PROGRAM AMK BELA DSAI

Oleh G Manimaran


PETALING JAYA, — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi sayap pemudanya telah memulakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara, dipercayai bagi menjelaskan kepada umum mengenai senario politik parti itu khususnya membabitkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Siri ceramah ini sudah bermula kelmarin iaitu di Alor Setar, diadakan semalam (di Kuching), hari ini dan selama 40 hari,” kata Pengarah Strategi PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.


“Tujuan siri ceramah ini adalah untuk menjelaskan kepada ahli-ahli parti dan orang ramai tentang isu-isu semasa,” kata beliau.
Jelas beliau ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap pemuda PKR.
“Ia akan membabitkan ceramah selama 40 hari, membabitkan seluruh negara, termasuk negeri Sabah dan Sarawak sekali,” katanya.

Malam tadi ceramah telah diadakan di Kuching dan dihadiri oleh Anwar sendiri.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat, yang kedua sejak 1998.
Kes beliau dijadual untuk didengar selama sebulan mulai Jan 25.
“Adakalanya Anwar sendiri akan hadir siri ceramah ini, adakalanya tidak,” kata Chua.
Siri ceramah itu dilancarkan oleh Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.
Dalam ucapannya itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.
World's greatest IT company seeks the best finance professionals.

Menurut Anwar lagi, dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.
“Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

“Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.
“Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

13/12/2009SUNGAI PETANI
14/12/2009PADANG SERAI
15/12/2009KULIM-BANDAR BAHARU
16/12/2009PERMATANG PAUH
17/12/2009NIBONG TEBAL
18/12/2009KEPALA BATAS
19/12/2009TASEK GELUGOR
20/12/2009BAYAN BARU1121/12/2009BALIK PULAU
22/12/2009BAGAN SERAI
23/12/2009BATU GAJAH
24/12/2009SUNGAI SIPUT
25/12/2009BUKIT GANTANG
26/12/2009TELOK INTAN1727/12/2009PARIT BUNTAR
28/12/2009BENTONG
29/12/2009GOPENG
30/12/2009LIPIS
31/12/2009INDERA MAHKOTA
1/1/2010KUANTAN
2/1/2010KETEREH
3/1/2010TANAH MERAH
4/1/2010MACHANG
5/1/2010HULU SELANGOR
6/1/2010SELAYANG
7/1/
10GOMBAK
8/1/2010AMPANG
9/1/2010KLANG
10/1/2010KELANA JAYA
11/1/2010PETALING JAYA SELATAN
12/1/2010SUBANG
13/1/2010KAPAR
14/1/2010KUALA LANGAT
15/1/2010BATU
16/1/2010WANGSA MAJU
17/1/2010LEMBAH PANTAI
18/1/2010BANDAR TUN RAZAK
19/1/2010TELOK KEMANG
20/1/2010REMBAU
21/1/2010SEREMBAN
22/1/2010RASAH
23/1/2010KOTA MELAKA
24/1/2010BAKRI

No comments: