PENDEKATAN RAFIZI SESUAI DENGAN SEMANGAT REFORM









 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=570196001139233&id=100044465135060


Fakta: pendekatan Rafizi Ramli konsisten dgn semangat reformasi.


Antara perbezaan pandangan dasar Azmin dan Raf menuju PRU 2018 adalah Azmin (termasuk Tian Chua) merasakan pembangkang perlu bersatu dengan membawa PAS bersama walaupun PAS tidak mahu bersama. Mereka yakin itu sahaja boleh menyelamatkan KEADILAN di Selangor.


Rafizi ambil pandangan berbeza. PH menang PRU di peringkat pusat. Tapi yang dapat jawatan dalam Kerajaan PH lepas PRU 2018 adalah kartel. 


Selain itu Raf juga kalah dalam pemilihan parti 2018. 


Tapi yang keluar parti adalah Azmin (yang menang dan dapat jawatan Menteri Ekonomi) dan kuncu-kuncunya. 


Rafizi tetap dalam parti walaupun kalah dan tiada jawatan kerajaan sebelum itu. 


Jadi tak adil nak kata pendekatan Rafizi pecahkan parti sedangkan terang lagi bersuluh Azmin dan kartel yang pecahkan parti.

KEMPEN UNTUK RAFIZI

 

MUKADDIMAH : IMBAS & IMBAU "MELIHAT PERANAN BESAR RAFIZI RAMLI" DLM MENOBATKAN DSAI SBG MP

 

SEBELUM LANGKAH SHERATON SEBENARNYA SUDAH ADA PERANCANGAN JAHAT AWAL DARI GENG KARTEL (AZMIN, TIAN CHUA, ZURAIDA) JUGA OLEH MAHATHIR PM7 PPBM (BERSATU)

 

RAFIZI RAMLI DLM KELAS TERSENDIRI, SENTIASA SELANGKAH DI DEPAN SBG PANGLIMA PERANG PKR. SECEPAT MUNGKIN CUBA MENOBATKAN DSAI SBG MP, BILA SAJA DSAI KELUAR PENJARA. HAL INI DITENTANG HEBAT OLEH GENG KARTEL & MAHATHIR

 

INGAT BAGAIMANA,

1. GENG KARTEL YG DIKETUAI AZMIN, DGN HULUBALANGNYA TIAN CHUA & ZURAIDA DARI AWAL CUBA MENIDAKKAN DSAI SBG MP P. DICKSON DGN MEMBANTAH KERAS LANGKAH YG DIATUR RAFIZI RAMLI UTK MENGANGKAT SEBERAPA SEGERA DSAI SEBAGAI AHLI PARLIMEN.

 

LANGKAH INI (OLEH RR) PERLU SEBAGAI PERSIAPAN SEGERA UTK MENJAWAT JAWATAN PERDANA MENTERI. SEBAGAI AHLI PARLIMEN SAJALAH YG MELAYAKKAN SESEORG DIANGKAT SBG PM SELAIN MAJORITI DLM PARLIMEN

 

2. MAHATHIR & BERSATU JUGA BERPERANAN AWAL DLM MENYEKAT DSAI SBG MP P. DICKSON BILA MANA BERSATU (PPBM) NEGERI SEMBILAN DIBUBARKAN SEGERA KERANA MEMBANTAH DSAI UTK CALON MP P. DICKSON. INI STRATEGI PPBM NEGERI 9 UTK TIDAK MAHU MEMBANTU KEMPEN DSAI SBG MP PD SBB KEBERADAAN PPBM AKAN DIKATA OLEH PKR JKA TDK MEMBANTU KEMPEN .

 

DENGAN KESAN STRATEGI BIJAK, KERJA KUAT & PANTAS RAFIZI RAMLI DLM MEMASTIKAN DSAI SESEGERA MUNGKIN DINOBATKAN SBG MP BERJAYA. DSAI MENANG BESAR SBG MP P. DICKSON WPUN DISABOTAJ OLEH GENG2 KARTEL & MAHATHIR PM7 PPBM.

 

BAYANGKAN JIKA TIADA PERANCANGAN SESEGERA MUNGKIN OLEH RAFIZI UTK MENOBATKAN DSAI SBG MP, SDH TENTU DSAI MELALUI JALAN SUKAR SELEPAS ITU UTK MENJADI MP,  SBB PENGARUH AZMIN DLM PKR SEMAKIN KUAT, DAN JUGA KUASA  MAHATHIR SBG PM7 SEMAKIN UTUH DAN MENAMPAKKAN KUKU BESI SEMULA. MUNGKIN CITA2 DSAI UTK JADI PM DITALKINKAN AWAL2 LGI OLEH GENG KARTEL & MAHATHIR. MUNGKIN LANGKAH SHERATON TDK PERLU LGI SBB MEREKA SDH BERJAYA MEMATIKAN AWAL GERAKAN UTK DSAI JDI PM DGN MEMATIKAN LANGKAH, PELUANG DSAI JADI AHLI PARLIMEN.

 

*KESIMPULANNYA:

LANGKAH SHERATON WUJUD KERANA KEGAGALAN LANGKAH AWAL MENIDAKKAN DSAI SBG AHLI PARLIMEN

 

DAN KEJAYAAN BESAR MENOBATKAN DSAI SEBAGAI AHLI PARLIMEN (MP PD) ADALAH HASIL STRATEGI BIJAK, AMPUH, TERSUSUN DAN KERJA KUAT RAFIZI RAMLI (RR) MELAWAN GENG KARTEL & MAHATHIR PPBM. FAKTA INI TIDAK BOLEH DISANGKAL SAMA SEKALI OLEH SESIAPA PUN AHLI PKR.

 

KARIER POLITIK DSAI SELEPAS KELUAR PENJARA TIDAK SEMUDAH YG DIJANGKA KRNA ADA PENENTANGAN DARI DLM PKR SENDIRI (GENG KARTEL AZMIN ) DAN OLEH PM7 PPBM SENDIRI YG MEMANG TDK MAHU, TIDAK AKAN MENYOKONG DSAI SBG PM

 

"MAKA DISINI PERLUNYA SEORG PANGLIMA PERANG (TIMBALAN PRESIDEN) YG BIJAK MERANCANG MEMBANTU PRESIDEN UTK MENGUATKAN PARTI PKR DAN JUGA PH DLM MENGHADAPI PRU15 YG BEGITU GENTING SEKARANG.

 

KEPAKARAN SESEORANG PERANCANG AMAT2 PERLU DLM SITUASI MENDESAK!

 

DAN INDIVIDU INI TIDAK LAIN TIDAK BUKAN MELAINKAN ADALAH "RAFIZI RAMLI"

TAKKAN MUHYIDDIN NAK BOHONG?

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 26 April lepas, Muhyiddin, 74, mendakwa Ahmad Zahid, 69, telah membuat permintaan tersebut selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri itu.

“Selepas saya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baru.

“Beberapa individu telah menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya telah meminta Azmin untuk turut serta.

“Ketika perbincangan, beliau telah menunjukkan sejumlah besar fail yang dibawa ke mesyuarat itu. 

“Apabila saya tanya kenapa dia bawa fail itu, dia kata fail itu ada kaitan dengan kes jenayah terhadapnya yang didakwa mempunyai motif politik, dia kata dia tak bersalah dan minta bantuan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Ahmad Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.

Muhyiddin juga mendakwa apabila mendengar permintaan itu, beliau telah memaklumkan plaintif bahawa beliau tidak boleh dan tidak akan campur tangan dalam prosiding mahkamah serta menasihati Ahmad Zahid untuk membela dirinya jika beliau benar-benar tidak bersalah.

Menurut Muhyiddin, beliau dimaklumkan oleh Abdul Hadi bahawa sebelum mesyuarat itu, plaintif telah bertemu dengan Abdul Hadi dan turut menunjukkan dokumen terbabit selain menyatakan bahawa dia tidak bersalah.

“Bagaimanapun, Abdul Hadi memberitahu plaintif bahawa tujuan mesyuarat itu diadakan di kediaman saya ialah untuk membincangkan hal ehwal kerajaan,” katanya.

Muhyiddin berkata tiada sebab untuk Ahmad Zahid menunjukkan fail terbabit kepadanya dan membuat permintaan itu melainkan ia bertujuan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah terhadap plaintif.

Muhyddin turut menafikan bahawa kenyataan yang dibuatnya semasa kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Mersing iaitu di pekarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Feb lepas adalah palsu atau berbaur fitnah atau mempunyai niat jahat.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa permohonan inter-parte untuk mendapatkan perintah injunksi oleh anak guamnya dalam kes saman fitnah terhadap Muhyiddin akan didengar pada 25 Mei ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff melalui prosiding dalam talian.

Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.

Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Turut diminta adalah perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil ‘Perikatan Nasional,’ YouTube Astro AWANI dan KiniTV.

Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.

Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.

Ahmad Zahid menegaskan kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya. Ahmad Zahid juga mendakwa kenyataan fitnah berkenaan dikeluarkan oleh defendan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan PRN Johor.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama.


YANG MENDAJALNYA IALAH POLITIK- PARTI PERKAUMAN TIDAK HIDUP SUBUR JIKA RAKYAT MEMAHAMI






Al-kisahnya…

Dalam bulan puasa yang lalu, seorang perempuan India, Letchumy memandu di suatu kawasan kejiranan di Ampang. Nak dijadikan cerita, kereta beliau tetiba terhenti dan rosak di tengah jalan.

Ini menyebabkan jem panjang. Dia telefon suami tak berangkat sebab masih kerja. Dia dah mula menangis, anak di sebelah pun dah mula takut.

Tetiba, seorang lelaki Melayu menyapa dan terus panggil ramai lelaki lain untuk tolong tolak kereta ke tepi surau. Anak Letchumi diberi air kotak sejuk walapun yang lain masih berpuasa.

Mereka tolong Letchumy hingga lepas berbuka dan pastikan mekanik siapkan kereta hingga selamat untuk dipandu balik rumah.

Letchumy hargai segala tindakan lelaki Melayu tersebut dan pada pagi Syawal beliau pergi balik ke surau berkenaan untuk beri sumbangan.

*************************************************

Indahnya Malaysia, dengan pelbagai kaum bantu membantu. Cair kita dengar cerita.

Yang selalu buat dajjal terhadap uniti Malaysia adalah POLITIK. Yang guna agama dan bangsa untuk pecah belahkan masyarakat.

Pada saya selagi kita ada sekolah vernakular DAN asrama penuh satu kaum sahaja, selagi itu isu perkauman akan tumbuh mekar.

Tambah diguna sebagai naratif politik sempit politikus durjana.

#justsaying

 

APA KATA KALI INI APANDI KEMUKA SAMAN SIVIL PULA TERHADAP TUN MAHATHIR

 


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak setuju dengan penyelesaian luar mahkamah yang diputuskan kerajaan terhadap saman bekas Peguam Negara, Apandi Ali.
Katanya, kerajaan juga tidak patut menyelesaikan kes penamatan perkhidmatan Apandi sebagai Peguam Negara di luar mahkamah dan merahsiakan terma serta pampasan yang dibayar kepadanya.
Perkembangan itu, tambahnya, amat mengejutkan kerana beliau dimaklumkan bahawa tindakan ke atas Apandi dibuat mengikut undang-undang sewaktu memberi keterangan kepada Peguam Negara sekarang, Idrus Harun.
Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosedur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.
“Pada masa itu saya berasa Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana dia merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.
“Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Najib Razak,” jelas Tun Mahathir lagi berhubung tindakannya menamatkan perkhidmatkan Apandi pada 2018 lalu.
Seterusnya, tegas Tun Mahathir lagi, beliau kekal dengan pendirian tidak mengaku atas tindakannya menamatkan perkhidmatan Apandi serta sedia mempertahankan pendiriannya di mahkamah.
Kenyataan penuh Tun Mahathir adalah seperti di bawah:-
********************************
PENAMATAN PERKHIDMATAN TAN SRI APANDI ALI
1. Tan Sri Apandi Ali telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.
2. Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak Peguam Negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara.
3. Pada masa itu saya berasa Tan Sri Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana beliau merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.
4. Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Dato Seri Najib. Malahan dia telah kata bahawa Najib tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.
5. Sikap berat sebelah Apandi ini terbukti apabila Najib didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.
6. Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosidur dan Rule of Law.
7. Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.
8. Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat diantara Kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.
9. Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.
10. Saya menulis pada Peguam Negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.
11. Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.
12. Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.
13. Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi di adili di mahkamah.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
6 Mei 2022
********************************
Dalam hal ini, meskipun saman Apandi terhadap kerajaan dan Tun Mahathir telah dikira selesai dengan tindakan kerajaan menyelesaikannya di luar mahkamah, tetapi dari segi moral kepada bekas Peguam Negara itu, ia belum lagi dianggap sudah berakhir.
Tindakan Tun Mahathir mempertikaikan penyelesaian di luar mahkamah yang diputuskan kerajaan, tidak mengaku salah atas tindakannya menamatkan perkhidmatan Apandi serta sedia ke mahkamah untuk mempertahankan pendiriannya, adalah suatu cabaran terbuka kepada Apandi sendiri.
Ternampak masih ada calit-calit hitam yang diragui yang tidak beres yang ingin diberitahu oleh Tun Mahathir di dalam mahkamah yang mulia berhubung keputusannya menamatkan perkhidmatan Apandi.
Secara tidak langsung, rakyat juga tentunya ingin tahu kebenaran yang sebenar mengenainya.
Maka, apa kata, terutama jika Apandi kekal berpegang dengan pendirian bahawa pemecatannya oleh Tun Mahathir adalah tindakan yang salah sebagaimana beliau mengemukakan saman sebelum ini, kali ini beliau terus saja menyaman sivil bekas Perdana Menteri itu kerana masih lagi mengaibkannya serta mempertikaikan keputusan kerajaan menyelesaikan kes samannya itu di luar mahkamah.
Harap-harap Apandi sentiasa berani dan tidak menunggu lama untuk memfailkan saman tersebut. – ShahbudinHusin 06/05/2022.


KELAB GOYANG KEPALA- WALAU APA PUN ALASAN SAMA ADA BERDAKWAH DI CLUB MALAM...IANYA MENIMBULKAN FITNAH


Video seorang "ulamak" tersohor Penasihat raja berhibur di kelab minum arak dan dadah sedang viral.

Apa pun dia hanya manusia biasa yang tak tahan dengan godaan dunia.

(Saya mengaku, saya pun kadang2 pergi juga ... saya bukan ulamak atau lebai. Tak hipokrate)

DI kala umat Islam di Malaysia sibuk berhari raya, gempar video tular di media sosial yang mendakwa seorang ulama tersohor negara sedang asyik berhibur di kelab malam.

Menurut hantaran asal dari pengguna Facebook, Zaharin Mohd Yasin, ulama dalam video berkenaan merupakan anak Melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford, England.

Dalam video berdurasi dua minit 15 saat itu menyaksikan ulama berkenaan memakai topi berwarna biru dalam keadaan leka mendengar lagu di kelab malam itu sambil ditemani seorang wanita yang tidak dikenali.

Aksi ulama tersohor negara itu dalam sebuah kelab malam. — Facebook

Rakaman video itu membuat warganet semakin hilang kepercayaan dengan institusi agama Islam di Malaysia kerana golongan tersebutlah yang menentukan hukum, fatwa namun berperangai sebaliknya.

"Inilah orang yang bertanggungjawab membela kesucian agama Islam di negara kita, patutkah kita berdiam diri?

"Macam tidak percaya pula jawatan VS perangai. Tak dapat bayang masa depan Islam jika watak seperti ini jadi penasihat agama," antara komen yang mengecam tindakan ulama itu.

Sehubungan dengan itu, penceramah, Ustaz Ahmad Husam Badaruddin tampil mengesahkan bahawa ulama yang tular itu adalah sememangnya Datuk Afifi Al Kitti tetapi keberadaannya dalam kelab malam adalah atas faktor berdakwah.

"Setelah kami selidik, gambar itu adalah gambar program yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya. Saya difahamkan oleh sumber yang rapat dengan beliau.

"Masuk ke kelab malam di luar negara, mengedarkan risalah-risalah dakwah, risalah Islam. Dan yang turut bersama beliau ialah isterinya. Bila sampai negara yang bukan Islam, penduduk yang majoritinya bukan Islam bergambar untuk aktiviti itu. Dikerat dalam posisi tertentu dan diviralkan. Akhirnya ramai orang yang memaki, menghina dan memfitnah beliau," katanya dalam sebuah kiriman video di Facebooknya.

Kiriman video penjelasan dari Ustaz Ahmad Husam Badaruddin.

Untuk rekod, Afifi Al Kitti adalah Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak Darul Ridzuan, yang juga menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja mengenai Hal Ehwal Islam.

Dalam pada itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim memberitahu kepada Majoriti bahawa beliau tidak mempunyai sebarang makluman berkenaan video tular yang membabitkan Afifi Al Kitti.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Afifi Al Kitti setakat ini dan Majoriti kini cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ustaz Husam. — Majoriti

BLOG KEMBALI AKTIF SELEPAS HARI RAYA.

 


KEPADA PENGUNJUNG- BLOG  TIDAK DIUPDATES SEJAK SEMINGGU LEPAS KERANA KEHILANGAN LAPTOP DAN JUGA BERSEMPENA  SAMBUTAN HARI RAYA PUASA.BLOG AKAN KEMALI AKTIF SEPERTI BIASA.