Politik majmuk, inklusif menuju Malaysia Baharu - Wanita KEADILAN

 





Hari Malaysia pada tahun ini mungkin berbeza dan unik bagi rakyat Malaysia apabila parti pemerintah mula mengiktiraf politik majmuk yang mengutamakan kepelbagaian kaum dan agama dalam KEADILAN sejak 20 tahun lalu sebagai teras politik terbaik.

 Bagi Pengarah Komunikasi Wanita Pusat KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar kiri) perjungan mempersatukan kaum-kaum yang ingin dicontohi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini, yang berniat untuk menggubal perlembagaan parti itu mirip KEADILAN adalah suatu pengiktirafan bahawa politik Malaysia tidak boleh lagi secara pecah dan perintah melaga-lagakan antara kaum.

 "Tahniah kepada Bersatu kerana mengikut jejak KEADILAN!

 "KEADILAN sudah berada dua dekad di hadapan. Bukan sahaja komposisi organisasi dari akar umbi ke kepimpinan pusat terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi kita bersama - sama memperjuangkan agenda rakyat tanpa mengira latar belakang.

 "Wacana perpaduan antara kaum dalam KEADILAN sudah cukup matang. Kita tidak lagi melihat perbezaan kelas antara bangsa, kaum, bahasa dan agama, tetapi kita melihat kesenjangan kelas ekonomi merentasi warna kulit.

 "Model yang berjaya dibuktikan oleh KEADILAN sekarang telah menjadi teladan kepada Bersatu. KEADILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyambut baik nilai kepelbagaian dan memeluk politik baharu," katanya dalam satu kenyataan.

 Namun, kata Ker Chean, perbezaan mendasar yang harus diteliti rakyat dari parti baharu yang mencuba jejak politik majmuk itu ialah ketelusan, integriti dan akauntabiliti.

 Katanya di samping mengamalkan politik majmuk, KEADILAN berpegang teguh kepada prinsip menolak korupsi dan penyelewengan dalam memerintah negara.

 "Walaupun demikian, bezanya kita parti berbilang kaum yang sepakat tidak bertolak ansur dengan korupsi dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

 "Dua dekad KEADILAN meraikan kepelbagaian berasaskan sifat empati dengan menyatupadukan rakyat Malaysia untuk mereformasi dan menolak regim yang korup," katanya lagi.

 Walau apa pun, menurut Ker Chean, usaha KEADILAN tetap telah membuahkan hasil apabila mantan-mantan anggota yang mengkhianati parti dan rakyat masih lagi membawa prinsip kepentingan gerakkan kepelbagaian (multiracial movement).

 Katanya lagi, kemakmuran masa depan Malaysia harus dibina di atas landas kefahaman empati dan kepelbagaian itu. Parti Keadilan Rakyat yang mendukung prinsip kepelbagaian akan terus memimpin ke hadapan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

 


No comments: