Mohd Affendi Abas
Yg buat kerja Polis Terengganu! Yg dipersalahkan DAP & Kerajaan PMX? Motor modified bukan main mahal! Tapi roadtax & lesen x boleh nak renew?
SIDANG MEDIA
YDH DCP DATUK MAZLI BIN MAZLAN
Ketua Polis Terengganu
Sempena
OPERASI BERSEPADU - OPERASI KHAS MOTOSIKAL
10 SEPTEMBER 2023 (AHAD) 1500 HRS
1/14
1. PENDAHULUAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Malaysia Madani serta terima kasih kepada semua rakan- rakan media yang hadir pada sidang media Ketua Polis Terengganu pada petang ini.
Sidang media ini adalah berkaitan isu viral RXZ MEMBERS 5.0. Secara umumnya Polis Diraja Malaysia bertugas dan berfungsi untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri Terengganu dan Malaysia amnya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu telah melaksanakan operasi khas motosikal secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.
Operasi ini telah dijalankan ekoran rungutan dan aduan yang diterima dari netizen dan orang awam di negeri Terengganu ini yang mana terdapat penunggang-penunggang motosikal ini telah memandu secara melulu dan merbahaya kepada
diri dan pengguna jalan raya yang lain di jalan-jalan raya termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan jalan-jalan negeri.
Ekoran dari rungutan dan aduan tersebut, pihak polis telah membuat pemantauan dan pemeriksaan dan mendapati sememangnya benar penunggang-penunggang motosikal ini telah melakukan kesalahan-kesalahan lalulintas dan mengganggu ketenteraman awam seperti yang didakwa.
PERLAKSANAAN OPERASI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu telah melaksanakan satu operasi bersepadu iaitu operasi khas motosikal diantara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu pada 8 dan 9 September 2023 berakhir 12.00 tengah malam semalam.
Operasi tersebut diketuai oleh Timbalan KJSPT Kontinjen Terengganu bersama seramai (83) kekuatan.
Kekuatan PDRM = 5 Pegawai , 44 anggota Kekuatan JPJ = 4 Pegawai , 30 anggota
Sebanyak (185) pelbagai buah motosikal dan seramai (205) orang telah ditahan semasa operasi dijalankan. kesemua mereka telah dibawa ke Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk proses dokumentasi. Semasa proses dokumentasi pelbagai kesalahan telah didapati dan dikeluarkan saman trafik antaranya:
- tiada lesen memandu (39) saman
- nombor pendaftaran fancy (103) saman tiada cermin sisi (146) saman
- ubah suai ekzos (4) saman
7/14
Sementara itu, sebanyak (111) buah motosikal disita oleh JPJ dibawah seksyen 64 APJ 1987 (Kuasa menyita kenderaan motor), dibawah seksyen ini pegawai polis atau pegawai JPJ boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti, indentiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.
Manakala sebanyak (311) saman/notis telah dikeluarkan oleh pihak JPJ iaitu atas kesalahan:
- ubah suai ekzos (33) saman,
- nombor pendaftaran (20) saman,
- lesen P (2) saman,
- LKM tamat tempoh (36) saman, tiada perlindungan insurans (34) saman,
- CDL tamat (5) saman,
tiada cermin sisi (3) dan
kesalahan tayar (1) saman (tayar kecil tidak
ikut spesifikasi).
Secara keseluruhannya sebanyak (292) saman telah dikeluarkan oleh Polis Trafik dan (311) saman/notis telah di keluarkan oleh pihak JPJ Terengganu.
Hasil dokumentasi terhadap penunggang dan pembonceng motosikal tersebut juga mendapati pecahan negeri asal penunggang motosikal ialah dari Negeri Perak (22) orang, Pahang (25) orang, Selangor (32) orang, Johor (27) orang, Negeri Sembilan (31) orang, Kedah (28) orang, Kelantan (16) orang dan Terengganu (24) orang. kesemua mereka dilepaskan oleh pihak polis.
Dalam pada itu, viral juga mengatakan operasi ini telah mensabotaj program RXZ members 5.0. Sebenarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menetapkan pendirian dalam menyokong program ini dengan syarat asalkan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Namun, kegagalan segelintir penunggang-penunggang motosikal yang mendatangkan kegusaran kepada netizen dan pengguna jalan raya yang lain yang boleh menyebabkan perkara buruk seperti kemalangan di jalan raya berlaku.
Operasi yang dilaksanakan ini dengan kerjasama antara PDRM dan JPJ yang sebenarnya menjalankan amanah dan tanggungjawab tanpa ada desakan atau arahan dari mana-mana pihak. Operasi ini adalah tugas rutin yang biasa kita laksanakan, lebih-lebih lagi terhadap yang membuat gangguan ketenteraman awam dan boleh menyebabkan kemalangan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.
Untuk makluman, operasi ini juga turut saya maklumkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dan Yang Amat Berhormat amat memahami operasi yang dijalankan dan tugas
PDRM dan JPJ yang perlu dilaksanakan. YDH Ketua
Polis Negara dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri turut dimaklumkan.
Adalah dianggarkan seramai 30,000 orang telah menghadiri program RXZ Members 5.0 ini dan pemeriksaan yang dijalankan hanya terhadap (185) buah motosikal yang jelas melanggar undang- undang dan peraturan jalan raya dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pemeriksaan ini bukan sahaja kepada motosikal jenis RXZ tetapi pelbagai jenis motosikal yang melanggar peraturan dan spesifikasi motosikal turut ditahan.
Dalam aspek keselamatan pencegahan jenayah motosikal-motosikal yang tiada mempamerkan nombor pendaftaran atau menyembunyikan nombor (fancy) biasanya mempunyai tujuan (MO) untuk melakukan Jenayah, samun, pecah rumah dan lain-lain kesalahan Jenayah yang lain.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu melaksanakan operasi ini secara professional dan proses dokumentasi berjalan dengan lancar. Mana- mana motosikal yang tidak melakukan kesalahan serius akan dilepaskan manakala motosikal yang tidak memenuhi justifikasi dan spesifikasi akan melalui proses pemeriksaan lengkap oleh pihak JPJ dibawah Seksyen 64 APJ 1987.
Penutup
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu akan kekal komited dalam menjalankan tugas dan fungsinya seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Polis 1967 dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara khususnya di negeri Terengganu ini.
Sekian, terima kasih.
PERMIT
CATATAN
Polis Diraja Malaysia telah meluluskan permit (KPD Kuala Terengganu) pada 6 september 2023 mengikut sekatan- sekatan dan syarat-syarat yang ditetapkan.