Blog KEMPEN GURU TERTINDAS kini dihidupkan semula apabila kes CIKGU Azizan disebut di mahkamah hari ini. Blog ini yang diwujudkan beberapa tahun dahulunya kemudiannya senyap seketika apabila pengendalinya melanjutkan pelajaran dan ini sebagaimana yang diberitahu. Menurut pengendalinya , blog KEMPEN GURU TERTINDAS diwujudkan untuk kaum pendidik melepaskan permasaalahan mereka berkaitan kerja dan lain lain kes guru dibuli ibubapa.
Hak guru berhimpun sokong 'Cikgu Azizan', kata kementerian
Kementerian Pendidikan tidak akan menghalang mana-mana guru yang ingin berhimpun dan memberikan sokongan jika ada guru terlibat dalam kes mahkamah.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu seorang guru yang dikenali sebagai 'Cikgu Azizan' yang dihadapkan ke mahkamah esok atas dakwaan menyerang pelajar.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan 15 Disember lalu menggesa guru di seluruh negara memberikan sokongan kepada 'Cikgu Azizan' dengan hadir ke perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.
Menurut laporan Bernama hari ini, Mahdzir berkata isu kehadiran di mahkamah adalah hak peribadi termasuk bagi guru.
"Saya tiada halangan jika guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.
"Kalau jadi pada rakan kita, kita juga akan hadir, begitu juga dengan warga guru," kata Mahdzir yang turut mengongsikan kenyataannya itu di Facebook.
Guru tersebut didakwa menghukum pelajar atas kesalahan disiplin seperti menghidu gam, terlibat dalam pergaduhan dan membuli pelajar lain.
Dia didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan berhadapan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah.
Isu tersebut menjadi tular dengan ramai pengguna laman sosial menggunakan #PrayForCikguAzizan bagi menyatakan sokongan mereka terhadapnya.
KRONOLOGI YANG DI SALIN SEMULA
Norhara Ahmad:
[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Assalamualaikum..utk pengetahuan sahabat semua..sy mendenda Murid tersebut atas kesalahan:1.menghidu Gam Dalam kawasan sekolah Dan mempengaruhi Murid lain ( 3 org) supaya turut Serta..kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016...2. Buli...3. Memukul Murid lain..4. Ponteng dgn memanjat pagar sekolah.
[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : YG mendakwa sy ialah parent Murid tersebut...tolong betulkan fakta jika Ada cerita selain drp di atas...t.kasih atas doa Dan sokongan sahabat semua..terima kasih... AZIZAN.
[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Anak bekas askar. Saman melalui peguam persatuan bekas tentera. Guru tu HEM. Dpt tangkap bdk tu sdg hidu gam dan sdg rekrut pelajar lain hidu gam dlm sekolah. Bdk tu melawan, berlaku pergelutan dan cikgu tu dpt tampar bdk tu. Bapak bdk tu x puas hati teruskan utk bawa ke mahkamah. KPPK sediakan peguam utk cikgu ni krn ada alasan kukuh. Kalah x apa tp peguam KPPK akan bw isu moral mengenai sikap KPM yg x membela guru dlm isu berat yg berlaku di sekolah
[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.
Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.
Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.
CIKGU AZIZAN ADALAH WIRA KAUM PENDIDIK
PIHAK PENTADBIR KEMPEN GURU TERTINDAS MENGAMBIL SIKAP MELAKUKAN KEMPEN BAGI MENYOKONG TINDAKA
Bagi pihak KEMPEN GURU TERTINDAS, tindakan NUTP dianggap sebagai stu tanggungjawab yang bukan sahaja ke atas Azizan, namun banyak kes lain. Guru difitnah, guru diugut, guru dipukul dan berbagai lagi ancaman yang harus guru hadapi dengan bukan sahaja fizikal , malahan dengankata kata yang menyakitkan.
Pelajar terbabit dikatakan dihukum kerana menghidu gam, bergaduh dan membuli pelajar lain.
Nasib dialami Cikgu Azizan itu turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menggesa pendidik di seluruh negara memberi sokongan kepadanya dengan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.
NUTP juga menyediakan peguam bagi membela guru terbabit.
Menurut laporan New Straits Times, Azizan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Kisah Cikgu Azizan juga menjadi tular dan dikongsi ramai orang melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.
KEMPEN GURU TERTINDAS JUGA yang juga mengganggap ibu bapa pelajar terbabit bukan sembarangan orang kerana berani dan tahu akan prosedur mahkamah, namun sikap mereka ibubapa yang membela anak yang menghadapi masalah ketagihan gam adalah sesuatu yang amat serius.
Negara ini memang memerlukan lebih ramai "Cikgu Azizan" yang sanggup menghadapi apa saja demi menunaikan amanah sebagai pendidik.Sepatutnya kisah ini boleh diselesaikan diperingkat sekolah dan PIBG, namun sikap ibubapa murid ini telah hilang budi bicara. Mereka sebenarnya gagal mendidik anak mereka sendiri. Pihak sekolah sepatutnya menghubungi pihak polis dan pelajar terbabit sepatutnya di letakkan dibawah AADK dan ditempatkan di pusat pemulihan.
Sebenarnya Cikgu Azizan itu boleh saja memilih untuk hidup senang dan tidak perlu memeningkan kepala memikirkan perihal anak murid atau mendiamkan diri kerana ianya bukannya saudara mara atau adik beradik atau keluarga sendiri. "Melingkup kau ;ah" jika sikap yang diambil sedemikian memang amat mudah. Namun keadaan itulah yang mengajar gruru-guru hari ini membiatrkan keadaan disiplin di sekolah tidak terkawal. Sebab utamanya ialah kerana sikap ibubapa sendiri yang terlalu memanjakan anak anak.
" Tanya lah guru guru di Pulau Pinang, Kula Lumpur dan seluruh negara , mereka sebenarnya pernah mengalami komplen tentang tindakan ke atas murid yang adakalanya cuba diajar agar tidak melangar disiplin . "JIka hanya dengan memulas telinga pun guru akan di serang , malahan jika merotan dengan pembaris pun akan diserang oleh ibubapa yang kononya terpelajar dan menjaga anak. Tetapi dirumah entah dijaga atau tidak keadaan anak mereka dan disemak atau tidak kerja rumah mereka"
Namun , sebagai seorang guru yang dilatih dan dididik menjadi guru, semahunya anak murid bukan sahaja menyiapkan kerja sekolah, malah murid juga harus tahu membaca.
Jika nak mudah biar sahaja.. masuk kelas mengajar..sama ada murid mahu menyalin atau menyiapkan kerja sekolah itu adalah hak engkau . Jika semua guru mengambil sikap sebegii maka kerja guru adalah lebih mudah.
"SEKALI MENJADI GURU , MAKA SEUMUR HIDUP ANDA BERGELUMNAG DENGAN BUKU DAN TETAP MAHU MENJADI PENDIDIK DAN BUKAN SEKADAR GURU"