Umno bohong dan tipu kerana nafi terbitkan ‘Selangor Terkini’


Kerana bimbang pengaruh keberkesanan akhbar terbitan kerajaan negeri Selangor maka Umno Selangor terpaksa melaksanakan dua program berkembar iaitu kempen rampas Selangor dengan pelbagai teori dan praktik dan juga menerbitkan akhbar berkala Selangor Terkini meskipun mereka menafikannya.
Keberanian Umno menerbitkan bahan cetak seperti itu ialah kerana Umno masih berkuasa diperingkat pusat yang mengawal KDN melalui menterinya Hishamuddin Hussien iaitu sepupu Najib Razak.

Walaubagaimana sekalipun penafian

Selangor Terkini (kiri) didakwa terbitan Umno

Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang terusan menafikan dakwaan kerajaan PKR-DAP-PAS negeri Selangor bahawa Umno negeri itu menerbitkan akhbar “Selangor Terkini”.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu bagaimanapun berkata beliau ada mengedar akhbar itu di salah satu program anjurannya setelah menemui akhbar itu di hadapan pejabatnya di Kuang, dan mendapati ia senada dengan perjuangan Umno.

Jadi, apa salahnya kalau saya edarkan pada program anjuran saya daripada melihat ia terbuang begitu saja?,” ketika dihubungi baru-baru ini oleh sebuah portal berita.

Abdul Shukor mengulas dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa pemimpin Umno terlibat dalam penerbitan dan pengedaran akhbar “Selangor Terkini”.

“Selangor Terkini” dilihat sebagai saingan kepada “SelangorKini” terbitan kerajaan negeri. Edaran akhbar haram tersebut bukan berjaya mempengaruhi rakyat Selangor yang telah celik IT namun fitnah yang diterbitkan tersebut boleh memecahbelahkan perpaduan semua kaum dalam Selabgor khasnya.

Faekah pada persidangan media di sini hari ini berkata kerajaan negeri telah pun membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 17 Januari lepas terhadap “Selangor Terkini” kerana menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran.

Pihak polis dicabar untuk bertindak secara profesional dan jangan cuba memilih bulu dan menurut arahan BN sahaja demi mencari keadilan dan kebenaran terhadap apa-apa isu yang dilaporkan kepada polis.

No comments: