GAGALIS. ..PEMBANGKANG YANG BANGANG

 


Zainuddin Omar


Ini menunjukkan bahawa pembangkang tak cukup jummlooh untuk jatuhkan Kerajaan Madani. 


****************


PARLIMEN l Cubaan pembangkang untuk menolak usul yang dibawa kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak kesampaian apabila mereka gagal memperoleh majoriti dalam undi belah bahagian.


Undi belah bahagian itu menyaksikan sejumlah 83 Ahli Parlimen menyokong usul tersebut manakala 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju, seorang tidak mengundi serta sejumlah 86 Ahli Parlimen tidak hadir.


Usul tersebut adalah untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak ditangguhkan sehingga Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan seperti yang termaktub dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Ia dibawa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Ugak Anak Kumbong.


Berikutan keputusan undian itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor memutuskan di bawah Perkara 12(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, usul yang dibawa Ugak dipersetujui.


Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit bagi menolak usul yang dikemukakan Ugak dan bertanya adakah kerajaan mempunyai rang undang-undang lain yang akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.


Beliau berkata mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, hanya berbaki dua rang undang-undang lagi yang akan dibentangkan dan diputuskan hari ini.


"Kita baru memasuki hari keempat persidangan Dewan Rakyat dan kita mempunyai tujuh hari lagi. Adakah kerajaan mempunyai RUU kejutan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat? Waktu perbahasannya juga begitu singkat," katanya.


Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang turut bangkit pula mencadangkan agar persidangan hari ini diteruskan dengan usul persendirian yang dikemukakan Ahli-ahli Parlimen sekiranya kesemua urusan kerajaan telah selesai.


Ramli kemudian membuat keputusan menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan loceng dibunyikan bagi memberi peluang kepada wakil rakyat yang berada di luar dewan untuk kembali semula untuk proses undi belah bahagian.


Situasi kembali menjadi kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat beberapa Ahli Parlimen Kerajaan masuk ke dewan selepas pintu diarah tutup.

- Bernama



No comments: