1- Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Muktamar PAS yang berkata “kalau kita tak setuju dengan perkara sebelum ini, kita boleh perbetulkan” ternyata memakan diri. Apakah beliau terlupa isu Kampung Sungai Baru di warta kan ketika zaman Perikatan Nasional di mana PAS turut berada dalam kerajaan pusat.
2- Ketika itu, keputusan pengambilan tanah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam fasa negara berada dalam fasa lockdown dan Parlimen tidak boleh bersidang dan pampasan yang ditawarkan menimbulkan bantahan kerana dianggap tidak adil. Semua ini berlaku ketika PAS berkuasa, tetapi kini cuba dialihkan beban kesalahan kepada kerajaan sekarang.
3- Inilah wajah kepimpinan PAS, sewaktu memegang kuasa, mereka mendiamkan diri dan menyokong keputusan yang menekan rakyat. Namun apabila berada di luar kerajaan, mereka dengan mudah meletakkan tanggungjawab kepada pihak lain, seolah-olah tiada kaitan langsung dengan diri mereka.
4- Sebagai seorang calon PM yang di yakini Parti beliau, sepatutnya berani bertanggungjawab atas keputusan yang di buat ketika mereka berkuasa, bukan hanya petah menuding jari semata-mata untuk menunggang isu. Rakyat tidak perlukan retorik, mereka perlukan keberanian untuk mengaku salah dan memperbaikinya.
5- Malah, kelemahan pemikiran begini juga menjelaskan mengapa negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS terus ketinggalan. Ekonomi semakin menguncup, peluang pekerjaan terbatas, pelaburan asing tidak masuk, dan rakyat terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki.
6- Sikap kerajaan negeri PAS yang tidak cakna terhadap rakyat dapat dilihat dalam kes di Kampung Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, di mana penduduk hanya ditawarkan pampasan RM500 sebelum rumah mereka dirobohkan, dan RM500 lagi selepas itu. Pampasan serendah RM1,000 untuk sebuah rumah jelas penghinaan terhadap maruah rakyat.
7- Kejadian seperti ini bukan terpencil. Ia mencerminkan bagaimana rakyat bawahan sering menjadi mangsa, sementara pemimpin terus bermain politik. Bagaimana rakyat mahu yakin dengan PAS di peringkat nasional, jika di negeri sendiri pun hak rakyat tidak dapat dibela dengan adil?
8- Jika inilah calon Perdana Menteri yang ditawarkan PAS, jelas sekali PAS sebenarnya ketandusan pemimpin yang layak untuk di angkat menjadi Nakhoda dalam mengemudi kepimpinan atasan. Malaysia memerlukan pemimpin yang jujur, bertanggungjawab, dan konsisten dalam membela rakyat, bukan pemimpin yang gagal menjaga negeri sendiri, apatah lagi mahu menggalas amanah negara.

No comments:
Post a Comment