TENANG -TENANG JANGAN GOPOH- NANTI NAIK MAHKAMAH JAWAB DENGAN HAKIM DAN KEMENTERIAN KEWANGAN PUNYA BUKTI...KEH..KEH...

 

Apa bukti projek runding terus teratur, Tuan Ibrahim disoal.




G25 berkata projek diluluskan tanpa proses tender kemungkinan besar diselewengkan kontraktor atau pegawai kerajaan yang tidak amanah.

PETALING JAYA: Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) mempersoalkan bekas menteri alam sekitar dan air, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempertahankan semua projek rundingan terus adalah teratur sebagaimana menerusi proses tender.

Jurucakapnya Noor Farida Ariffin berkata, alasan bahawa “projek kecemasan” yang diluluskan secara rundingan terus bukan satu kesalahan perolehan, adalah tidak munasabah kerana ia sememangnya melanggar Arahan Perbendaharaan.

“Apa bukti yang dikemuka Tuan Ibrahim bahawa semua projek melalui rundingan terus adalah teratur?

“Projek yang telah diluluskan tanpa proses tender kemungkinan besar diselewengkan pihak kontraktor mahupun pegawai kerajaan yang tidak amanah,” katanya kepada FMT.

Mengenai pelanggaran Arahan Perbendaharaan, Penasihat G25 Mohd Sheriff Mohd Kassim yang juga bekas ketua setiausaha Perbendaharaan berkata, kementerian wajar mengemukakan kes kepada Perbendaharaan bagi memohon pengecualian daripada proses bidaan kompetitif.

“Misalnya, Perbendaharaan akan memberikan pengecualian sekiranya permintaan itu berasas. Ini bermaksud rundingan terus hanya boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelulusan daripada Perbendaharaan untuk mengecualikan tender kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan, berkata rundingan terus hanya dibenarkan dalam situasi darurat bencana seperti banjir atau gempa bumi, yang memerlukan bantuan segera disalurkan kepada mangsa.

Sebaliknya projek lain bagi penyelesaian jangka panjang ke arah mengurangkan kesan bencana wajar melalui proses tender, katanya.

“Kita kena meneliti apa itu projek kecemasan sehingga peruntukannya mencecah sekitar RM7 bilion.

”Nilai tinggi seperti ini perlu dikaji semula sedangkan projek tebatan banjir merupakan satu penyelesaian mitigasi bencana, dan agak tidak munasabah jika dilaksanakan tanpa melalui proses tender secara teratur,” katanya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menganggap semua projek melalui rundingan terus sebagai tidak teratur dan wujud pihak mencari kesempatan.

Timbalan presiden PAS itu berkata, Anwar seharusnya maklum bahawa “projek kecemasan” perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.

Katanya, rundingan terus bagi projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukan satu kesalahan perolehan.

No comments: