Kerajaan Habiskan RM94 juta bayar perunding media

KUALA LUMPUR 11 OKT : Dewan Rakyat hari ini digemparkan dengan pendedahan terbaru bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah 19.6 juta Euro (RM94 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media untuk menaikan profil pentadbiran Barisan Nasional di mata dunia.

Menurut jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini, FBC Media kini sedang disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyifatkan perkembangan ini sebagai suatu yang memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu.

"Britain telah dapati FBC melanggar etika kerana program yang dibuat, iaitu dokumentari berbayar yang disara kerajaan Malaysia, perkara ini perlu dijawap kerajaan kerana melanggar etika media ini."
Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita.Saya bangkitkan perkara ini bukan kerana Kerajaan membuat bayaran yang besar terhadap FBC, malah kerajaan juga perlu menjelaskan tentang syarikat perunding itu yang terlibat dalam scandal terbesar dengan BBC, CNBC dan CNN."ujarnya.




Tian berkata demikian pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Jawapan bertulis perdana menteri pada 6 Jun lalu menjelaskan bahawa usahasama kerajaan dengan FBC Media adalah untuk menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

“Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media,” katanya.

Perdana Menteri juga menjelaskan FBC Media bertanggungjawap mendapatkan waktu penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

"Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC"katanya.

Melihat kepada perkara tersebut, Tian menzahirkan rasa kesal atas tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM94 juta.