GINO MARVELA
Hal Mahathir saman Anwar tu kita isukan kemudian. Hari ini nak
berbual kenapa harga barangan mahal, jualan bazar mahal. Apakah tiada tindakan
dr kerajaan ? Dan kesusahan rakyat yg berniaga tepi jalan.
Kami mmg kerap di lapangan, banyak negeri di kunjungi. Dan mmg
akan lihat masalah di bawah. Sambil lihat bawah, ya...dh tentu kami juga perlu
cari makan,perlu ada sumber kewangan juga.
Kadangkala harga barangan jualan, tidaklah terlalu mahal
berbanding dgn keadaan Muhyiddin Yasin jadi PM. Harga minyak masak ketika itu
cecah RM55 utk 5liter minyak masak. Harga ayam cecah RM13.80/kg. Kini harga
ayam terkawal pd bawah RM9.8/kg dan minyak masak puratanya antara RM25-28/5
liter.
Tapi kenapa bulan Ramadhan ni harga mahal ?
Pertamanya harga tapak itu yg mahal. Paling murah RM5000, dan
paling mahal RM28,000/khemah.
Keduanya, peniaga ikut tren letak harga...dahulu RM1 dapat 3
ketul kuih, kemudian RM2 dapat 5ketul. Naik RM3 tapi dapat 4 ketul kuih.
Ketiga, perangai org yg tak pernah berniaga...tapi bila Ramadan
saja mcm dialah dh berniaga puluh tahun. Dapatlah murtabak spesial RM20 dan
murtabak cheese RM25. Karipap intinya angin, roti john harga RM10 tp hitam
rentung, ayam goreng 3 hari di gorengnya kembali & jual.
Hingga kain tuala lap meja pun di gorengnya sekali!
Permainan harga mewah bagi khemah bazar & sikap peniaga yg
gila nak untung besar itu yg jadi punca harga makanan bazar terlalu mahal.
Harga barang basah, tidaklah terlalu mahal sgt seperti yg di perkatakan. Kita
masih lg dpt kawalan harga ayam, tepung, gula, minyak.
Masaalahnya, nak serapkan harga khemah terlalu mahal...rakyat
B40 yg berniaga terpaksa letak harga T20 utk di jual ke warga B40 balik. Ini yg
meresahkan!
Ayam mentah yg di jual di pasar kadangkala harga RM11.50/kg jauh
dr pasaran. Kalau jualan di kampung2, ada yg naik RM12.5/kg. Bila di tanya
kenapa mahal, bekalan ayam mentah dapat mahal...jadi tak buleh letak ikut harga
siling kerajaan tetapkan. Di sinilah masalah itu berlaku.
Ada peniaga resah katanya barang basah daging dia mahal, maka
perlu jual satay daging RM1.30-1.50/cucuk & tiada sambutan. Mengeluh mcm
rumah nak runtuh.
Bila di siasat, rupanya dia pi guna satay batang pinang. Dan
daging segar di pasar pun mahal. Jadi kena jual mahal. Kemudian daging yg di
cucuk kecil2 ada 4 ruas. Macam mana pelanggan nak beli, satay pun kecil...harga
yahadi betul!
Gunalah daging kotak, murah sikit. Di tolak mentah2 idea guna
daging kotak, katanya tiada kualiti, banyak lemak & keras.
Kami sendiri yg beri idea, geleng kepala .
Inilah dia yg berniaga setahun sekali. Tak tahu teknik, hati berkobar nak
niaga. Macam mana nk org beli, harga satay mahal...guna gred bahan yg mahal...
kemudian kata semua harga barang tinggi & kerajaan tak pantau.
Nak jual satay tp harga murah, guna ja daging kotak. Kalian ni
berniaga tepi jalan bawah payung, bukan standard T20 tp jual B40. Potong besar
sikit, perapkan daging yg dh siap cucuk dgn gula & bahan2 lain. Lemak tu
jgn di buang, cucukkan sekali pd satay. Jadi satu cucuk tu nampak banyak &
besar. Bila bakar, lemak yg di cucuk itu keluar minyak dan aroma. Harga jgn T20
sangat, ini jualan utk rakyat bawah. Teknik perap tak betul & salah, dh
tentu daging tu liat.
Bagi yg tak suka makan lemak tu, dia buleh buang ja...tak jadi
masalah pun. Tarikan ramai, tengok cucuk satay tu banyak dan harga bawah RM1.