dari RM20 bilion.

“Ubat sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan Perdana Menteri. Oleh itu, hari ini saya telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendiri untuk memisahkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri. Hanya dengan perletakan jawatan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih,” akhirinya.