Bila Pakar Ekonomi Separuh Masak Berhujah: Tukang Batu Api Lebih Sudu dari Kuah


 Bila Pakar Ekonomi Separuh Masak Berhujah: Tukang Batu Api Lebih Sudu dari Kuah



✍️ Norman Radzuan


Seperti dijangka, muncul lah pakar-pakar ekonomi ‘separuh masak’ menggila di ruang Facebook semalam. Pagi ini saya nak menulis guna bahasa mereka supaya senang mereka faham.


Terdapat 3 kategori, ada yang bijak sikit, bijak ikut-ikutan dan paling teruk tak tahu apa-apa main hentam atau orang Melayu kata main belasah sahaja.


A) Yang Bijak Sikit


Mereka ini mempersoalkan adakah pemberian RM200 itu mencukupi atau tidak. Sebenarnya, RM200 itu untuk kegunaan personal bukan untuk perdagangan. Namun jika perlu dibuat kajian semula, mungkin pemberian RM300 juga boleh difikirkan selepas melihat dua tiga bulan pelaksanaan subsidi bersasar ini.


Ini kita anggap mereka yang memberi pandangan yang agak bijak sikit. Hujahnya logik walaupun fakta masih belum ada lagi kerana baru bermula semalam.


B) Bijak Ikut-ikutan


Mereka ini ikut apa yang orang cakap. Harga barang akan naik. Nampak macam cerdik tapi sebenarnya MALAS membaca dan hanya ikut ikutan. Apa orang tulis mereka akan tulis. Atau mungkin tak faham apa dibaca.


Dengar sini, BACA di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 penyasaran subsidi juga diperluaskan kepada 23 jenis kenderaan diesel termasuk kenderaan mengangkut hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jenis kenderaan ini diberikan Fleet Card untuk mendapat diesel yang bersubsidi.


Ikutkan tiada sebab harga barang naik. Sedangkan lori itu ada subsidi melalui Fleet Card. Jika ada barang naik, pengguna please report untuk diambil tindakan.


Kelompok jenis ini sentiasa melihat perkara negatif. Cakap macam Profesor Diraja… Sedangkan sebenarnya mereka ini bukan berhujah dengan PMX tetapi pakar-pakar ekonomi dan penasihat ekonomi negara yang mereka telah berkhidmat dengan 5 Perdana Menteri.


Sebab itu kesemua Perdana Menteri sejak zaman Najib Razak bersetuju untuk subsidi bersasar cuma tiada keberanian melakukannya.


Ia perlu dilakukan atas beberapa faktor. Pertama, kerana kecurian berpuluh billion, kedua, subsidi dinikmati orang kaya dan ketiga, kewangan negara tidak mampu dengan hutang yang tinggi hingga sukar untuk kerajaan membina pembangunan untuk rakyat.


C) Kategori Ketiga


Kategori ketiga yang paling kritikal. Jenis tak tahu apa-apa tapi main tulis atau main hentam sahaja. Kalau berhujah bukan dengan fakta tapi kata-kata kesat.


Mereka jenis yang akan tulis komen:


- “Bangang Madani…”

- “Jangan jadi penjilat waliwat…”

- “Harga minyak naik barang mesti naik...”

- “Kau buat perbandingan bongok…”


Lepas itu main video 2008, kalau PH naik, esok harga turun. Itu sebab mereka tidak faham politik ini dinamik.


Faham apa itu dinamik? Maksudnya asal namanya politik ianya tidak statik. Ia sentiasa bergerak dan berubah. Walaupun sebuah parti politik mungkin mempunyai prinsip-prinsip asas yang dipegang teguh, namun akhirnya terpaksa akur dan mengalah dengan tuntutan perubahan dalam masyarakat.


Ia termasuk perkembangan ekonomi dan faktor lain yang sering kali mendorong kepimpinan untuk beradaptasi dan berubah dalam sikap dan pendekatan mereka.


Jika nak main video lama… Hadi kata UMNO kafir, Hadi suruh pangkah DAP, PAS kata nak bagi percuma PTPTN, PAS kata nak buat RUU355… SEMUA itu tidak dilakukan ketika PN menjadi kerajaan malah pendirian Hadi juga berubah-ubah.


Kategori ketiga ini antara yang dikesan memberi komen yang mencerminkan tiada pemikiran intelektual. Saya sendiri berhujah dengan mereka, kita bicara soal ekonomi, dia kata saya Wahabi. Pengsan.


Mereka jenis apa sahaja akan ‘menyalak’. Ingat dulu bila harga ayam diapungkan dan tiada subsidi, menyalak siang malam. Terbukti harga ayam stabil.


Mereka ini jenis bila kerajaan naikkan gaji kakitangan awam pun mereka menyalak nanti harga barang akan naik.


Sejak bila harga barang akan turun? Jadi jangan naikkan gaji kakitangan awam biar sahaja mereka begitu? Bercakap guna akal.


Saya tidak hairan mereka berkata begitu sebab pemimpin mereka sendiri membodohkan rakyat dengan mengatakan langkah kerajaan nak beri makanan jualan Rahmah pun mereka hentam sampai sanggup kata tidak baik untuk kesihatan boleh akibatkan autism.


Akhirnya kualiti pengikut bercakap yang bukan-bukan. Sepatutnya apabila PAS sendiri menyokong mereka beri maklum balas yang positif. Jadi pembangkang yang bijak dengan beri nilai tambah positif kepada subsidi bersasar.


Berikan solusi dan bila saya berhujah dengan mereka yang mengkritik apa solusi kamu? Diam atau mula memaki hamun saya.


Tentang pencen mudah sahaja mereka kata… ”Pandai-pandailah kerajaan nak cari duit bayar pencen…” Wah wah hutang dah sampai RM1.5 trillion, solusi mereka pandai-pandailah. Macam uruskan duit kutu mereka buat.


Moralnya, bagi saya mereka yang mengkritik membuta tuli ini adalah mereka yang MALAS membaca dan berfikir secara intelektual.


MALAS itu terbawa-bawa hingga suruh isi:


- E-Wallet - Malas Nak Mohon

- STR - Malas Nak Mohon

- PADU - Malas Nak Mohon

- BUDI - Malas Nak Mohon


Lepas itu mereka kata kerajaan ZALIM sedangkan mereka yang MALAS. Jika bab ini pun nak kena suap sampai dalam mulut, payahlah.


Bila kita membaca dan berfikir baru kita faham bahawa subsidi bersasar ini bukan maksud hapuskan subsidi. Konsepnya mudah je, kerajaan beri bantuan kewangan tapi hanya kepada mereka yang benar-benar perlukan.


Hidup ini kena rajin… Rajin membaca, rajin berfikir, rajin mencari fakta, rajin bekerja… TIADA manusia yang malas akan berjaya dalam hidup.


Ingat nak masak telur dadar pun kena potong bawang, cili padi, pecahkan telur, kacau dalam mangkuk, panaskan minyak, masukkan telur dan masak dalam masa 1-2 minit. Ambil nasi dengan kicap kena suap sendiri… Faham?


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



No comments: