PM 10- CUBA LAKSANAKAN LANGKAH INI

 


DS Anwar Ibrahim, maaf cakap, cadangan ni kerja gila. Ini cadangan separuh masak yang jelas takkan mampu berlaku adil kepada rakyat.

Bukan semua yang guna kereta berkuasa besar itu orang kaya dan ramai orang kaya yang guna kereta berkuasa rendah. Data tu tak menunjukkan situasi sebenar.

Subsidi petrol ini sesuatu yang perlu. Tak kira apa kedudukan orang itu dalam masyarakat, subsidi petrol tak boleh tidak, terpaksa diberikan.

Sebenarnya lebih baik kalau kerajaan ubah dasar automotif negara. Sepatutnya kerajaan galakkan rakyat beralih kepada kereta elektrik.

Berikan insentif kepada mereka yang beralih kepada kereta elektrik. Potongan cukai, diskaun cukai jalan, subsidi alat ganti dan sebagainya.

Menggalakkan rakyat gunakan kereta elektrik, terutamanya di bandar, akan lebih berkesan untuk menangani isu subsidi petrol ini.

Galakkan syarikat berstatus nasional untuk hasilkan kereta elektrik pada harga mampu milik berserta alat ganti yang berpatutan. Selain itu tambahkan charging station.

InsyaAllah ramai yang akan mula beralih kepada kereta jenis itu. Bila ramai dah pakai kereta elektrik, sekali gus subsidi petrol akan berkurangan.

Nasihat daripada marhaen ini, subsidi petrol jangan diusik kalau mahu kekal sebagai kerajaan. Sebab ia ada kesan berantai yang panjang.

Kenaikan harga petrol akan timbulkan kemarahan rakyat dan pastinya sukar untuk dimaafkan. Jangan silap langkah wahai Dato'Seri. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: