LAWAN JANGAN TAK LAWAN BAB VAKSIN NI


 

SABAR BANG- BUKAN KERAJAAN YAHUDI-DEPA BELUM LAGI SIAP BUAT PAPAN TANDA TAK BOLEH PARKING. TENGAH CARI MODAI BANG....


 

APA PUNYA TAK BERMARUAH- KAH..KAH..KAH..WOIIII...TAK TAKUT JATUH KAPIR KA...KELUAR PAS...KAH..KAH

 Diterbitkan:  Mar 14, 2022 3:53 PM

 

 

Anggota Parlime Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS.

 

Menurutnya, surat untuk dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengikut perlembagaan PAS.

 

"Merujuk perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

 

"Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada  menjadi ahli PAS," katanya pada sidang

EMPAT PERKARA PENTING DARI PRN JOHOR

 BN terus meluaskan kuasa dengan kemenangan di pilihan raya negeri (PRN) Johor. 

Berikut adalah empat perkara penting dari PRN Johor yang diteliti oleh Malaysiakini. 

1. Ismail Sabri ditekan

Bertubi-tubi tekanan yang akan terus dikenakan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan.

PRU tersebut akan diketuai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini telah menyuarakan gesaan supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin, sejajar dengan situasi sedia ada yang memihak kepada BN.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Malah, perkhidmatannya sebagai perdana menteri belum sampai setahun dan tiada jaminan bahawa pimpinan partinya akan memberikannya jawatan tersebut selepas kemenangan BN. 

Namun, Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan pada 18 dan 19 Mac nanti, perwakilan dijangka akan meluluskan resolusi yang menggesa Ismail Sabri mengadakan pilihan raya mengejut. 

Sebagai naib presiden Umno, Ismail Sabri tidak mempunyai mempunyai pilihan lain selain mengalah. Ini bagi mengelak daripada berdepan dengan rasa tidak puas hati oleh akar umbi ketika pemilihan pimpinan parti yang akan diadakan. 

2. Kerusi Muhyiddin dirampas BN

Perikatan Nasional (PN) dan pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin menyaksikan sokongan yang kian merosot pada PRN Johor. 

Pada 210 hari lalu, dia digesa untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Semalam, parti dan gabungannya dikalahkan di kubu kuatnya, di mana dia sebelum ini merupakan menteri besar di negeri itu.

Muhyiddin tidak dapat mengekalkan kerusi DUN Gambir untuk Bersatu, di mana dia merupakan penyandang kerusi tersebut, meskipun tidak bertanding sendiri di kerusi itu kali ini. 

PN berada di kedudukan ketiga dalam PRN kali ini, dengan hanya 24 peratus yang memberikan undi. PH meraih 30 peratus, manakala BN mendahului dengan 43 peratus undi. 

Ia merupakan penampilan ketiga PN sejak PRN Melaka yang diadakan pada November lalu, yang melemahkan prospek gabungan itu untuk bertanding dalam PRU akan datang, serta prospek Muhyiddin untuk menyandang jawatan perdana menteri lagi. 

3. Prestasi PKR terus merosot

Ketika PRN Melaka dan Sarawak baru-baru ini, PKR – parti yang mendakwa presidennya merupakan “bakal perdana menteri”, gagal meraih sebarang kerusi. 

Ia memalukan apabila parti tersebut gagal meraih sebarang kerusi dalam kedua-dua pilihan raya negeri tersebut. Bagaimanapun, ia berjaya menang di satu kerusi (Bukit Batu). 

Walaupun begitu, PKR masih dalam kedudukan yang tercorot kini dan menjejaskan hubungannya dalam gabungan PH. 

Pertama, ia dapat dilihat apabila Anwar Ibrahim yang merupakan pengerusi PH telah mengemudi gabungan itu dalam tiga kali pilihan raya berturut-turut dan menyaksikan keputusan yang buruk. 

Kedua, tindakan PKR yang bertegas untuk menggunakan logonya – hanya kerana ia diterima dengan baik pada pilihan raya umum 2018, berbanding logo PH.

Langkah ini mempamerkan perpecahan terang-terangan yang wujud dalam gabungan itu, di mana Amanah dan DAP ingin mengekalkan logo PH. 

Yang terakhir, daripada tiga parti komponen gabungan itu, PKR menunjukkan prestasi paling buruk. Tujuh calon PKR yang betanding hilang deposit dalam PRN Johor semalam.

4. Dari ‘kuasa ketiga’ kepada tidak berkuasa

Dr Mahathir Mohamad pernah menjadi salah seorang yang paling berkuasa di Asia. Bagaimanapun, ketika dia menamatkan kerjaya politiknya, keputusan partinya – Pejuang untuk menyertai pilihan raya Johor membuatkan dirinya kelihatan sebaliknya.

Pada 2020, Mahathir meninggalkan PH dan membentuk Pejuang sebagai “kuasa ketiga”, alternatif kepada BN, PH dan Bersatu yang pernah dipimpinnya.

Pejuang meletakkan 42 calon di Johor. Tiada seorang pun daripada mereka dapat mengekalkan deposit, termasuklah salah seorang ahli parlimen dari Pejuang.

Ia merupakan nasib yang berbeza sama sekali untuk Mahathir, di mana pada empat tahun lalu, dia mentadbir negara bersama PH, dengan menjanjikan perubahan. 

Namun, Pejuang tidak bersendirian. Sekutu setia perdana menteri keempat dan ketujuh itu, Warisan yang dipimpin Shafie Apdal juga menerima nasib yang sama di Johor.

Parti Shafie yang berpangkalan di Sabah memutuskan untuk menggunakan pilihan raya Johor untuk “mencuba nasib” di Semenanjung Malaysia.

Kesemua enam calon Warisan hilang deposit, yang mungkin boleh menenggelamkan impian Shafie untuk menjadi perdana menteri.


KONVOI SULTAN SELANGOR DIPUJI NETIZEN. SIAP IRINGI AMBULAN LAGI

 

Netizen puji konvoi Sultan Selangor beri laluan, iring ambulans dalam kecemasan


AMBULANS mungkin membawa pesakit yang bertarung nyawa untuk mendapatkan rawatan segera di hospital.

Justeru, pengguna jalan raya perlu memberikan laluan kepada kenderaan itu tidak kira dalam apa jua situasi.

Namun tidak dinafikan wujud juga sesetengah kes yang kurang memberi perhatian ambulans ketika dalam keadaan kecemasan.



 Namun situasi yang berlaku baru-baru ini apabila sebuah konvoi pemerintah tertinggi negeri Selangor bertindak memberi laluan kepada ambulans mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ di Facebook miliknya, kelihatan ambulans milik badan kebajikannya bukan sahaja diberi laluan namun turut juga diiringi polis.

Katanya, tiga polis trafik yang ‘dipercayai’ sedang mengiringi DYMM Sultan Selangor membuat keputusan segera untuk membawa ambulans dalam perjalanan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, semasa kenderaan kebajikannya sedang rapat ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi tersebut, salah seorang polis trafik segera menghampiri dan memintanya ikut dua lagi polis trafik yang berada di hadapan.

“Tiga outriders motor besar trafik dengan cekapnya memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada kenderaan kami. Mereka iringi dari Simpang Jalan Semantan sehingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke IJN.

“Kami terharu dengan usaha baik ini. Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan, malah memudahkan ia bergerak lancar semasa kesibukan lalu lintas di pagi hari,” coretnya.

Sementara itu, Facebook rasmi ‘Selangor Royal Office’ turut mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku semasa konvoi DYMM Sultan Selangor dalam perjalanan menuju ke Istana Negara baru-baru ini.

Orang ramai yang menonton video itu memuji dan mendoakan seluruh individu terlibat dalam konvoi tersebut dilimpahi rahmat kerana menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang sedang dalam kecemasan.

Ujar mereka;

“Sekalung budi kepada semua yang terlibat dalam misi hari tersebut termasuk wira-wira escort, team ambulans, Uncle Kuan Chee Heng sayang dan Yang DiPertuan Agong. Semoga jasa dan kebaikan yang diutamakan diberkati Tuhan yang Maha Esa.”

“Semoga Allah SWT sentiasa memberkati Tuanku dan keluarga. Terbaik Trafik PDRM.”

“Kite kan tengok video macam ni pun rasa sebak. Kita mudahkan urusan orang mudah mudahan Allah mudahkan urusan kita kemudian hari.”

“Anggota menjalankan tugas dengann penuh dedikasi, Daulat Tuanku kerana perkenanan memberi laluan kepada ambulans. Semoga Allah SWT memberi kerahmatan kepada semua yang terlibat.”

“Inilah yang sepatutnya berlaku, berikanlah laluan kepada ambulans yang sedang membawa pesakit. Kerana setiap saat adalah sangat berharga untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Sesiapa yang pernah berada di dalam ambulans semasa kecemasan pasti sangat memahami.”

Semoga tindakan ini dapat dijadikan contoh kepada konvoi-konvoi lain ketika dalam situasi yang sama pada masa akan datang.


RAFIZI AKAN KEMBALI AKTI






Aku tak pandai sangat layan Twitter ni. Tapi bila ada yang khabarkan yang Rafizi ada posting untuk buat came back, aku gigihkan cari.

Yang ada cuma ini. Tak jelas tapi nada Rafizi sudah mula menampakkan kesediaan untuk kembali. Jom kita terus tunjukkan sokongan.

Kita sama-sama berdoa. Inilah peluru terakhir kita. Kalau Rafizi jadi kembali, aku pun akan all out untuk tumbangkan BN. Guane boh?

Raja Gelap

 

KAH..KAH...ITU DAH MESTI DAH...TAKAT NAK TUMPANG MENANG ORANG BUAT APA. JADI MB PUN SEBAB ADA YANG KHIANAT...TUNGGU HARI NAK PRN KEDAH PULAK...

 

Menang PRN Johor, Melaka, tak mustahil Umno pacak ‘batu nisan’ MN, dakwa Sanusi





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
PAS tidak pernah berhasrat menguburkan Muafakat Nasional (MN)
 walaupun pemimpin daripada kedua-dua parti dilihat sering bertikam
 lidah, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: Selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Johor dan Melaka adalah tidak mustahil bagi Umno menamatkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN), kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor.

Katanya, kemenangan BN yang bertanding secara bersendirian semestinya menambahkan keyakinan parti itu untuk terus bergerak secara solo pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“PAS tidak pernah berhasrat untuk menguburkan MN walaupun pemimpin daripada kedua-dua parti kini dilihat sering bertikam lidah.

“Saya nampak kemenangan berturut-turut BN di PRN akan mempercepatkan usaha mereka untuk memacak batu nisan pada MN. Namun, PAS sejak awal lagi memang tak mahu tamatkan gagasan itu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sanusi yang Menteri Besar Kedah, berkata pendirian PAS masih tidak berubah seperti diputuskan oleh Majlis Syura PAS, iaitu memperkasakan MN dan pada masa sama mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

“Kita tunggu tengok sama ada Umno mahu pacak batu nisan tu, kalau berlaku, kita (PAS) hafal talkin lah,” katanya sinis.

Menurutnya, sebarang perubahan termasuk membubarkan MN terletak pada keputusan Umno kerana PAS tidak pernah membangkitkan isu menguburkan gagasan yang telah dibina hampir tiga tahun lalu.

“Terpulang pada Umno, PAS tak pernah buat keputusan mahu putuskan hubungan dalam MN, sebaliknya pimpinan Umno termasuk presiden dan timbalan presiden parti itu kerap membuat kenyataan ke arah perpecahan.

“Walaupun nampak sukar, namun itulah keputusan yang PAS mahu capai untuk perkasakan MN dan pertahankan PN,” katanya.

Dilaporkan, Presiden PAS Hadi Awang mengakui tidak mahu MN yang dibentuk bersama Umno terkubur dengan mudah.

Katanya, ini kerana kewujudan muafakat yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia itu telah berjaya memberi kesan positif khususnya kepada ahli kedua-dua parti.

WALAU APA SEKALI PUN, ANWAR MASIH DIPERLUKAN DALAM PKR SENDIRI , SEHIGGALAH ADA YANG SESUAI MENGGANTIKAN BELIAU

 

Nasib Anwar ‘menghitung hari’, kata penganalisis





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR,
 berkempen di Bukit Batu untuk calon PKR, Arthur Chiong. (Gambar
 Facebook)

PETALING JAYA: Penampilan buruk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor berkemungkinan menandakan pengakhiran kerjaya politik Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, menurut penganalisis.

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, hari-hari Anwar “sudah terhitung” selepas PH hanya berjaya memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus melemahkan pengaruh gabungan itu di Johor.

“Kekalahan di Johor lebih teruk kerana PRN Melaka dan Sarawak sepatutnya menjadi titik tolak untuk PH mengkaji apakah yang silap sekali gus mengambil langkah memperkemaskan strategi mereka, tetapi itu tidak pernah berlaku,” katanya kepada FMT.

PH hanya memenangi dua daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak pada Dis, sebulan selepas gabungan itu hanya memenangi lima daripada 28 kerusi pada PRN Melaka.

Sambil menyifatkan prestasi PH pada PRN Melaka sebagai “bencana” dan pencapaian mereka pada PRN Sarawak sebagai “malapetaka” Azmi berkata, PRN Johor adalah kedua-duanya sekali, iaitu “bencana dan malapetaka” bagi gabungan yang pernah memerintah negara itu.

Daripada 12 kerusi yang dimenangi PH di Johor, hanya satu dimenangi PKR atas tiket sendiri apabila calon parti itu, Arthur Chiong, menang di kerusi Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi mengatasi S Suppayah daripada Barisan Nasional (BN).

“Berdasarkan keputusan PRN Johor, PH kini perlu memutuskan siapakah yang akan memimpin mereka pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau pasti Pejuang dan Warisan tidak akan menerima Anwar sebagai ketua pembangkang dan dilantik perdana menteri jika parti-parti itu menyertai PH untuk membentuk barisan pembangkang.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PH perlu menggantikan Anwar sebagai ketua jika ia mahukan peluang untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Anwar telah melakukan terlalu banyak kesilapan politik dan Johor adalah yang terbaharu dalam beberapa siri kesilapan yang dia lakukan,” kata Chin kepada FMT.

Chin juga menekankan keengganan dalam kalangan kepimpinan PKR untuk mendesak seseorang menggantikan Anwar, selain menambah bahawa ini menunjukkan struktur parti itu “sangat sukar untuk menyingkirkan Anwar.”

“Pemimpin itu sendiri perlu membuat keputusan untuk berundur,” kata Chin. “Jika tidak, tiada siapa boleh menolaknya keluar daripada parti.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau tidak nampak calon yang berdaya saing untuk mengetuai gerakan pembangkang menuju PRU15.

Dengan Warisan yang menunjukkan prestasi lebih buruk daripada PH dalam PRN Johor, Oh juga berkata, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman “terlalu baharu” untuk memegang tampuk pimpinan.

“Nampaknya tidak ada sesiapa dalam PKR, dalam PH, malah lebih luas lagi dalam pembangkang yang boleh mengambil alih daripada Anwar dengan berjaya,” kata Oh.

“Seperti yang dibuktikan dengan keputusan PRN Johor, seluruh blok pembangkang sememangnya berada dalam dilema sekarang.”