BAGAIMANA PULA DENGAN KUBUR INI.

Exco: Projek kolej diteruskan di tapak kubur

Abdul Rahim Sabri
Dis 14, 09
3:32pm
Kerajaan Kedah akan tetap meneruskan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - milik penuh kerajaan negeri itu - di tapak yang merangkumi kawasan perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil walaupun ianya dibantahkan oleh penduduk.

Exco Kedah S Manikumar, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat India dan pekerja ladang di negeri itu berkata, beliau menyerahkan urusan pemindahan kubur itu kepada pemaju yang dilantik membina KUIN - Bina Darul Aman Berhad (BDB), yang juga anak syarikat kerajaan negeri.

Kerajaan negeri memutuskan perkuburan tersebut dipindahkan ke tanah perkuburan Hindu Padang Geh yang terletak kira-kira tiga kilometer dari situ.

"Urusan pemindahan juga akan dipanjangkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak). Ia akan difikirkan mengikut lunas-lunas perundangan yang sedia ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang disemadikan di situ, yang membantah rancangan kerajaan Kedah untuk memindahkan perkuburan tersebut, Sabtu lalu.

Pada masa yang sama, ucapara pemindahan perkuburan tersebut dijalankan oleh sami Hindu.

Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau berkata, beliau yang hadir di situ, telah berusaha memujuk orang ramai supaya menghormati upacara tersebut.

Bagaimanapun Manikumar mendakwa ianya diganggu oleh mereka yang berada di situ yang didakwanya turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Malah, katanya, ada dari kalangan mereka yang mengeluarkan kata-katanya kepadanya, "YB jangan jejak kaki ke sini' dan "YB jangan masuk campur dalam hal kubur".

Manikumar berkata upacara pemindahan kubur itu berjaya dijalankan tetapi beliau kesal dengan tindakan mereka.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira 50 penduduk termasuk waris si mati, turut menghadiri upacara itu.

Mengulas lanjut, Manikumar (kiri) berkata, kerajaan Kedah dan BDB telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Tamilar Ladang Kuala Ketil, Septembar lalu, dan telah menawarkan pampasan RM3,000 kepada setiap waris kubur terbabit.

BDB juga, katanya, akan menanggung segala perbelanjaan termasuk membiayai upah kepada sami untuk mengadakan upacara tersebut dan juga kos pengangkutan.

Hasil pertemuan yang telah dipersetujui itu, Manikumar berkata, beliau telah menulis secara hitam dan diserahkan kepada persatuan tersebut pada 26 Oktober lalu.

SUMBER MALAYSIAKINI:

KATA DSAI JIKA KITA MENUNTUT HAK KITA ,ORANG LAIN JUGA MENUNTUT HAK MEREKA.MAKA KERANA ITULAH PERLUNYA BERBINCANG DENGAN KERAJAAN NEGERI.

No comments: